Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pengguna aplikasi WhatsApp bakal menikmati ciri baharu yang membolehkan mereka berhubung tanpa perlu mendedahkan nombor telefon kepada individu lain.
Perkara itu mula mencuri perhatian selepas seorang YouTuber dan podcaster dikenali sebagai @kiphakes berkongsi mengenai fungsi tersebut menerusi satu hantaran di Threads malam tadi.
Menurut @kiphakes, ciri username itu sedang diperkenalkan secara berperingkat di seluruh dunia dan pengguna boleh mula menempah nama pengguna masing-masing lebih awal.
“Usernames are coming to WhatsApp, so you won’t have to give people your phone number to contact you on there. They aren’t launched yet, but you can reserve your name now,” katanya.
Katanya, pengguna boleh menyemak sama ada fungsi itu sudah tersedia dengan membuka bahagian tetapan akaun dalam aplikasi berkenaan.
“If it’s not obvious.. go into your account settings.. and username might be in there!” ujarnya.
Tambahnya, pelaksanaan fungsi tersebut sedang dibuat secara global namun mungkin mengambil sedikit masa untuk sampai kepada semua pengguna.
“It’s being rolled out globally from today, guessing it takes time,” katanya lagi.
Dalam hantaran sama, beliau berkata notifikasi berhubung ciri baharu itu muncul terus pada aplikasi miliknya.
“Literally opened WhatsApp and there was a banner on the screen,” katanya.
Perkongsian itu turut menerima pelbagai reaksi daripada pengguna lain yang menyambut baik ciri baharu berkenaan, khususnya dari aspek keselamatan dan privasi.
Salah seorang pengguna, @laurane_1992 berkata fungsi itu memberi kelegaan kerana tidak perlu lagi berkongsi nombor telefon dengan orang yang tidak dikenali.
“I’m actually gassed about this! I’m so stressed about giving out my number, it makes me feel incredibly vulnerable,” katanya.
Untuk rekod, Meta semalam mengumumkan bahawa pengguna WhatsApp kini boleh menempah username lebih awal sebelum pelancaran rasmi yang dijangka berlangsung lewat tahun ini.
Menurut Meta, ciri itu diwujudkan bagi memberi lebih kawalan kepada pengguna terhadap maklumat peribadi mereka selain memudahkan permulaan perbualan dengan kenalan baharu.
Katanya, bermula minggu ini pengguna yang menggunakan versi terkini WhatsApp boleh membuat tempahan username melalui Settings > Account > Username.
Meta berkata, langkah membuka tempahan awal dibuat memandangkan WhatsApp kini mempunyai lebih tiga bilion pengguna di seluruh dunia, sekali gus meningkatkan persaingan untuk mendapatkan nama pengguna tertentu.
Apabila fungsi itu diaktifkan sepenuhnya nanti, pengguna boleh memulakan perbualan dengan kenalan baharu hanya menggunakan username tanpa perlu mendedahkan nombor telefon.
Menurut Meta, berbeza dengan kebanyakan platform media sosial lain, username di WhatsApp dibangunkan dengan fokus utama terhadap privasi dan bukannya keterlihatan umum.

Katanya, tiada direktori awam atau fungsi carian untuk username akan disediakan, sebaliknya seseorang perlu mengetahui username tepat sebelum boleh menghubungi pengguna lain.
Selain itu, Meta turut memperkenalkan fungsi tambahan dikenali sebagai “username key” yang boleh diaktifkan bagi menambah lapisan keselamatan terhadap mesej tidak diingini.
Ciri username itu dijangka diperkenalkan secara berperingkat dalam tempoh beberapa bulan akan datang mengikut negara masing-masing.