Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

WHO Sifatkan Hospital Al-Shifa Sebagai “Zon Maut”

Nurhanis
who hospital al-shifa
Kredit: AFP

WHO Sifatkan Hospital Al-Shifa Sebagai “Zon Maut”

GENEVA, 19 Nov (Bernama-Anadolu) — Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengetuai pasukan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam misi penilaian ke atas Hospital Al-Shifa di Bandaraya Gaza pada Sabtu, menyifatkan kemudahan kesihatan itu sebagai “zon maut”.

“Pasukan berkenaan hanya dapat menghabiskan satu jam di dalam hospital itu,” kata WHO lapor Agensi Anadolu.

Kemudahan berkenaan masih menempatkan 25 pekerja kesihatan dan 291 pesakit, termasuk 32 bayi baru lahir.

“WHO dan rakan kongsi sedang merangka pelan segera untuk memindahkan baki pesakit, kakitangan dan keluarga mereka,” katanya.

Pada Rabu, Israel menyerbu Hospital Al-Shifa yang juga merupakan tempat perlindungan bagi ribuan rakyat Palestin yang melarikan diri daripada serangan udara, sebelum diusir keluar.

Israel telah membunuh lebih 12,300 rakyat Palestin dalam serangan udara dan darat ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt.

Pesawat pertama bawa kanak-kanak dari Gaza terima rawatan tiba Di UAE

Semalam, pesawat pertama membawa seramai 15 rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak dan keluarga mereka, tiba di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Langkah itu sebagai sebahagian daripada inisiatif UAE dalam menyediakan rawatan perubatan untuk 1,000 kanak-kanak Palestin yang ditemani keluarga mereka dari Semenanjung Gaza.

Menurut Agensi Berita Emirates (WAM), pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi dari Lapangan Terbang Antarabangsa El Arish di Mesir membawa kanak-kanak yang paling memerlukan bantuan perubatan segera.

Sumber: BERNAMA