Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Waspada, Hujan Lebat Diramal Badai 5 Negeri, 1 WP Hingga Petang Ini

Athirah
Hujan Lebat 5 Negeri
Kredit: Bernama

Waspada, Hujan Lebat Diramal Badai 5 Negeri, 1 WP Hingga Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima buah negeri dan satu Wilayah sehingga jam 6 petang ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook, amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Hujan lebat diramal berlaku melibatkan daerah Kulim dan Bandar Baharu di Kedah.

METMalaysia menjangkakan cuaca buruk melanda sekitar daerah di Perak seperti Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Kuala Kangsar.

Manakala amaran berkenaan turut melibatkan kawasan Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru di Johor.

Beralih ke Sabah, ia melibatkan daerah Pedalaman (Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau), Tawau (Tawau) dan Sandakan (Tongod dan Telupid).

METMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata hantaran itu.

Orang ramai diminta waspada

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber:Facebook