Berita›Luar Negara

Remaja Hamil Maut Dibunuh Tragis
Remaja Hamil Maut Dibunuh Tragis Seorang remaja hamil sembilan bulan menjadi mangsa pembunuhan tragis apabila ditipu oleh seorang wanita dengan tawaran pakaian bayi percuma. Difahamkan, suspek bertindak kejam dengan mengeluarkan bayi mangsa secara paksa sebelum membunuh mangsa, menurut pihak berkuasa tempatan. Mangsa, 16, ditemui mati dengan kesan luka dan dicekik menggunakan kabel internet sebelum mayatnya […]

Angkasawan ‘Terkandas’ Bakal Pulang Ke Bumi
Angkasawan ‘Terkandas’ Bakal Pulang Ke Bumi Sebuah kapsul SpaceX Crew Dragon berjaya berlabuh di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), menandakan permulaan persiapan kepulangan dua angkasawan NASA, Butch Wilmore dan Suni Williams, selepas lebih sembilan bulan berada di angkasa. Pasangan ini sepatutnya hanya berada di ISS selama lapan hari untuk menguji kapal angkasa eksperimen, Starliner, yang dibangunkan […]

Pempengaruh Maut Dibunuh Tragis Ketika ‘Live’
Pempengaruh Maut Dibunuh Tragis Ketika ‘Live’ Seorang pempengaruh media sosial, Airi Sato, 22, maut selepas diserang dan ditikam berkali-kali ketika sedang melakukan siaran langsung di sebuah jalan di pusat bandar Tokyo pada pagi Selasa. Kejadian tragis itu berlaku sekitar jam 9:50 pagi di kawasan kediaman berhampiran sebuah stesen kereta api. Mangsa sedang berjalan sendirian ketika […]

WWE Lancar Tali Pinggang Kejuaraan Legasi Bola Sepak Eropah
WWE Lancar Tali Pinggang Kejuaraan Legasi Bola Sepak Eropah World Wrestling Entertainment (WWE) mengumumkan pelancaran Tali Pinggang Kejuaraan Legasi WWE eksklusif, yang menampilkan 13 warna mewakili kelab-kelab bola sepak utama Eropah, pada Jumaat. WWE dalam satu kenyataan berkata, kesemua kelab bola sepak berkenaan terdiri daripada Paris Saint-Germain (PSG), Juventus, Inter Milan, AC Milan, Celtic FC, […]

Meta Akan Mulakan Ujian Community Notes Di Facebook, Instagram Dan Threads
Meta Akan Mulakan Ujian Community Notes Di Facebook, Instagram Dan Threads ISTANBUL (Bernama) — Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya, lapor Anadolu Ajansi (AA). “Kami menjangkakan Community Notes akan kurang bersifat berat sebelah berbanding program pemeriksaan fakta pihak ketiga yang digantikannya kerana ia membolehkan […]

Rohani & Jasmani Seiring, Imam Kerah Jemaah “Push-Up” Lepas Tarawih
Rohani & Jasmani Seiring, Imam Kerah Jemaah “Push-Up” Lepas Tarawih Umum bersetuju, kawasan rekreasi dan aktiviti sukan agak sunyi apabila masuknya bulan Ramadan kecuali taman permainan kanak-kanak. Sudahlah letih menahan lapar dan dahaga di siang hari, malam pula diluangkan dengan menunaikan solat sunat tarawih yang hanya didirikan pada bulan ini sahaja. Dengan penambahan dua amalan […]

Singapore Airlines Larang Guna, Cas “Power Bank” Dalam Penerbangan
Singapore Airlines Larang Guna, Cas “Power Bank” Dalam Penerbangan Singapura – Singapore Airlines (SIA) mengeluarkan notis larangan menggunakan bank kuasa mudah alih (power bank) sepanjang penerbangan, berkuat kuasa 1 April 2025. Kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook syarikat berkenaan memperincikan larangan penggunaan peranti itu termasuk menggunakan bank kuasa untuk mengecas peranti peribadi atau mengecas […]

Rangka Manusia Ditemui Dalam Kereta Terbiar 5 Tahun Di Asrama Polis
Rangka Manusia Ditemui Dalam Kereta Terbiar 5 Tahun Di Asrama Polis Indonesia — Satu rangka manusia telah ditemukan di dalam sebuah kereta yang diparkir di sebuah asrama polis di Gresik, wilayah Jawa Timur pada Isnin lalu, lapor Kompas. Difahamkan, ia ditemukan oleh seorang anggota polis kira-kira jam 1.50 tengah hari (waktu tempatan) selepas beliau melakukan […]

Elon Musk Hilang Sekitar RM128 Bilion Dalam Sehari
Elon Musk Hilang Sekitar RM128 Bilion Dalam Sehari Individu terkaya di dunia, Elon Musk, mengalami kemerosotan besar dalam kekayaannya. Menurut Bloomberg Billionaires Index, nilai bersih Musk yang berjumlah AS$330 bilion pada Ahad telah merosot kepada AS$301 bilion pada petang Isnin, mencatatkan penurunan sebanyak 6.7 peratus. Dalam tempoh sehari sahaja, Musk kehilangan AS$29 bilion (sekitar RM128 […]

