Terkini

Gaya hidup
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Gambar: Bernama

Zii Jia Bantu Pasukan A Juarai Edisi Sulung Piala Presiden

Aqmal Ezany

KUALA LUMPUR, 17 Sept — Pasukan A muncul juara edisi sulung Kejohanan Badminton Piala Presiden selepas menang selesa 4-1 ke atas Pasukan B pada aksi di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara di sini hari ini.

Perseorangan utama lelaki negara Lee Zii Jia menghadirkan mata sulung untuk Pasukan A setelah menundukkan pemain pelapis kebangsaan, Cheam June Wei menerusi kemenangan 22-20, 21-18.

Beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi menambah mata kedua untuk Pasukan A setelah menewaskan beregu kebangsaan, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik 23-21 dan 21-13.

Pemain pelapis negara Ng Tze Yong menghadiahkan mata ketiga untuk Pasukan A setelah mengatasi rakan sepasukan, Leong Jun Hao menerusi keputusan 21-19 dan 21-11.

Namun Pasukan B bangkit meraih mata sulung menerusi gandingan Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Muhd Rumsani yang melakar kemenangan 21-19 dan 21-14 ke atas Low Hang Yee dan Ng Eng Cheong.

Pemain muda, Muhammad Shaqeem Eiman Shahyar menambah lagi mata untuk Pasukan A selepas menundukkan Lee Shun Yang 21-15 dan 23-21.

Semalam Pasukan Wanita A yang diketuai perseorangan wanita utama negara, Soniia Cheah, muncul Juara Piala Presiden setelah menewaskan Pasukan Wanita B menerusi kemenangan tipis 3-2 di venue yang sama.

Piala Presiden merupakan kejohanan simulasi yang dianjurkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai persediaan menghadapi Piala Thomas dan Uber yang sepatutnya berlangsung dari 3 hingga 11 Oktober ini di Aarhus, Denmark.

Bagaimanapun Persekutuan Badminton Dunia (BWF) memutuskan untuk menangguhkan kejohanan berpasukan lelaki dan wanita itu susulan situasi semasa pandemik COVID-19.

Keputusan Piala Presiden (Lelaki):

Lee Zii Jia mn Cheam June Wei 22-20, 21-18

Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mn Aaron Chia-Soh Wooi Yik 23-21, 21-13

Ng Tze Yong mn Leong Jun Hao 21-19, 21-11

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Muhd Rumsani mn Low Hang Yee-Ng Eng Cheong 21-19, 21-14

Muhammad Shaqeem Eiman Shahyar mn Lee Shun Yang 21-15, 23-21

Sumber: BERNAMA