Berita›Luar Negara

Berita
(Video) ‘Queen Control’ Potong Kemaluan Suami Ketika Sedang Gosok Gigi
Akibat mencurigai suami, seorang isteri mengambil keputusan memotong kemaluan suaminya ketika sedang menggosok gigi pada pagi Sabtu lalu. Lelaki yang dikenali sebagai Li langsung tidak sedar akan kehadiran isterinya yang datang daripada belakang secara tiba-tiba lantas menggunting kemaluannya. Kejadian di bilik mandi pasangan berkenaan yang pada ketika itu, mangsa sedang menggosok gigi tanpa seurat benang. […]
Berita
Air Terjun Pencakar Langit Jadi Tarikan
Jika anda selalu mengimpikan untuk berkunjung ke air terjun tertinggi di dunia seperti Air Terjun Angel di Venezuela, tetapi ia memerlukan banyak cabaran dan usaha untuk sampai ke atas, mengapa tidak anda melawat Guiyang China? Air terjun besar setinggi bangunan pencakar langit itu terletak di tengah bandar, mengagumkan setiap mata yang memandang. Bagaimanapun, air terjun […]
Berita
Empangan Di Laos Runtuh, Puluhan Dikhuatiri Maut Dan Ratusan Masih Hilang
BANGKOK- Sekurang-kurangnya puluhan nyawa dikhuatiri maut dan ratusan orang masih dilaporkan hilang berikutan kejadian empangan hidro elektrik di tenggara Laos yang runtuh semalam. Insiden yang berlaku di tenggara wilayah Attapeu sekali gus melepaskan lima bilion kubik meter air. Anggota penyelamat yang bertugas berusaha mengesan ratusan penduduk yang hanyut akibat insiden yang mengakibatkan sekurang-kurangnya tujuh kawasan […]
Berita
Lelaki Dikejarkan Ke Wad Kecemasan, Sedar Kemaluannya Hilang Ketika Bangun Tidur
Seorang lelaki warga Thailand yang mabuk baru menyedari bahawa dia telah kehilangan alat sulitnya apabila terjaga di bilik kecemasan hospital. Lelaki itu yang dikenali sebagai Suwit berkata, dia baru berpindah dari kampungnya di Trang ke Ratchaburi yang terletak beberapa jam di barat Bangkok, untuk bekerja di sebuah garaj. Pada sabtu malam selepas waktu kerja, dia […]
Berita
Boleh Bahayakan Nyawa Orang Awam, UAE Arah Tangkap Tiga ‘Instafemes’ Lakukan ‘Keke Challenge’
Pendakwa Awam Abu Dhabi pada Isnin lalu mengeluarkan arahan penangkapan ke atas tiga personaliti media sosial kerana telah membahayakan nyawa pengguna lalu lintas lain dengan melakukan ‘Keke Challenge’ di jalan raya. Mereka yang melakukan ‘Keke Challenge’ ini boleh berdepan hukuman penjara atau denda di bawah Kanun Keseksaan Persekutuan dan Undang-undang No 21 1995 mengenai peraturan […]
Berita
Pelik, Lelaki Gantung Seekor Tikus Di Luar Rumah Sebagai ‘Denda’ Selepas Ditangkap Mencuri Makanan
Seorang lelaki di China bertindak di luar batas fikiran manusia apabila menghukum seekor tikus yang dikatakan telah mencuri makanan di rumahnya dengan cara menggantung tikus itu di balkoni sehingga terjatuh dan mati. Tikus itu dikatakan tangan hadapannya telah terkena pada satu perangkap yang dipasang sebelum dibiarkan tergantung diluar rumah. Tikus itu dilihat cuba melepaskan diri […]
Berita
Potret Puteri Diana Dilukis Dengan Darah Pesakit HIV, Ini Alasannya
Pada April 1987, mendiang Puteri Diana bersalaman dengan seorang lelaki yang disahkan positif HIV, sekaligus memberi mesej kepada dunia mengenai stigma yang sering dikaitkan dengan penghidap virus itu. Bertitik-tolak dari peristiwa itu, seorang pelukis, Conor Collins, menghasilkan potret puteri kesayangan ramai itu dengan menggunakan darah penghidap HIV dan debu berlian. Hasil karya itu kini menjadi […]
