Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Welson Sim Ungguli Peringkat Saringan, Berjaya Pecah Rekod Sukan SEA

rekod

Perenang negara, Welson Sim dilapor memecahkan rekod baharu Sukan Sea apabila berjaya mendapat tempat pertama dalam tempoh masa 4:01.37s menerusi acara renang 400 meter gaya bebas lelaki sebentar tadi.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Pusat Akuatik Palace itu, Welson jauh meninggalkan perenang yang lain dan berjaya menamatkan saingan dalam peringkat saringan itu.

Terdahulu, pasukan renang negara telah kehilangan sebutir pingat perak bagi acara 4×100 meter (m) gaya bebas lelaki selepas dibatalkan penyertaan akibat pelepasan palsu.

Menurut Bernama, perenang Malaysia yang dibarisi oleh Welson Sim, Lim Yin Chuen , Khiew Hoe Yean dan Arvin Shaun Singh Chahal berada di tempat kedua dengan 3:20.13s.

Manakala, Singapura yang dianggotai Joseph Schooling, Mikkel Lee, Quah Zheng Wen dan Jonathan Tan pula di tempat pertama catatan masa 3 minit 17.19 saat

Namun, kemenangan Singapura dan Malaysia itu dibatalkan dan menyaksikan Vietnam mendapat pingat emas. Manakala, Indonesia meraih perak dan Thailand membawa pulang gangsa.

Sumber: Astro Arena