Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Proton e.MAS Muncul Sebagai Jenama xEV Terpantas

PROTON XEV TERPANTAS

Proton e.MAS Muncul Sebagai Jenama xEV Terpantas

SUBANG JAYA, 7 Ogos 2026 – Proton e.MAS muncul sebagai jenama automotif terpantas di Malaysia yang mencapai sebanyak 31,504 pendaftaran xEV setakat 31 Julai 2026. Pencapaian ini direkodkan hanya dalam tempoh 20 bulan selepas pelancaran Proton e.MAS 7 pada Disember 2024.

Di sebalik pencapaian jualan yang mencipta penanda aras baharu, sebanyak 30,293 pendaftaran domestik mewakili 30,293 rakyat Malaysia yang telah memilih untuk menjadikan mobiliti elektrik sebagai sebahagian daripada kehidupan harian mereka. Komuniti pengguna yang semakin berkembang ini telah membolehkan Proton e.MAS memperluaskan akses kepada kemudahan pengecasan, memperkukuh sokongan selepas jualan, melabur dalam pembuatan tempatan serta mempercepat pembangunan ekosistem xEV negara, sekali gus menjadikan pemilikan EV lebih praktikal dan mudah diakses oleh lebih ramai rakyat Malaysia.

Momentum ini turut berkembang ke peringkat pasaran global. Sejak operasi eksport bermula, lebih 1,211 unit Proton e.MAS telah berjaya dihantar ke pasaran luar negara. Proton e.MAS 5 yang baru diperkenalkan turut mencatat perkembangan di pasaran antarabangsa dengan 130 unit telah dieksport, sekali gus membawa pengalaman pemilikan EV mampu milik kepada pelanggan di peringkat global.

Pencapaian ini dicapai tidak lama selepas Proton e.MAS melepasi 20,000 pendaftaran pada tahun 2026 sahaja, sekali gus mengatasi jumlah jualan keseluruhan tahun 2025 dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. Pertumbuhan kukuh ini mencerminkan momentum penerimaan xEV yang semakin meningkat di seluruh Malaysia, selari dengan lebih ramai pengguna yang mula beralih kepada mobiliti berelektrik.

Memacu Perkembangan Pasaran xEV Malaysia

Seiring dengan perkembangan berterusan pasaran xEV Malaysia, Proton e.MAS menjadi antara pemacu utama pertumbuhan segmen ini. Proton e.MAS 5 terus menerajui pasaran sebagai model EV No.1 Malaysia dengan mencatatkan 13,279 unit pendaftaran. Proton e.MAS 7 pula dengan pantas mengukuhkan kedudukannya sebagai SUV EV segmen-C terlaris negara dengan catatan 12,068 unit pendaftaran, manakala Proton e.MAS 7 PHEV muncul sebagai model plug-in hybrid terlaris Malaysia dengan rekod 4,946 unit pendaftaran. Secara keseluruhannya, ketiga-tiga model ini telah memperluaskan pilihan pengguna dalam pasaran xEV Malaysia, di samping mengukuhkan kedudukan Proton e.MAS sebagai peneraju jenama xEV negara.

Mengulas mengenai pencapaian ini, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, “Peralihan Malaysia ke arah mobiliti berelektrik kini memasuki satu fasa penting. Pencapaian lebih 30,000 pendaftaran Proton e.MAS dalam tempoh hanya 20 bulan menunjukkan peningkatan keyakinan rakyat Malaysia terhadap kenderaan elektrik, selain membuktikan bahawa xEV semakin menjadi pilihan dan sebahagian daripada gaya hidup harian pengguna ketika memilih kenderaan baharu. Setiap pemilik Proton e.MAS bukan sahaja memilih sebuah kenderaan elektrik, tetapi turut memainkan peranan dalam membina ekosistem yang menyokong pertumbuhan EV pada masa hadapan. Kesan daripada perkembangan ini akan memberi manfaat yang jauh lebih besar, melangkaui sekadar pengalaman pemilikan kenderaan.”

Membina Ekosistem EV

Di sebalik pertumbuhan pesat Proton e.MAS ialah ekosistem seluruh negara yang sentiasa berkembang, dengan matlamat untuk memberikan pelanggan lebih banyak keyakinan, kemudahan dan pengalaman pemilikan yang lebih lancar.

