Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Zeekr Malaysia Lancar Zeekr 7X Black Nova Edisi Terhad

ZEEKR 7X BLACK

Zeekr Malaysia Lancar Zeekr 7X Black Nova Edisi Terhad

KUALA LUMPUR, 7 Ogos 2026 – Buat penggemar tegar kenderaan elektrik (EV) yang sukakan gaya ranggi, serba hitam dan nampak 'mewah secara subtle', ini ada berita baik untuk anda!

Zeekr Intelligent Technology Malaysia (Zeekr Malaysia) secara rasminya telah memperkenalkan Zeekr 7X Black Nova. Ia merupakan edisi terhad daripada model popular Zeekr 7X AWD Performance yang dibawakan khas buat mereka yang hargai rekaan eksklusif dan bergaya.

Membawa tema "Singular Shade, Rarely Yours", edisi Black Nova ini dibina berasaskan kejayaan model paling laris mereka di Malaysia. Kali ini, ia tampil lebih berani dan 'garang' secara visual!

Paling penting: Model eksklusif ini ditawarkan sebanyak 200 unit sahaja di seluruh negara.

Sambut Kejayaan Tahun Pertama Di Malaysia

Sejak mula menjengah pasaran tempatan, Zeekr 7X telah menjadi model paling popular dalam rangkaian Zeekr Malaysia. Malah, dalam tempoh setahun sahaja, sebanyak 3,235 unit telah berjaya diserahkan kepada pembeli! Ini sekali gus menobatkan Zeekr 7X sebagai SUV elektrik premium paling laris di Malaysia.

Menurut Pengurus Besar Zeekr Intelligent Technology Malaysia, Eddy Lu, kejayaan luar biasa Zeekr 7X ini menjadi pemacu utama dalam meletakkan Zeekr di tangga teratas sebagai jenama EV Premium No. 1 di Malaysia, disamping mencapai rekod penghantaran 5,000 unit kenderaan secara keseluruhan baru-baru ini.

Rekaan Serba Hitam Yang Mengancam & 'Pacak'

Hadir secara eksklusif untuk varian Zeekr 7X AWD Performance, edisi Black Nova ini menampilkan gabungan dalaman dwitona Black & Grey buat julat julung kalinya di Malaysia.

Bukan itu sahaja, penampilannya disempurnakan lagi dengan:

  • Kemasan luaran serba hitam (all-black exterior).

  • Rim aloi hitam bersaiz 20 inci yang baru.

  • Gabungan rupa monokromatik yang nampak moden, eksklusif dan amat bergaya.

Prestasi Bukan Kaleng-Kaleng!

Di sebalik rupa parasnya yang 'segak', Zeekr 7X Black Nova turut membawakan prestasi yang sangat mantap:

  • Kuasa: Mampu menjana sehingga 475 kW (646 PS).

  • Pecutan: 0 hingga 100 km/j hanya dalam masa 3.8 saat sahaja!

  • Pengecasan Pantas: Menggunakan seni bina 800V yang membolehkan pengecasan pantas dari 10% hingga 80% dalam masa seawal 16 minit.

  • Jarak Pemanduan: Menawarkan jarak pemanduan sehingga 615 km (kitaran WLTP).

Bukan itu sahaja, ia turut didatangkan dengan pelbagai teknologi canggih seperti Tirai Lampu Pintar Zeekr Stargate, Sistem Bantuan Pemanduan Pintar, Perlindungan Keselamatan 720°, Magic Carpet Suspension, sistem bunyi Zeekr Sound Pro, pintu automatik tanpa bingkai, serta kerusi kulit Nappa yang lengkap dengan fungsi pengudaraan dan urutan!

Harga & Waranti

Bagi anda yang berminat, edisi terhad Zeekr 7X Black Nova (AWD Performance) ini dijual pada harga RM235,000 dan turut merangkumi:

  • Waranti Kenderaan: 5 tahun / 150,000 km

  • Waranti Bateri & Komponen Voltan Tinggi: 8 tahun / 160,000 km

  • Servis Sambungan Percuma: 1 tahun (data internet 6GB sebulan)

Ingat ya, model ini terhad kepada 200 unit sahaja! Jadi buat anda yang tak mahu melepas peluang untuk memiliki SUV elektrik edisi terhad ini, boleh terus kunjungi bilik pameran rasmi Zeekr yang berdekatan untuk buat tempahan sekarang.

Intipati
  • Zeekr Malaysia melancarkan Zeekr 7X Black Nova, terhad kepada 200 unit seluruh negara.
  • Model itu berasaskan varian AWD Performance, dengan kemasan serba hitam dan dalaman Black Grey.
  • SUV elektrik ini berharga RM235,000, menawarkan kuasa 475 kW dan jarak 615 km WLTP.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan