Berita›Luar Negara

Ibu Kejam Sanggup Bunuh Anak Kerana Basahkan Tilam
Seorang wanita didakwa atas kesalahan membunuh anaknya yang berusia 2 tahun setelah dijumpai mati ditempat tidurnya. Katrina Shangreaux, 30 tahun mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 40 tahun atas kesalahan membunuh. Media tempatan melaporkan, Shangreaux mengaku menyerang anak kecil itu dengan tali pinggang, melemparkannya ke lantai, menendang perut dan kepala kerana tidak sengaja membasahkan tilam. […]

Wanita Miliki Lebih 5 Anak, Punya Risiko Lebih Tinggi Hidap Penyaki Alzheimer
Kajian terbaru yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik Korea Selatan mendapati wanita yang memiliki lebih daripada lima orang anak mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghidapi penyakit Alzheimer. Risiko tersebut 70 peratus lebih tinggi berbanding wanita yang memiliki anak sedikit mungkin disebabkan peningkatan mendadak hormon oestrogen menjelang penghujung kehamilan seseorang itu, menurut kumpulan penyelidik tersebut. Hasil penyelidikan tersebut juga […]

(Video) “Ada Orang Buang Roti Di sini”, Kisah Kanak-Kanak Syria Kutip Habuk Roti Untuk Hidup
Jika nak dibandingkan kesusahan yang dialami oleh anak-anak Syria ini jauh bezanya dengan kehidupan kita di sini walaupun mungkin kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Konflik berdarah yang berlaku di Syria merupakan konflik terpanjang yang pernah berlaku sehingga mengorbankan beribu-ribu jiwa yang tidak berdosa. Keadaan darurat yang dialami mendesak mereka hidup dalam keadaan […]

Akibat Dendam, Pelajar Cuba Racun Satu Sekolah
Polis di daerah Deoria, India telah menahan seorang remaja perempuan selepas dia dituduh cuba mencampur racun dalam hidangan makan tengah hari di sekolahnya. Dalam insiden di Kampung Baulia pada Selasa lalu, gadis berkenaan dipercayai bertindak sedemikian kerana mahu membalas dendam ke atas kematian adik lelakinya. Pelajar di sekolah tersebut bagaimanapun bernasib baik apabila perbuatan gadis […]

(Video) Bomoh Bertopeng ”Bumblebee” Mengaku Bunuh 675 Orang, Hidup Dengan Beratus-Ratus Hantu
Seorang pastor di Ghana dalam satu temubual mengaku terlibat dalam ritual berdarah dimana dia pernah membunuh lebih 600 orang, kebanyakkan kanak-kanak yang diserahkan kepadanya sebagai korban. Dia mendakwa bahawa korban manusia itu diserahkan kepadanya oleh para doktor dan jururawat yang mengamalkan ritual penyembahan syaitan. Pastor tersebut yang enggan mendedahkan identitinya, hadir ke sebuah rancangan televisyen […]

Tiga Beradik Sanggup Cungkil Mata Dan Kerat Usus Ibu Demi Upacara Pemujaan
Demi melaksanakan satu upacara pemujaan, tiga beradik di Peru, Amerika Selatan dipercayai sanggup membunuh ibu mereka pada Ahad lalu. Pembunuhan kejam itu dilakukan dengan mencungkil mata dan mengerat usus warga emas itu. Mayat Teodora Quispe Ccayllahua, 75, ditemui pihak polis setelah salah seorang daripada adik beradik itu telah ‘diarahkan’ untuk membunuh mangsa. Bagaimanapun, sewaktu ditemui, […]

(Video) Kerana Cuai Ketika Guna Eskalator, Gadis Nyaris Hilang Kepala
Seorang gadis di China nyaris kehilangan kepala atas kecuaian diri sendiri ketika menaiki sebuah eskalator di sebuah pasar raya di Liaoyang, Wilayah Liaoning. Wanita malang itu bagaimanapun tetap menanggung kesakitan akibat luka teruk yang berlaku pada bahagian tepi muka selepas kepalanya tersepit diantara penghadang eskaltor dan lantai tingkat atas. Berdasarkan Rakaman Kemera Pengawasan Litar Tertutup (CCTV), […]

Model Catwalk Sambil Menyusu Anak Raih Perhatian Netizen
Rasa mustahil untuk ‘catwalk’ di atas pentas peragaan sambil menyusu anak anda? Tidak bagi supermodel ini. Mara Martin telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengunjung dalam satu pertunjukan fesyen yang berlangsung di Miami apabila dia berjalan di atas pentas peragaan sambil menyusukan bayinya. Dia turut mengendong anaknya itu Aria yang berusia 5 bulan ketika pertunjukan baju […]

Dikikis Teman Wanita, Anak Jutawan Ditinggalkan Bila ‘Miskin’
Anak lelaki seorang ahli perniagaan terkemuka berdepan hukuman penjara gara-gara ingin memenuhi keperluan dan keinginan teman wanitanya yang cantik. Zhang Xiaoen, 29, anak tunggal yang membesar dalam sebuah keluarga kaya di Hangzhou, China sudah biasa dengan kemewahan dan menghabiskan sejumlah besar wang untuk apa saja yang diinginkannya. Namun, sumber kewangan keluarganya itu masih tidak mencukupi […]

Inilah Wanita Paling Kejam Dalam Sejarah, Pembunuh 400 Bayi Di Abad Ke-19
Amelia Dyer dikatakan wanita paling kejam pada abad ke-19 kerana terkenal dengan jenayah sensasinya yang menjadikan bayi kecil sebagai mangsa korban. Sepanjang tempoh 20 tahun semasa zaman Victoria di England, dia dikatakan telah membunuh kira-kira 300 bayi, yang dia telah diambil untuk ‘menjaga.’ Dia seorang jururawat terlatih dan terlibat dalam ‘pedagang bayi,’ satu amalan popular […]

(Video) Ibu Kepada Seorang Pemain Bola Brazil Diculik
Ibu pemain bola sepak Brazil, Taison, ahli skuad Piala Dunia yang bermain untuk kelab Ukraine, Shakhtar Donetsk, diculik pada hari Isnin oleh geng bersenjata tetapi dibebaskan dalam beberapa jam selepas polis berada di tempat persembunyiannya. Freda diculik di kejiranan Navegantes dan dibawa ke sebuah rumah di Monte Bonito di pinggir bandar, kata Lopes. Polis telah menemui tempat persembunyian penculik […]

Penduduk Kampung Mengamuk, Serbu Dan Bunuh 292 Ekor Buaya Peliharaan
Akibat kematian seorang lelaki yang disebabkan oleh seekor buaya di sebuah kampung di Sorong, Papua Barat Indonesia, penduduk kampung tersebut menjadi marah dan menyerang sangkar buaya milik Alberth Siahaan hingga menyebabkan kira-kira 192 ekor buaya terbunuh. Insiden yang berlaku pada petang Sabtu menyaksikan penduduk kampung itu beramai-ramai membunuh buaya yang terdapat di dalam sangkar tersebut […]

Imigran Dan Muslim Julang Perancis, Peminat Bola Sepak Seru Perancis Hentikan Sikap Rasis Dan Islamofobia
Piala Dunia sudah pun berlalu, juaranya sudah pun kita ketahui, namun ada kisah-kisah yang tidak ramai peminat tahu mengenai skuad juara, Perancis yang berjaya menjulang ”FIFA World Cup Throphy” yang diperbuat daripada emas 18 karat itu. Umum sudah pun mengetahui bahawa Perancis adalah sebuah negara di Eropah yang terkenal dengan sikap perkauman dan Islamofobia yang […]

Kandungan Kimia Dalam Mainan ‘Slime’ Boleh Mengakibatkan Kejang Perut Dan Muntah – Kajian
Slime dikatakan sebagai pengganti tanah liat menjadikan ia trend baru mainan unik diperbuat daripada bahan polimer berbentuk cairan yang biasanya ditambah larutan polivinil alkohol dan ion borat. Baru-baru ini, salah satu portal kesihatan memberitahu bahawa mainan ini dikatakan mengandungi bahan tidak selamat seperti kimia boron dimana boleh mengakibatkan cirit-birit, muntah dan kekejangan. Boron dijumpai dalam […]

Ibu Dua Anak, Jadi Mangsa Rogol Orang Kampung Sebelum Dibakar Hidup-Hidup
Seorang ibu dua orang anak menjadi mangsa rogol lima lelaki sebelum mangsa dibakar hidup-hidup dalam kejadian yang berlaku du Uttar Pradesh, India. Menurut laporan akhbar atas talian, Times of India, kesemua suspek dipercayai telah menceroboh masuk kedalam rumah mangsa yang ketika itu sedang berehat. Kejadian tersebut dipercayai berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi waktu tempatan di […]

Gadis Mati Selepas Salah Makan Biskut
Seorang gadis berusia 15 tahun meninggal dunia selepas memakan sebungkus biskut jenama Chip Ahoy yang disangka bebas daripada ramuan kacang. Alexi Ryann, berada dirumah rakannya ketika menjumpai bungkusan biskut tersebut tanpa meneliti dengan baik versi biskut tanpa kacang yang selalu dimakannya. Selepas menikmat sebiji biskut itu, Alexi mulai sedar ada sesuatu yang tidak kena. […]

Donald Trump Ungguli Carta Carian ‘Idiot’ Di ‘Google Image’
Siapa yang tidak mengenali Donald Trumph. Dia yang pernah mendakwa dirinya antara yang memiliki IQ tertinggi, tapi tidak bagi enjin carian google. Pengguna Internet mendapati imej Trump mengungguli keputusan carian gambar bagi perkataan ‘idiot’ (bodoh). Menurut laporan Independent, Trump muncul dalam enam daripada 15 entri untuk perkataan bodoh bagi pengguna di United Kingdom (UK). Algoritma […]

Makan Pil Kurus Selama 7 Tahun, Sudahnya Ini Yang Berlaku Kepada Wanita Ini
Demi mendapatkan tubuh yang lansing, ramai orang sanggup melakukan apa sahaja termasuklah seorang wanita ini. Dia sanggup mengambil pil kurus selama tujuh tahun, namun hasil yang berlaku adalah sebaliknya. Dia kini perlu menjalani pembedahan perut apabila berat badannya naik lebih 40kg berbanding sebelum makan pil kurus tersebut. Wanita dari China itu, Xiaoli, 25, mula mengambil […]

(Video) Bapa ‘Superhero’ Selamatkan Anak Sepantas Kilat
Tindakan pantas seorang bapa yang beraksi lagak seorang ‘superhero’ dalam filem hollywood berjaya menyelamatkan dua anaknya dari dilanggar sebuah kereta. Insiden itu berlaku di sebuah bengkel yang dikenali sebagai Selatan Jaya Motor, pada 22 Disember 2016 dan tular ke seluruh dunia pada tahun ini. Lelaki itu dilihat sedang membaiki sebuah motosikal apabila sebuah kereta toyota […]

Kerana Goreng Cucur, Penuntut Lelaki Didenda
Disebabkan menggoreng cucur (pakora) di dalam kawasan Universiti Jawaharlal Nehru, seorang penuntut institusi pengajian tinggi itu dikenakan denda sebanyak Rs 20,000 (RM1,180). Penuntut itu, Manish Kumar Meena turut dinasihatkan untuk berpindah ke asrama lain dalam tempoh 10 hari. Difahamkan, penuntut Pusat Bahasa India bersama empat rakannya telah memasak cucur di pekarangan universiti itu sebagai langkah […]