Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

WHO Luluskan Vaksin Malaria Pertama Di Dunia, Terbukti Efektif 50% Lawan Malaria

Gambar Hiasan via DailyNews

Malaria merupakan wabak penyakit bawaan nyamuk yang telah membunuh 500 ribu populasi dunia setiap tahun. Separuh daripada korban malaria ini terdiri daripada kanak-kanak malang di Afrika.

Namun setelah bertahun-tahun memakan korban, penyebaran wabak malaria kini menemukan titik terang. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) secara rasmi melancarkan vaksin malaria pertama yang diluluskan pertubuhan itu.

Pengarah WHO, Dr Pedro Alonso menyifatkan pelancaran vaksin terbaru itu sebagai satu ‘peristiwa bersejarah’. Vaksin malaria pertama buatan GlaxoSmithKline ini dijangka mampu mencegah puluhan ribu kanak-kanak daripada tertular wabak tersebut setiap tahun.

Memetik laporan NY Times, vaksin yang dinamakan ‘Mosquirix’ ini bukan sahaja vaksin pertama untuk malaria, tapi juga yang pertama dikembangkan untuk melawan parasit. Parasit dikatakan lebih kompleks daripada virus atau bakteria. Malah kajian untuk menghasilkan vaksin malaria ini telah berjalan selama 100 tahun.

“Ia merupakan satu penemuan baharu dalam sains, di mana kita berjaya hasilkan vaksin generasi pertama melawan parasit dalam badan manusia,” kata Dr Alonso.

Vaksin Mosquirix terbukti efektif 50 peratus melawan malaria di tahun pertama suntikan, manakala kemungkinan untuk tertular malaria di tahun keempat pengambilan adalah sifar.

Tiga dos Mosquirix akan diberikan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 17 bulan, manakala suntikan dos keempat diberikan 18 bulan kemudian.

Pun begitu, proses pembuatan dan pembekalan vaksin Mosquirix dijangka mengambil masa lebih lama untuk memberi ruang kepada program vaksinasi COVID-19.

Sumber: NY Times