Mengulas mengenai pembangunan ekosistem, Zhang Qiang berkata, “Menghasilkan kenderaan elektrik yang hebat hanyalah sebahagian daripada perjalanan ini. Tanggungjawab kami adalah untuk menjadikan pengalaman pemilikan EV lebih mudah dan lancar, sama ada melalui pengembangan rangkaian jualan dan selepas jualan, memperluaskan akses kepada kemudahan pengecasan, memperkukuh pembuatan tempatan atau mendengar maklum balas daripada pelanggan kami. Seiring dengan pertumbuhan komuniti Proton e.MAS, kami akan terus melabur dalam ekosistem yang menjadikan mobiliti berelektrik lebih praktikal untuk setiap rakyat Malaysia.”

Kini, Proton e.MAS telah memperluaskan rangkaiannya kepada 58 pusat pengedar, disokong oleh 45 pusat servis serta 10 pusat Body & Paint di seluruh negara, sekali gus memastikan pelanggan menikmati akses mudah kepada perkhidmatan jualan dan selepas jualan yang lengkap, tidak kira di mana mereka berada.

Salah satu cabaran terbesar dalam penerimaan EV selama ini ialah keyakinan terhadap kemudahan pengecasan. Menjadikan pengalaman pengecasan lebih mudah dan mudah diakses kekal sebagai antara faktor terpenting dalam mempercepat penerimaan xEV secara lebih meluas. Proton e.MAS terus menangani cabaran ini dengan memperluaskan salah satu ekosistem pengecasan bersepadu menyeluruh di Malaysia.

Peta Pengecasan Langsung Bersepadu Proton e.MAS kini memaparkan lebih 4,700 titik pengecasan yang meliputi lebih 90% kawasan di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, lebih 1,500 titik pengecasan tersedia di lebih 600 kondominium, sekali gus menjadikan pengecasan di rumah dan lokasi destinasi lebih mudah serta praktikal untuk pemilik EV. Melalui kerjasama dengan rakan kongsi pengecasan kediaman bertingkat yang terlibat, pemilik Proton e.MAS turut menikmati kadar pengecasan serendah RM0.63 setiap kWh apabila membuat pembayaran melalui aplikasi Proton e.MAS.

Membina Masa Depan Mobiliti Elektrik Malaysia

Sebagai jenama automotif nasional Malaysia, Proton e.MAS terus menyokong Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dengan mempercepat penerimaan mobiliti berelektrik serta memperkukuh keupayaan pembuatan tempatan.

Selain memperluaskan penerimaan EV, Proton e.MAS turut memainkan peranan dalam membangunkan industri EV Malaysia. Susulan permulaan pemasangan tempatan bagi Proton e.MAS 7 PHEV baru-baru ini, kesemua tiga model Proton e.MAS kini dipasang di Malaysia. Proton e.MAS 7 PHEV pada masa ini mencapai tahap kandungan tempatan sebanyak 30%, dengan kadar lokalisasidijangka meningkat secara berperingkat pada tahun-tahun akan datang.

Bagi menyokong peningkatan permintaan domestik serta peluang eksport yang semakin berkembang, PROTON telah melabur tambahan RM37 juta untuk memperluaskan keupayaan fasiliti pembuatan EV khusus pertama di Malaysia. Pelaburan ini meningkatkan kapasiti pengeluaran tahunan daripada 20,000 unit kepada 42,000 unit bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada pasaran domestik dan eksport.

Dalam tempoh hanya 20 bulan sejak pelancaran Proton e.MAS 7, lebih 30,000 rakyat Malaysia dan pelanggan di luar negara telah memilih Proton e.MAS. Keyakinan mereka telah membantu mempercepat pembangunan ekosistem EV Malaysia, memperkukuh keupayaan pembuatan tempatan serta meletakkan negara sebagai hab mobiliti elektrik yang sedang berkembang. Seiring dengan pertumbuhan Proton e.MAS, jenama ini kekal komited untuk menjadikan setiap perjalanan pemilikan EV pada masa hadapan lebih mudah dan lancar berbanding sebelumnya

Intipati
  • Proton e.MAS mencapai 31,504 pendaftaran xEV setakat 31 Julai 2026.
  • Tiga model Proton e.MAS mencatat pendaftaran kukuh dalam segmen EV dan plug-in hybrid.
  • PROTON melabur RM37 juta untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran EV kepada 42,000 unit setahun.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan