Berita›Bisnes

Memang Sepadan, Gambar-Gambar Cantik ‘Pre-Wedding’ Fasha Sandha Dan Tunang Diambil Guna Huawei P30 Pro
Semua sudah sedia maklum dengan hubungan cinta diantara pelakon tekenal dan berbakat besar, Fasha Sandha dengan tunangnya, Aidil Aziz. Sebelum ini, pasangan sama cantik dan sama padan ini sudahpun mengikat tali pertunangan pada 18 November yang lalu. Namun bergitu, dengan penularan gambar-gambar berbusana pengantin yang dimuat naik oleh pereka fesyen terkenal, Azura Couture di laman […]

Ais Krim Perisa Vanilla Dengan Sos Tomato Diperkenal, Ada Netizen Kata Ia Kombinasi Tak Masuk Akal
Vanillaa, coklat, starwberry, pisang atau durian adalah antara variasi perisa yang biasa kita temui ketika membeli aiskrim. Rasa manis, pekat dan lemak dalam setiap batang aiskrim yang dibeli memang kena benar jika mengambil kira dengan cuaca semasa. Tetapi, apa pendapat anda jika ada syarikat pembuat aiskrim menawarkan perisa terbaru, iaitu perisa tomato dalam pasaran? Pelik […]

Tempoh Percubaan Tutup Jalan TAR April Ini – Khalid
Rancangan menjadikan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) sebagai kawasan pejalan kaki akan dilaksanakan secara percubaan pada setiap Sabtu, Ahad dan cuti umum sepanjang April ini. Dalam kenyataannya hari ini, Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad berkata sepanjang tempoh itu, hanya bas, teksi, polis, bomba, ambulans dan kenderaan penguat kuasa akan dibenarkan melalui jalan tersebut. Penutupan dari 8 pagi hingga 12 tengah malam itu akan bermula dari Jalan Esfahan berhampiran kompleks beli-belah Sogo hingga ke Jalan Melayu. “Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan memastikan […]

Kampung ‘Misteri’ Terkaya, 2000 Penduduk Diberi RM1 Juta Dalam Akaun Dengan Syarat Tak Keluar Dari Situ
Apa yang dahulu menjadi komuniti pertanian pada tahun 1950-an, Huaxi, sebuah kampung yang terletak di timur pusat bandar Jiangyin, di Provinsi Jiangsu, dilaporkan telah diubah menjadi tempat yang berkembang dan memberikan kekayaan kepada penduduknya. Ditubuhkan oleh bekas setiausaha Jawatankuasa Komuniti Huaxi, Wu Renbao, kampung berukuran 240 ekar telah disebut-sebut sebagai kampung terkaya China. Wu dikreditkan untuk […]

Pengusaha Taska Perlu Periksa Kesihatan Kanak-Kanak Sebelum Mengasuh
Pengusaha taman asuhan kanak-kanak (Taska) dinasihatkan supaya memeriksa tahap kesihatan kanak-kanak sebelum menerima mereka daripada ibu bapa untuk diasuh. Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Ruhaini Zawawi berkata pengusaha taska yang berdaftar berhak menolak untuk mengasuh kanak-kanak yang disyaki atau didapati mempunyai penyakit berjangkit seperti demam, selesema atau demam campak. Beliau berkata mengikut Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 di bawah Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012, pengusaha […]

Anwar Isytihar Harta RM10.7 Juta Kepada SPRM
Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengisytiharkan hartanya bernilai kira-kira RM10.7 juta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Menurut kenyataan yang dikeluarkan setiausaha sulitnya Shukri Saad, jumlah itu termasuk anggaran nilai semasa RM9.5 juta bagi rumah milik Anwar yang juga Presiden PKR di Bukit Segambut di sini. Kediaman itu pada mulanya dibeli pada harga RM4.5 juta hasil daripada jualan rumah di Bukit Damansara pada 2005, kata kenyataan itu. Turut diisytiharkan […]

Gaji Ciput Macam Mana Nak Beli Rumah? Ini 9 Tips Mudah Yang Boleh Anda Ikuti
Memiliki sebuah rumah adalah impian setiap orang, terutamanya buat mereka yang sudah mendirikan rumah tangga. Begitupun, mengambil kira pasaran hartanah dan dibandingkan dengan gaji yang diperoleh seutiap bulan, impian tersebut bagaikan sukar untuk direalisasikan. Itu belum lagi mengambil kira dengan komitmen bulanan sedia ada. Bayar sewa rumah, kereta, bil itu dan ini, akhirnya gaji yang […]

“Tak Sangka Video Pun Boleh Buat Jadi Ringtone,” Ini Antara Keunikan Nova 4 Yang Ramai Tak Tahu
Model Nova 4 telah sedia diperkenalkan Disember 2018 yang lalu, dan hari ini, pasaran tempatan pula akan menerima kedatangan peranti Huawei itu secara rasmi. Apa yang menariknya peranti terbaru ini, Huawei Nova 4 dilengkapi dengan skrin paparan 6.4 inci Punch FullView yang merupakan peranti pertama seumpamanya dijual di Malaysia! Wow. Trend terbaru ini dijangka akan mengambil-alih pasaran tahun […]

Pelaksanaan Gaji Minimum Ikut Sektor Bukan Sekarang
Pelaksanaan gaji minimum mengikut sektor hanya akan dilaksanakan sekurang-kurangnya dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran. Beliau berkata mengikut Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011, kajian semula mengenai gaji minimum harus dilakukan setiap dua tahun. “Banyak orang tidak faham tentang hal gaji, ia ditentukan oleh satu jawatankuasa (Jawatankuasa Teknikal […]

