YDPB Negeri Sembilan Titah Dua Darjah Kebesaran Rais Yatim Ditarik Balik Serta-Merta
Darjah kebesaran negeri yang dikurniakan kepada Tan Sri Mohd Rais Yatim, ditarik balik berkuat kuasa serta-merta.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pendaftar Darjah Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zafir Ibrahim, dalam satu kenyataan pada Khamis.
Menurutnya, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir telah menitahkan penarikan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (S.P.N.S) dan Darjah Dato' Setia Negeri Sembilan (D.S.N.S).
Untuk pengetahuan, S.P.N.S dikurniakan pada 2001, manakala D.S.N.S pula pada 1979.
“Keputusan ini dibuat bagi memelihara kebesaran, kemuliaan dan kehormatan institusi Diraja Negeri Sembilan,” katanya.

