Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Yaman Sertai Perang Sokong Iran, Dakwa Lancar Serangan Pertama Ke Atas Israel

Iqbal Yasir
Yaman Sertai Perang Sokong Iran
Kredit: AFP

Yaman Sertai Perang Sokong Iran, Dakwa Lancar Serangan Pertama Ke Atas Israel

JERUSALEM -- Kumpulan Houthi di Yaman yang disokong oleh Iran pada Sabtu mendakwa telah melancarkan serangan pertama mereka ke atas Israel sejak perang di Timur Tengah bermula sebulan lalu, lapor AFP.

Dakwaan itu dibuat selepas Israel menyatakan bahawa mereka sedang memintas satu serangan.

Serangan tersebut dilancarkan selepas kumpulan dari Yaman itu sebelum ini mengugut untuk menyertai perang serantau sekiranya Iran, terus diserang atau jika lebih banyak negara menyertai konflik tersebut.

Dalam satu kenyataan video yang dimuat naik di platform X, jurucakap kumpulan itu, Yahya Saree, menyatakan bahawa kumpulan tersebut telah melancarkan peluru berpandu balistik ke arah tapak ketenteraan Israel.

"Kami telah mengenal pasti pelancaran peluru berpandu dari Yaman ke arah wilayah Israel, dan sistem pertahanan udara sedang beroperasi untuk memintas ancaman tersebut," maklum Israel dalam satu kenyataan.

Setakat ini, tiada laporan mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan di Israel, dan laporan media membayangkan bahawa peluru berpandu itu kemungkinan besar telah berjaya dipintas.

Kumpulan Houthi juga pernah menyerang kapal-kapal di Laut Merah dan Teluk Aden semasa perang Gaza sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin, namun setakat ini mereka masih menahan diri daripada melakukan perkara yang sama dalam perang terbaru ini.

"Kami menegaskan bahawa jari kami berada pada pemicu (bersedia) untuk campur tangan ketenteraan secara langsung," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mereka turut memberi amaran akan bertindak jika negara lain menyertai pertempuran AS-Israel atau jika Laut Merah digunakan untuk operasi bermusuh.

Laluan Laut Merah kini menjadi semakin penting dalam perang AS-Israel dengan Iran memandangkan Arab Saudi telah mengalihkan sebahagian besar eksport minyaknya ke pelabuhan Yanbu.

Ini berlaku selepas Iran bertindak hampir menutup sepenuhnya Selat Hormuz dan menyekat laluan di Teluk.

Sumber:AFP