Tindakan Tegas Jual Hidupan Liar Dalam Talian
Kerajaan Sabah memandang serius aktiviti penjualan hidupan liar termasuk daging haiwan itu secara haram menggunakan platform media sosial dan laman sesawang. Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Assaffal P Alian berkata bagi menangani perkara itu, Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah perlu agresif dan mengenakan tindakan tegas serta penalti sewajarnya terhadap individu didapati bersalah terbabit dalam kegiatan tersebut. […]

Syarikat Ini Benarkan Stafnya Ambil Cuti Sekiranya Tiada Mood Untuk Masuk Kerja
Sebuah syarikat di China mempunyai cara yang unik untuk menjaga kebajikkan pekerjanya apabila membenarkan mereka untuk mengambil cuti sekiranya tiada mood untuk masuk bekerja. Tidak perlu memberi alasan terlalu panjang, cukup sekadar memaklumkan pada majikan bahawa mereka tidak bersemangat untuk menjalankan tugas. Malah, syarikat taman tema ini, China Dinosaurs Park turut memperuntukkan sehari cuti bergaji setiap […]

Pembinaan Klinik Di Semenyih Tetap Diteruskan – Menteri Kesihatan
Rancangan pembinaan sebuah lagi klinik kesihatan di Semenyih akan diteruskan seperti yang pernah dicadangkan biar pun keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih tidak memihak kepada Pakatan Harapan (PH), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Beliau berkata ia perlu direalisasi bagi memastikan penduduk di kawasan itu mendapat kemudahan perubatan kesihatan yang baik. “Apa yang disebut oleh calon kami sebelum ini adalah sesuatu yang mustahak memandangkan Klinik Kesihatan di pekan Semenyih dan Beranang sudah uzur dan sesak. […]

Pasar Payang Bakal Diroboh, 51 Tahun Penuh Kenangan
KUALA TERENGGANU, 3 Mac (Bernama) — Sebut sahaja Pasar Besar Kedai Payang atau Pasar Payang, pasti mereka yang pernah berkunjung ke Terengganu, akan terbayang suasana penuh sesak pengunjung dan kepadatan pelbagai barangan jualan produk popular di negeri itu, termasuk kain batik, sutera dan songket. Namun, wajah Pasar Payang seperti itu yang selama ini menjadi ikon […]

Kerajaan Berunding Mahu Ambil Alih Lebuh Raya – Dr. Mahathir
Kerajaan memulakan rundingan dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih konsesi empat lebuh raya yang syarikat tersebut mempunyai pegangan majoriti, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Lebuh raya berkenaan ialah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Tetowong SMART, kata beliau. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri hari ini, Dr […]

Alat Jimat Tenaga Tidak Berkesan Kurangkan Bil Elektrik
PUTRAJAYA, 22 Feb (Bernama) — Alat jimat tenaga (ESD) yang terdapat di pasaran, tidak berkesan mengurangkan bil elektrik pengguna seperti yang diiklankan, kata Suruhanjaya Tenaga. Dalam satu kenyataan hari ini Suruhanjaya Tenaga berkata kajian terhadap ESD mendapati bacaan meter pengguna tidak menunjukkan perbezaan ketara, selain tiada mana-mana badan bertauliah membuktikan alat tersebut memberi kesan penjimatan […]

Harga Petrol RON 95 Dan 97 Naik, Diesel Kekal
Harga minyak petrol bagi RON 95 dan RON 97 naik 10 sen bagi tempoh 23 Februari hingga 1 Mac depan, manakala harga Diesel kekal. Harga baru bagi RON 95 adalah RM 2.08 seliter manakala RON 97 adalah RM 2.38 seliter. Bagi harga minyak diesel pula kekal pada RM 2.18 seliter. Kenaikkan minyak pada minggu ini […]

Kementerian Kewangan Umum Pendaftaran BSH 2019 Kini Dipermudahkan
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan baru-baru ini mengumumkan kaedah kemas kini Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 telah dipermudahkan. Kerajaan sebelum ini memaklumkan bahawa lebih daripada 900,000 permohonan telah diterima sejak kemaskini BSH 2019 boleh dibuat bermula 1 Februari lepas yang akan berakhir pada 15 Mac ini. Melalui kenyataan tersebut, Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa: 1. Borang […]

Diskaun 20 Peratus Bagi Tambang KTM Komuter Mulai 1 April
PUTRAJAYA, 20 Feb (Bernama) — Mulai 1 April, penumpang Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter warga Malaysia akan menikmati diskaun tambang sebanyak 20 peratus, umum Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook hari ini. Katanya perkara itu diputuskan dalam mesyuarat kabinet hari ini susulan cadangan kementerian itu pada mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara minggu lepas […]

Ibu Mengamuk Anak ‘Kantoi’ Guna Robot Siapkan Kerja Sekolah
Kisah seorang pelajar muda yang menggunakan “robot tulisan tangan” yang dipanggil untuk menyelesaikan kerja rumah sepanjang cuti Tahun Baru Cina dalam masa yang singkat menjadi berita utama di China minggu lalu dan menjadi perdebatan hangat di kalangan orang ramai. Berita melaporkan kes pelajar sekolah menengah dari Harbin menghabiskan 800 yuan (RM500) pada sebuah robot menyalin yang membolehkannya […]

Movie Animation Park Studios Masuk Percuma Mulai 1 Mac
Movie Animation Park Studios (MAPS) akan memperkenalkan sistem berkupon bagi semua tarikan di taman tema itu selain dibenarkan masuk secara percuma untuk semua pengunjung mulai 1 Mac ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Beliau berkata menerusi model perniagaan baharu yang diperkenalkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), ia merupakan usaha menarik lebih ramai pengunjung dari dalam dan luar […]