Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Waspada, Amaran Ribut Petir Dikeluarkan Di Beberapa Negeri Sehingga Jam 7 Malam

Gambar: Merdeka.com

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 7 malam ini.

Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 4:15 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia.

Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 7 malam ini:

Kedah (Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu)

Pulau Pinang

Perak (Kerian dan Larut, Matang Dan Selama)

Sarawak: Kuching, Samarahan, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu, Miri (Subis) dan Limbang (Lawas)

Sabah: Pedalaman (Sipitang), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang pulang dari tempat kerja pada petang ini dinasihatkan supaya berwaspada terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dijangka dibadai ribut petir petang ini.

Sumber: MetMalaysia