Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

● Dilengkapi dengan ciri-ciri yang diminati pada SUV, WR-V Serba Baharu menyediakan keterujaan memiliki SUV kecil dan praktikal untuk pemanduan harian dalam bandar ● WR-V Serba Baharu telah menerima lebih 2,500 tempahan semasa pra-tempahan dalam masa sebulan ● WR-V Serba Baharu tersedia dalam empat varian; harga bermula pada RM89,900.00 ● Honda Malaysia menyasarkan jualan WR-V Serba Baharu sebanyak 1,300 unit sebulan
Pelancaran WR-V Serba Baharu itu menjadikan Honda Malaysia sebagai pengeluar kenderaan Jepun untuk pasaran massa yang pertama memperkenalkan model baharu dalam segmen SUV Kecil Kenderaan Bukan Nasional.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Hironobu Yoshimura berkata, “Seiring dengan perubahan landskap automotif di Malaysia, kita boleh lihat peningkatan permintaan untuk model SUV. Populariti segmen ini sedang meningkat naik memandangkan ia luas dan praktikal, pada masa yang sama menawarkan prestasi pemanduan dan keselesaan yang baik.
Berdasarkan maklumat, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Honda (R&D) memasukkan ciri-ciri terbaik sesebuah SUV ke dalam reka bentuk yang lebih kecil, bagi membolehkan pengguna menikmati keseronokan memiliki SUV kecil dan praktikal untuk pemanduan harian dalam bandar.

Tambah Encik Yoshimura, “Sebelum pelancaran, kami telah membuka tempahan untuk WR-V Serba Baharu pada Jun 2023. Kami berbesar hati mengumumkan bahawa WR-V Serba Baharu ini telah mendapat perhatian daripada rakyat Malaysia dan menerima lebih 2,500 tempahan dalam masa sebulan sahaja. Kami ingin menyampaikan rasa syukur kepada pelanggan dan rakan kongsi atas sokongan tidak berbelah-bahagi kepada jenama Honda.
Sebagai tambahan, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia atas sokongan berterusan yang telah membantu membangun dan memacu pertumbuhan sektor automotif.”
Penerimaan pasaran yang menggalakkan adalah kerana rekaannya yang berbeza, yang mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki dalam sebuah SUV sekali gus menjadikannya sebuah model serba baharu yang menyeronokkan dan menarik. Bagi menambah WR-V Serba Baharu itu tampak lebih bergaya, varian RS hadir dengan gril gaya mesh berwarna krom perak, hiasan bawah bertona perak cerah dan Aloi Roda Dwi-Tona 17 inci.

Sebagai sebahagian daripada keluarga Honda, WR-V Serba Baharu dilengkapi dengan ciri inovatif dan berfungsi untuk keselesaan pelanggan. Antara ciri-ciri ini ialah Cermin Sisi Lipat Automatik, Kemasukan Pintar dengan Butang Push-Start, Penghidup Enjin Kawalan Jauh (Remote Engine Start) *1 dan Kunci Automatik Bila Beredar (Walk Away Auto Lock) *1.
WR-V Serba Baharu menawarkan ruang yang bersih dan teratur selain mengoptimumkan ruang kabin, pada masa yang sama mengekalkan estetika vibrant dan moden. Reka bentuk ini membolehkan pemandu dan penumpang menikmati keselesaan dalam kereta kompak, ditambah dengan Penyaman Udara Automatik *2 dan Kerusi Kulit *4. WR-V Serba Baharu juga didatangkan dengan Paparan Audio berukuran 7-inci dengan Apple CarPlayTM dan Android.
AutoTM Connectivity *5, 6 Speaker *3, Kluster Meter TFT 4.2 inci *1 dan Paddle Shift *3. Selain itu, WR-V Serba Baharu menjadi model contoh yang mempunyai ciri-ciri luas dan praktikal, memberikan kemudahan untuk pelanggan tatkala mereka menjalani urusan seharian dengan ruang kargo seluas 380-liter dan konfigurasi kerusi belakang 60:40 yang membolehkan fleksibiliti bagi membawa barangan yang lebih besar.
WR-V Serba Baharu itu juga mempunyai enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang menghasilkan kuasa maksimum 121PS dan tork 145Nm. Diintegrasikan dengan Transmisi Boleh Laras Berterusan (CVT) dan teknologi tukaran G-design, WR-V Serba Baharu menawarkan penjimatan minyak dan prestasi pemanduan luar biasa.
Sebagai tambahan, varian RS dilengkapi dengan Honda CONNECT untuk menyediakan keselamatan, sekuriti dan keselesaan untuk para pemilik SUV kecil.
WR-V Serba Baharu itu didatangkan dengan lima pilihan warna, termasuk warna baharu, putih mutiara stellar (Stellar Diamond Pearl), pertama kali seumpamanya untuk model Honda. Warna lain ialah putih mutiara platinum (Platinum White Pearl), merah menyala metalik (Ignite Red Metallic), kelabu meteoroid metalik (Meteoroid Gray Metallic) dan hitam kristal mutiara (Crystal Black Pearl).
Harga untuk varian WR-V Serba Baharu ialah:

Berdasarkan peningkatan permintaan terhadap SUV dalam pasaran, Honda Malaysia menyasarkan jualan bulanan sebanyak 1,300 unit. Syarikat percaya WR-V Serba Baharu ini menyediakan pilihan untuk rakyat Malaysia dan mampu menawan hati penggemar SUV dengan rekaan yang menawan dan ciri yang menarik.
*1 Untuk varian E, V dan RS sahaja *2 Untuk varian V dan RS sahaja *3 Untuk varian RS sahaja *4 Kerusi kulit adalah kulit kombinasi dan hanya untuk varian V dan RS *5 Android AutoTM akan tersedia setelah dilancarkan secara rasmi di Malaysia *6 Harga On-the-road tanpa insurans. Harga tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal