Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

WOD 2026: Manifestasi Komitmen Industri Sawit Dalam Memperkukuh Pemuliharaan Biodiversiti

wod 2026

PUTRAJAYA, 6 September 2026 – Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) menganjurkan Sambutan Hari Orang Utan Sedunia 2026 (WOD 2026) di Taman Botani di Putrajaya, hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

Sambutan ini adalah usaha berterusan MPOGCF untuk memperkukuh reputasi industri sawit dan manifestasi komitmen Malaysia terhadap keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan pemuliharaan biodiversiti.

Program ini juga menjadi bukti bahawa sektor sawit mampan mampu menjadi rakan dalam menjaga kelestarian alam.

Rakan Strategik Sempena WOD 2026

Sambutan Hari Orang utan Sedunia 2026 menerima sokongan daripada rakan strategik MPOGCF termasuk Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), Lembaga Tembakau danKenaf Negara (LKTN), Institut Kemahiran Perladangan dan Komoditi (IMPAC), Sawit Kinabalu Sdn. Bhd, Jabatan Hidupan Liar Sabah, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara(PERHILITAN) Semenanjung Malaysia, Orang Juga dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

wod 2026

Acara utama sambutan ialah aktiviti Fun Walk 10km, 5km dan 3km yang disertai lebih 1,500 peserta.

Semua kutipan yuran penyertaan akan disalurkan ke dalam Tabung Konservasi MPOGCF untuk menyokong usaha pemuliharaan orang utan melalui program Diplomasi Orang Utan atau OUDip.

Majlis perasmian turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi merangkap Pengerusi MPOGCF, YBhg. Dato' Yusran Shah Mohd Yusof, Ketua Pengarah

wod 2026

MPOB, YBhg. Datuk Badrul Hisham Mohd, Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, MohdSoffian Abu Bakar, Ahli Lembaga Pemegang Amanah MPOGCF, Dr. Ramle Moslimdan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MSPO, Mohd Hasbollah Suparyono, serta wakil-wakil daripada industri, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan universiti tempatan.

Sejak diperkenalkan pada 2023, Sambutan Hari Orang Utan Sedunia telah menjadi program andalan MPOGCF dalam mendidik masyarakat tentang peranan penting orang utan sebagai spesies penunjuk kesihatan ekosistem serta memupuk kefahaman terhadap kepentingan pembangunan lestari dalam industri sawit.

Melalui sambutan ini, MPOGCF berhasrat untuk terus menghubungkan masyarakat dengan nilai pemuliharaan serta memperkukuh komitmen nasional terhadap usaha melindungi biodiversiti negara.

Sambutan Hari Orang Utan Sedunia 2026 turut mendapat tajaan daripada KualaCola, Thomson Hospital, Mamee-Double Decker (M) Sdn. Bhd, Decathlon, Great Mateen, LetsPlaydan Tourism Malaysia.

Intipati
  • MPOGCF menganjurkan WOD 2026 di Taman Botani Putrajaya.
  • Acara Fun Walk 10km, 5km dan 3km disertai lebih 1,500 peserta pada sambutan itu.
  • Kutipan yuran penyertaan akan disalurkan kepada Tabung Konservasi MPOGCF untuk program OUDip.