Gaya hidup
Ini Adalah ‘Anak’ Saya – 22 Tahun Membesarkan ‘Bon-Chan’
Sepasang suami isteri sedang berjalan-jalan di bandar Tokyo. Apabila melalui satu kedai, mata mereka terpandang akan seekor anak kura-kura comel, hanya sebesar tapak tangan kanak-kanak. Saat itu, Mitani Hisao dan isterinya tahu mereka tidak boleh meninggalkan kedai itu tanpa membawa dia pulang. Mereka menamakannya ‘Bon-chan’. Selepas 2o tahun, Bon-chan yang dulunya hanya bersaiz 5cm, membesar […]
Berita
”Maafkan Kami Hero”, Keldai Mati Jadi Belasahan Pengundi Fanatik Yang Marahkan Ahli Politik
Setiap kali tibanya musim pilihanraya, bahang pertembungan antara parti-parti politik yang bertanding sememangnya dapat dirasai di mana-mana sahaja. Penyokong parti A dan penyokong parti B pasti berusaha sehabis baik untuk memenangkan parti yang disokong, pelbagai kaedah dan bahan kempen digunakan untuk menghangatkan suasana pilihan raya. Bendera, poster, baju dan replika-replika dibina dimana-mana sahaja untuk menghangatkan […]
Berita
(Video) Goreng Telur Bawah Matahari Masak Tak Sampai Seminit, Jepun Dilanda Gelombang Panas, 30 Terkorban
Jepun kini berada dibawah gelombang panas setinggi 41.1 darjah Celsius. Sehingga 21 Julai, seramai 30 orang terkorban akibat kepanasan ekstrim tersebut dan beribu-ribu telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Orang ramai telah dinasihatkan untuk minum air yang banyak dan mencari penghawa dingin bagi mengelakkan diserang stroke panas. Agensi Kaji Cuaca Jepun menunjukkan kawasan tompok […]
Berita
Penularan Berita Palsu Kematian Putera Philip Buat Ratu Elizabeth Berang
Penularan berita palsu mengenai kematian Putera Philip di laman Twitter membuatkan isterinya, Ratu Elizabeth berang. Nama Putera Philip menjadi trending di laman twitter pada Jumaat lalu sebelum Istana Buckingham menerima banyak panggilan dari pihak yang ingin mengesahkan tentang berita tersebut. Insiden penularan berita palsu tersebut dipercayai bermula apabila petugas istana bertanya khabar mengenai Putera Philip […]
Gaya hidup
(Video) Gila, Demi Dapatkan Gambar ”Rare”, Model Sanggup Bergambar Dengan Buaya Liar
Bagaimana anda mahu bersaing dengan gambar-gambar percutian orang lain yang menarik di laman Instagram? Caranya mudah sahaja tapi perlu idea berani yang gila. Kalahkan mereka dengan bergambar bersama buaya di dalam air ! Seorang jurugambar, Ken Kiefer tidak ragu-ragu apabila menjadikan idea itu sebagai realiti dengan melakukan sesi fotografi bersama haiwan pemangsa itu di Chincorro […]
Berita
Percaya Ada Kuasa Ajaib, ‘Jus Tengkorak’ Dalam Keranda Purba 2000 Tahun Jadi Rebutan
Penemuan keranda purba yang diperbuat daripada batu granit hitam oleh pengkaji di Egypt, Mesir tiga minggu lalu, menimbulkan ketakutan pelbagai pihak mengenai kemungkinan ia berkait rapat dengan sumpahan yang menakutkan. Malah, ramai mencadangkan supaya ia tidak disentuh mahupun dipindahkan di mana tempat ia dijumpai jika tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku. Namun adakah mereka mendengarnya? […]
Berita
Pesalah Rasuah Hidup Mewah Dalam Penjara Di Bandung
