Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di kebanyakan negeri dan 1 Wilayah sehingga jam 9 malam ini.
Amaran yang dikeluarkan itu melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.
Beberapa kawasan diramal hujan lebat
Di Kedah, kawasan terlibat ialah Yan, Kuala Muda, Langkawi, Kubang Pasu, Pokok Sena, Pendang, Kota Setar, Kulim dan Bandar Baharu.
Amaran turut melibatkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang, selain Kerian, Selama, Larut Matang dan Manjung di Perak.
Bagi Kelantan, kawasan yang terlibat ialah Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah, Gua Musang, Tumpat, Pasir Mas dan Machang. Di Terengganu pula, amaran meliputi Kemaman, Dungun, Besut, Hulu Terengganu dan Setiu.
Di Pahang, kawasan yang diramal mengalami ribut petir dan hujan lebat ialah Kuantan, Cameron Highlands, Lipis, Bentong, Bera, Rompin dan Jerantut.
Amaran turut melibatkan Petaling, Gombak, Hulu Langat dan Hulu Selangor di Selangor, serta seluruh Perlis dan W.P. Kuala Lumpur.
Di Negeri Sembilan, kawasan terlibat ialah Jelebu dan Jempol, manakala di Johor, amaran melibatkan daerah Segamat.
Sementara itu, di Sarawak, kawasan yang diramal hujan ialah Tatau dan Sebauh di Bintulu; Marudi dan Bario di Miri; Selangau dan Sibu; Limbang; serta Mukah, Dalat dan Matu.
Di Sabah, amaran melibatkan kawasan Pantai Barat serta Tambunan, Membakut, Tenom, Keningau, Sook, Sipitang dan Beaufort di Pedalaman.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
