Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Yang Menang Jangan Memakan Yang Kalah,” Anwar Dedah ‘Isi-Isi’ Ketika Sesi Mengadap YDP Agong

Foto: Twitter DS Anwar Ibrahim

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melaporkan telah mendapat perkenan mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara sebentar tadi bersama pemimpin parti politik yang lain.

Menerusi kenyataannya yang dimuatnaik di laman Twitter rasminya berkata Agong memulakan dengan titah nasihat bahawa negara ini sedang melanda kemelut politik dan harus bersatu menghadapi malapetaka Covid-19 dan juga kemelesatan ekonomi.

“Tuanku Agong turut memberitahu mengenai lunas-lunas Perlembagaan, mencari calon Perdana Menteri yang dapat majoriti sokongan Ahli Parlimen, tetapi politik perlu berubah,” tambahnya lagi.

Hurainya lagi, parti yang menang jangan jadi seperti pernah berlaku sebelum ini iaitu memakan yang kalah. Semua parti politik haruslah ada satu kekuatan antara satu sama lain dengan persefahaman yang baru.

Jelasnya lagi, hal ini bukan sahaja mengenai pelantikan seorang Perdana Menteri baru, tetapi apa yang penting seperti yang ditekan oleh Tuanku Agong dan juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong adalah untuk menggagas suatu bentuk politik baru yang lebih aman dan nyaman untuk rakyat.

Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Bagaimanapun, pemilihan Perdana Menteri yang baharu belum mencapai kata putus dari Majlis Diraja-raja.

Sumber: Twitter Anwar Ibrahim