Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

WHO Sahkan Kematian Pertama Akibat Selesema Burung H5N2 

Hannah
Kematian Pertama Selesema Burung H5N2
Gambar Hiasan

WHO Sahkan Kematian Pertama Akibat Selesema Burung H5N2

Seorang lelaki yang meninggal dunia akibat selesema burung di Mexico disahkan sebagai kes kematian pertama manusia akibat dijangkiti varian H5N2, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini.

Menurut AFP, lelaki berusia 59 tahun itu meninggal dunia pada 24 April selepas mengalami demam, sesak nafas, cirit-birit dan loya.

Difahamkan, lelaki itu “tidak mempunyai sejarah pendedahan kepada ayam atau haiwan lain” dan “pelbagai keadaan perubatan asas”.

Laporan menyatakan bahawa lelaki itu dimasukkan ke sebuah hospital di Mexico City dan meninggal dunia pada hari yang sama.

Ia adalah “kes jangkitan manusia pertama yang disahkan oleh makmal dengan virus influenza A (H5N2) yang dilaporkan di seluruh dunia”, kata WHO dalam satu kenyataan.

Tambah AFP, pihak berkuasa kesihatan Mexico melaporkan kes yang disahkan itu kepada Badan Kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 23 Mei selepas ujian makmal dijalankan.

Sumber pendedahan virus itu terhadap mangsa bagaimanapun tidak diketahui biarpun kes virus H5N2 dalam unggas ada dilaporkan di Mexico.

Sebelum ini, WHO melaporkan kes H5N2 dikesan di ladang ayam belakang rumah yang terletak di negeri Michoacan, Mexico pada Mac.

Malah, beberapa kes turut dikesan di negeri-negeri lain di negara tersebut.

Bagaimanapun, WHO menyatakan adalah mustahil setakat ini untuk mewujudkan satu hubungan antara kes manusia dengan jangkitan unggas, sambil menganggarkan risiko kepada manusia adalah ‘rendah’.

BACA: Hilang Sejak 18 Mei, Jurutera Ditemukan Meninggal Dunia Dalam Kereta

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Mexico dalam satu kenyataan berkata, mangsa yang meninggal dunia adalah lelaki berusia 59 tahun dengan sejarah penyakit buah pinggang kronik, diabetes jenis 2 dan hipertensi arteri sistemik yang telah lama wujud.

“Tiada risiko jangkitan kepada penduduk,” kata kenyataan itu, sambil menambah bahawa “semua sampel daripada kenalan pesakit yang dikenal pasti adalah negatif”.

Dalam pada itu, pihak berkuasa sedang memantau ladang berhampiran rumah mangsa dan telah mewujudkan sistem pemantauan kekal untuk mengesan kes lain dalam hidupan liar di kawasan itu.

Menurut AFP, satu lagi varian berbeza selesema burung, H5N1, juga dilapor merebak selama berminggu-minggu dalam ternakan lembu tenusu di Amerika Syarikat (AS).

Malah, terdapat beberapa kes turut dilaporkan dalam kalangan manusia.

Tetapi, tiada satu pun daripada kes terbabit adalah berpunca daripada jangkitan manusia kepada manusia. Sebaliknya kes dikesan berasal dari lembu kepada manusia, kata pihak berkuasa.

BACA JUGA: Dakwa Batuk Kuat, Lelaki 35 Tahun Patah Tulang Paling Keras Dalam Badan Manusia

Sumber: AFP