Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Zohram Mamdani Menang Pemilihan Datuk Bandar New York
Penduduk New York memilih Zohran Mamdani, seorang ahli politik berhaluan kiri, sebagai Datuk Bandar baharu dalam pemilihan pada Selasa.
Menurut AFP, kemenangannya dianggap sebagai isyarat perubahan mood politik di Amerika Syarikat, ketika negara itu menuju pilihan raya pertengahan penggal tahun depan.
Kemenangan ini juga menjadikan Mamdani Datuk Bandar Muslim pertama dalam sejarah New York.
Mamdani, 34, yang merupakan Ahli Dewan Negeri bagi kawasan Queens, menang walaupun berdepan serangan peribadi dan kempen negatif terhadap dasar beliau serta latar belakangnya sebagai seorang Muslim.
Beberapa ahli perniagaan dan media konservatif turut menjalankan kempen menentang Mamdani, namun jumlah keluar mengundi yang tinggi melebihi 1.45 juta orang memperlihatkan mobilisasi pengundi yang kuat daripada penyokongnya.
Beliau meraih sokongan dengan agenda menangani kos sara hidup, termasuk cadangan tambang bas percuma, penjagaan kanak-kanak mampu milik dan pasar raya yang dikendalikan pihak bandar.
Strateginya yang dekat dengan masyarakat, penggunaan media sosial dan kempen turun padang yang besar memberi kelebihan ketara dalam meraih undi.
“Perhentian seterusnya dan terakhir ialah Dewan Bandaraya,” kata Mamdani dalam video yang disiarkan dalam X sebelum pemilihan.
Mamdani pernah mengejutkan pemerhati politik apabila mengalahkan bekas Gabenor Andrew Cuomo untuk mendapatkan pencalonan Parti Demokrat sebelum ini dan sekali lagi menewaskannya dalam pemilihan kali ini.
Calon Republikan Curtis Sliwa dan pengasas kumpulan peronda jenayah warga Guardian Angels, berada di tempat ketiga selepas beberapa minggu Cuomo menegaskan dia menyerah untuk meningkatkan peluangnya.
“Andrew seorang yang tipikal, dia sentiasa menyalahkan orang lain atas kegagalannya sendiri. Sudah tentu dia akan menyalahkan saya,” kata Sliwa kepada AFP sebelum keputusan itu.
Sementara itu, dalam pemilihan gabenor Virginia, calon Demokrat Abigail Spanberger menyingkirkan penyandang Republikan, Winsome Earle-Sears.
Kedua-dua pihak mengeluarkan ‘senjata besar’, dengan bekas presiden Barack Obama mengumpulkan sokongan untuk Spaenberger dan Sherrill.
“Masih banyak kerja yang perlu kami lakukan, tetapi masa depan kelihatan lebih cerah sedikit,” kata Obama.
Sumber: AFP