Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

JS Meats Memperkukuh Jaminan Halal dengan Pensijilan Halal Rasmi

JS Meats

Daripada sumber bekalan yang diperakui Halal hingga proses pemprosesan yang turut diperakui, JS Meats meningkatkan ketelusan dan keyakinan pelanggan dari sumber hingga ke rak jualan.

KUALA LUMPUR, 13 OKTOBER 2026 - Jaya Grocer, menerusi jenama produk label persendiriannya, Jaya Grocer Selection (Jenama JS), hari ini mengumumkan bahawa rangkaian produk JS Meats telah memperoleh Pensijilan Halal rasmi. Pensijilan ini memperluas jaminan Halal daripada aspek sumber bekalan kepada operasi pemprosesan dan pengendalian daging di Pusat Dapur Jaya Grocer, yang kini diperakui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

JS Meats terus memperkukuh komitmennya terhadap jaminan Halal melalui pensijilan Halal yang baru diperoleh, di samping meneruskan amalan mendapatkan daging daripada pembekal yang diperakui Halal. Pensijilan ini meningkatkan ketelusan serta keyakinan pelanggan terhadap rangkaian produk JS Meats, dari sumber daging hingga ke rak jualan. Dengan lebih daripada 150 SKU yang merangkumi stik, sosej, patty dan pelbagai pilihan daging lain, JS Meats merupakan antara rangkaian produk utama di bawah Jenama JS yang boleh didapati di 63 cawangan Jaya Grocer di seluruh negara.

Pencapaian ini diraikan menerusi satu majlis yang berlangsung di Jaya Grocer KL East Mall, yang turut dihadiri oleh Imran Abd Rahman, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Advokasi, Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM); Daniel Teng, Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer; Joseph Teoh, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer; Kimberly Xavier, Pengarah Rantaian Bekalan & Pasaran Segar Jaya Grocer; serta Azari Nazim, Ketua Operasi, Perolehan & Pengeluaran Jaya Grocer.

“Jaminan Halal telah menjadi sebahagian daripada perjalanan JS Meats sejak awal, bermula dengan amalan mendapatkan bekalan daging daripada pembekal yang diperakui Halal. Pensijilan baharu ini merupakan langkah seterusnya dalam memperkukuh jaminan tersebut, dengan peluasan kepada operasi pemprosesan dan pengendalian daging kami sendiri,” kata Daniel Teng, Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer. “Langkah ini bertujuan meningkatkan ketelusan dan keyakinan bagi pelanggan kami mengenai pemprosesan produk sebelum sampai ke rak jualan, sementara kami terus mengekalkan kualiti dan standard yang diharapkan oleh pelanggan.”

Pensijilan ini diperoleh selepas melalui tempoh persediaan selama 12 bulan, termasuk semakan proses dan penyelarasan dengan keperluan Halal yang terpakai bagi Pusat Dapur Jaya Grocer. Operasi berkaitan merangkumi proses penyediaan, pemotongan, pengendalian dan pembungkusan produk JS Meats sebelum berada di pasaran.

Jaya Grocer turut memanfaatkan kepakaran pasukannya dalam pengendalian daging, termasuk Master Butcher dan pasukan khusus Daging Halal. Dengan pengalaman lebih 18 tahun dalam penyediaan dan pemotongan daging, Master Butcher bekerjasama rapat dengan tukang daging dan kakitangan di cawangan Jaya Grocer terpilih, memberikan latihan praktikal serta bimbingan mengenai teknik pemotongan profesional, penyediaan dan pengendalian daging.

Bagi meraikan pencapaian pensijilan Halal ini, Jaya Grocer turut menganjurkan aktiviti “From Cut to Cook” semasa majlis berlangsung bagi mengetengahkan kepakaran dan kemahiran dalam penyediaan produk JS Meats. Aktiviti ini menampilkan demonstrasi pemotongan daging secara langsung oleh Master Butcher Jaya Grocer, yang memperlihatkan teknik pemotongan profesional serta kaedah penyediaan pelbagai jenis potongan daging. Demonstrasi ini kemudiannya diteruskan dengan cabaran memasak secara praktikal, yang memberi peluang kepada para peserta untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari.

Seiring dengan pensijilan Halal ini, promosi istimewa ditawarkan bagi produk JS Meats terpilih dari 13 hingga 18 Oktober 2026 di cawangan Jaya Grocer seluruh negara, sementara stok masih ada. Antara tawaran yang tersedia ialah JS Meats Japan A5 Wagyu Steak (180g) pada harga RM79.90 (harga biasa RM107.90), serta Australia Grain Fed Topside Stir Fry (250g) pada harga RM17.90 (harga biasa RM20.90). Pelanggan juga boleh menikmati diskaun 30% jika membeli sejumlah empat pek daripada pelbagai pilihan patti JS Meats, termasuk daging ayam, kambing, lembu dan Wagyu.

Pada 13 Oktober sahaja, pelanggan boleh menikmati diskaun 30% bagi pembelian dua pek atau lebih JS Meats Japan A5 Wagyu Skewer (dua cucuk) secara eksklusif di Jaya Grocer KL East Mall. Sementara itu, JS Meats Mini Fair akan berlangsung di cawangan yang sama dari 14 hingga 18 Oktober 2026. Sepanjang lima hari ini, pelanggan berpeluang meneroka pelbagai pilihan produk JS Meats, termasuk potongan daging yang berbeza, di samping mengetahui dengan lebih lanjut tentang kepakaran serta proses di sebalik rangkaian produk ini dan pensijilan Halalnya.

Produk JS Meats terpilih juga boleh didapati melalui GrabMart, memberikan kemudahan kepada pelanggan untuk meneroka dan membeli rangkaian produk ini secara dalam talian.