Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

WHO Isytihar Covid-19 Bukan Lagi Isu Kecemasan Kesihatan Global

Syed Faisal Sayed Muhammad
Covid-19 isu kecemasan kesihatan global
Kredit AFP

WHO Isytihar Covid-19 Bukan Lagi Isu Kecemasan Kesihatan Global

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan bahawa Covid-19 bukan lagi isu “kesihatan kecemasan global”, lapor BBC.

Kenyataan itu mewakili langkah besar ke arah untuk menamatkan wabak itu selepas tiga tahun ia pertama kali diisytiharkan sebagai tahap amaran tertinggi terhadap virus itu.

Pegawai berkata kadar kematian disebabkan virus itu telah menurun daripada melebihi 100,000 orang seminggu pada Januari 2021 kepada lebih 3,500 pada 24 April 2023.

Ketua WHO berkata sekurang-kurangnya seramai tujuh juta orang mati akibat penyebaran wabak itu.

Namun ketua WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata angka sebenar kematian berkemungkinan hampir kepada 20 juta kematian, tiga kali ganda anggaran rasmi.

Beliau juga sempat memberi amaran bahawa virus itu masih kekal sebagai ancaman terbesar bagi dunia.

“Semalam Jawatankuasa Kecemasan bermesyuarat buat kali ke-15 dan mengesyorkan kepada saya supaya mengisytiharkan penamatan kecemasan kesihatan awam yang menjadi kebimbangan antarabangsa.

COVID-19 bukan lagi isu kecemasan kesihatan global

“Saya telah menerima nasihat itu. Oleh itu, dengan penuh harapan saya mengisytiharkan COVID-19 sebagai kecemasan kesihatan global telah berakhir,” kata Dr Tedros.

Sementara itu, Dr Tedros juga memberi amaran bahawa keputusan untuk menamatkan tahap amaran tertinggi itu tidak bermakna bahaya telah berakhir. Status kecemasan itu juga boleh dikembalikan jika keadaan berubah sebaliknya.

“Perkara paling buruk yang boleh dilakukan oleh mana-mana negara sekarang ialah menggunakan berita ini sebagai sebab untuk kurangkan langkah berjaga-jaga mereka. Atau ia juga boleh digunakan dan dihantar kepada rakyat bahawa Covid-19 tidak perlu dibimbangkan lagi,” katanya lagi.

BACA: Lelaki Dedah Realiti Awal Wabak Covid-19 Di Wuhan Dibebaskan

WHO pertama kali mengisytiharkan kebimbangan kecemasan kesihatan awam antarabangsa pada Januari 2020.

Vaksin adalah salah satu titik perubahan utama dalam pandemik dengan membenarkan berjuta-juta orang dilindungi daripada penyakit serius dan kematian.

AS dan UK, seperti kebanyakan negara lain telah mengisytiharkan wabak itu sebagai tidak akan berakhir dan rakyatnya akan terus hidup dengan virus itu. Ini termasuk membuka sempadan dan peraturan percampuran sosial antara rakyatnya.

Namun begitu, tidak semua negara bernasib baik untuk mendapatkan vaksin kepada rakyat mereka.

Sumber: BBC