Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Youtuber Pasang GoPro Dalam Tayar
Kredit: Warped Perception

Youtuber Pasang GoPro Dalam Tayar, Rupanya Ini Yang Berlaku Ketika Kereta Bergerak

Athirah

Youtuber Pasang GoPro Dalam Tayar, Rupanya Ini Yang Berlaku Ketika Kereta Bergerak

GoPro dikenali sebagai sebuah kamera versatil yang membolehkan individu merakam dan mengabadikan memori mereka melalui pelbagai sudut.

Secara umumnya, kamera kecil ini sering digunakan dalam penggambaran aktiviti lasak seperti sukan ekstrem dan skuba. Selain itu, ada juga yang turut menjadikan peranti ini alat untuk merakam kandungan berkonsepkan vlog.

Menurut portal GoPro, cetusan idea untuk menghasilkan teknologi ini bermula daripada pengasasnya iaitu Nick Woodman yang ingin merakam detik-detik secara dekat ketika dia melakukan aktiviti meluncur air di perairan Australia pada 2002.

Ada banyak pertanyaan boleh dijawab dengan adanya GoPro

Dalam hidup ini, mesti kita ada banyak pertanyaan tentang semua perkara.

Sebagai contoh, selepas menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk memilki sebuah kereta, anda mungkin tertanya-tanya apa yang berlaku dalam tayar semasa kereta dipandu, kan?

Usah pening-pening, sebenarnya sudah ada jawapan yang diperolehi hasil daripada satu eksperimen yang dijalankan oleh seorang Youtuber menerusi saluran Warped Perception.

Dalam eksperimen berkenaan, Youtuber tersebut memasang GoPro, kabel USB, lampu LED dan bateri tambahan yang dalam tayar kereta untuk merakam apa yang berlaku ketika kenderaan sedang bergerak.

Youtuber pasang GoPro dalam tayar, ini yang terjadi masa kereta bergerak

Dari awal, ia kelihatan seolah-olah tidak ada ruang yang cukup untuk kamera untuk dimuatkan di antara tayar dan roda.

Namun kerana saiz jauh GoPro yang kecil, alat tersebut dapat dipasang pada bahagian permukaan dalam rim tayar. Malah sebenarnya ada ruang yang cukup bagi membolehkan kamera dan pek bateri cahaya untuk diletakan bersama-sama.

Menerusi video berdurasi 8:43 minit itu, kita dapat melihat lekukan pada getah tayar ketika melalui pelbagai permukaan jalan raya.

Video dapat 13 juta tontonan sejak dimuat naik pada 2020

Youtuber berkenaan kemudian beralih memandu di atas jalan yang licin dan melakukan beberapa pergerakan pusingan untuk melihat jika ada perubahan dalam tayar.

Namun dia mendapati dalam kebanyakan masa getah tayar hanya berubah berdasarkan keadaan turapan jalan raya sahaja.

Dalam pada itu, video ini telah mendapat 13 juta lebih tontonan sejak dimuatnaik pada tahun 2020.

Ia menjadi bukti walaupun persoalan yang cuba dijawab melalui eksperimen tersebut mungkin tidak penting, namun ia sebenarnya boleh menarik perhatian ramai.

BACA: Selepas 13 Hari Hilang, Penolong Guru Besar Ditemui Tidak Bernyawa Dalam Kereta

Sumber: Warped Perception