JAKARTA – Penjara Sukamiskin di Bandung yang dikhususkan untuk pesalah rasuah, rupa- rupanya turut menawarkan “pakej istimewa” untuk penjenayah rasuah itu. Pesalah rasuah yang menjalani hukuman itu boleh mendapatkan pakej istimewa – “sel penjara mewah dan pakej bebas keluar masuk penjara dengan bayaran sebanyak Rp200 juta hingga Rp500 juta. Menerusi bayaran atau sogokan rasuah itu, banduan di […]
Berita
Gurauan Di Facebook Membawa Padah, Lelaki Mati Dicekik Gara-Gara Status
Seorang ibu mendedahkan anaknya mati dicekik akibat status gurauan yang dimuat naik di laman facebooknya. Anaknya, Carl Gregory itu dipercayai memuat naik gambar arca kemaluan lelaki yang ditujukan kepada bekas teman wanitanya dengan kapsyen: “Berapa ramai wanita boleh lupakan bekas.” Pemuda berusia 20 tahun itu dicekik dan dipijak kepalanya di kawasan parkir kereta di sebuah pusat […]
Berita
Kerana Isteri, Lelaki Tergamak Sumbat Rumput Dalam Mulut Mak Sendiri
Seorang lelaki dilihat cuba memaksa ibunya makan rumput gara-gara wanita tua itu bertengkar dengan isterinya. Dia kini terpaksa membuat permohonan maaf secara terbuka selepas seorang penduduk kampung memberitahu wartawan di China bahawa wanita itu, yang berusia 80-an dipercayai menghidap Alzheimer. Difahamkan, video itu dirakam di kampung Dinjia, wilayah Hunan dan lelaki itu hanya dikenali dengan nama […]
Berita
(Gambar) Bunuh, Korek Kerongkong Bapa Selepas Jumpa Gambar Lucahnya Semasa Kecil
Seorang wanita mengaku membunuh ayah kandungnya selepas menjumpai koleksi gambar lucah kanak-kanak milik Kenneth, Coombes. Suspek dijatuhkan hukuman 9 tahun setelah mengaku bersalah melakukan pembunuhan tersebut dan menanam mayat mangsa yang dibalut dengan karpet di belakang rumahnya. Barbara Coombes, turut memberitahu mahkamah bahawa dia pernah di rogol ratusan kali oleh bapanya dan sering membenarkan gambar […]
Luar Negara
“Dulu Sering Dibandingkan Dalam Keluarga,” Kisah Hebat Jutawan Muda Jual Rumpai Laut Goreng Ini
Aku Anak Yang Sering Dibandingkan Oleh Keluarga Seorang pemuda merenung ke langit memikirkan kata-kata yang diucapkan oleh ayahnya tadi. Terngiang-ngiang di kepala kata-kata ayahnya tadi. Setiap bait perkataan muncul satu persatu. Tiada masa depan! belajar malas! Tahu membuang masa dan duit sahaja! tidak tahu ikut perangai siapa, abang dan kakak dah berjaya tapi kau? Hanya […]
Berita
(Video) Dua Gadis Warga Malaysia Ditahan Di Lapangan Terbang Jepun, Kantoi Sorok Dadah RM3.3juta Dalam Coli Dan Seluar Dalam
Jabatan Polis Metropolitan dan Kastam Tokyo, Jepun menahan 2 wanita warga Malaysia, masing berusia 20 dan 22 tahun pada 30 Jun lalu. Kedua-dua suspek ditahan selepas dikesan menyorokkan sejumlah 1.5kg pil ectasy bernilai hampir RM3.3 juta di dalam coli, seluar dalam dan tuala wanita yang dipakai serta 8 beg plastik yang dibawa ketika tiba di Lapangan […]
Berita
(Video) Bos Beri Hadiah Kereta Kerana Kesungguhan Lelaki Ini Berjalan Sejauh 32Km Ke Tempat Kerja
Mesti ramai yang tidak sanggup berjalan kaki sejauh 22 kilometer untuk sampai ke tempat kerja. Tetapi, lelaki ini membuktikan sebaliknya. Walter Carr, seorang peljar kolej di Birmingham diterima untuk bekerja dengan sebuah syarikat perkhidmatan pindah rumah ‘Bellhops Movers’ pada Ahad lepas, tetapi keretanya rosak. Kereta Carr rosak pada malam sebelum hari pertamanya berkhidmat dengan syarikat […]