Harga ‘Kayangan’, Lamborghini Lancar “Stroller” Bayi
Harga ‘Kayangan’, Lamborghini Lancar “Stroller” Bayi Syarikat pengeluar kereta mewah, Lamborghini melancarkan kereta sorong bayi (stroller) berharga USD5,000 (RM22,175), lapor Supercar Blondie. Biarpun kereta sorong bayi yang diberi nama Reef AL Arancio ini kelihatan sama seperti produk yang lain, ia dilengkapi beberapa ciri tambahan iaitu sistem ampaian seperti kereta sebenar. Malah, produk ini turut mempunyai […]

Diarah Masuk Kerja Awal 5 Minit, Pekerja Dapat Pampasan
Diarah Masuk Kerja Awal 5 Minit, Pekerja Dapat Pampasan Sebuah bandar di Jepun yang mengenakan peraturan datang kerja lima minit lebih awal setiap hari diperintahkan untuk membayar pampasan lebih 10 juta yen (RM299,267) kepada semua kakitangan kerajaan kerana kerja lebih masa. Menurut South China Morning Post, peraturan itu ditetapkan kepada semua kakitangan untuk menghadiri mesyuarat. […]

Pengurus HR Tipu Syarikat RM9.7 Juta, Kaut Gaji “Pekerja Rekaan”
Pengurus HR Tipu Syarikat RM9.7 Juta, Kaut Gaji “Pekerja Rekaan” Seorang pengurus sumber manusia sebuah syarikat teknologi di Shanghai dijatuhi hukuman penjara selepas didapati menipu syarikatnya sebanyak AS$2.2 juta (sekitar RM9.7 juta) dengan mewujudkan pekerja palsu dan mengaut gaji mereka. Kes ini didedahkan dalam Laporan Putih mengenai Pendakwaan Jenayah Berkaitan Tugas oleh Kakitangan Syarikat dan […]

Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte Ditahan
Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte Ditahan Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, telah ditahan oleh polis selepas Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadapnya atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung kempen perang dadah yang menyebabkan ribuan kematian. Menurut laporan, Duterte, 79, ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Manila dari Hong Kong. Sebelum ini, beliau pernah […]

Gunung Berapi Muntahkan Lava, Penduduk Guatemala Dipindahkan
Gunung Berapi Muntahkan Lava, Penduduk Guatemala Dipindahkan Guatemala – Pihak berkuasa mengarahkan ribuan penduduk berpindah pada Isnin apabila gunung berapi paling aktif di Amerika Tengah meletus, memuntahkan lava, abu dan batu lapor AFP. Jurucakap agensi penyelarasan bencana Guatemala (CONRED), Juan Laureano berkata, kira-kira 900 mangsa dari 125 keluarga telah dipindahkan dari kejiranan El Porvenir ke […]

Didakwa Marah Dikeluarkan Dari “Group”, Lelaki Tembak “Admin” WhatsApp
Didakwa Marah Dikeluarkan Dari “Group”, Lelaki Tembak “Admin” WhatsApp Seorang lelaki di Pakistan telah didakwa atas tuduhan membunuh selepas dipercayai menembak mati seorang pentadbir kumpulan WhatsApp pada Khamis lalu, lapor AFP. Pihak berkuasa memaklumkan bahawa motif kejadian adalah disebabkan suspek telah dikeluarkan daripada kumpulan tersebut. Difahamkan, mangsa maut ditembak di Peshawar, ibu kota wilayah Khyber […]

X Alami Serangan Siber Besar-Besaran – Elon Musk
X Alami Serangan Siber Besar-Besaran – Elon Musk Elok Musk mendakwa gangguan capaian platform media sosial, X pada Isnin yang melibatkan pengguna di Asia, Eropah dan Amerika Utara berlaku akibat serangan siber dalam skala yang besar, lapor AFP. Gangguan tersebut menimbulkan persoalan sama ada jutawan itu menjadi sasaran. “Masih terdapat serangan besar-besaran yang sedang berlaku […]

Maghribi Batal Sambutan Aidiladha Tahun Ini
Maghribi Batal Sambutan Aidiladha Tahun Ini Buat kali keempat dalam sejarah negara itu, Maghribi mengambil keputusan untuk membatalkan sambutan Aidiladha tahun ini. Raja Maghribi, Raja Mohammed VI mengeluarkan arahan kepada rakyat agar tidak melaksanakan ibadah korban berikutan krisis ekonomi dan sosial yang semakin meruncing akibat enam tahun kemarau berterusan. Menurut sumber, keputusan ini selaras dengan […]

Aplikasi X Alami Gangguan Di Seluruh Dunia
Aplikasi X Alami Gangguan Di Seluruh Dunia Laman media sosial X yang dahulu dikenali sebagai Twitter ketika ini sedang mengalami gangguan dan tidak boleh diakses sejak beberapa jam yang lalu. Bukan sahaja di Malaysia, gangguan tersebut turut berlaku di peringkat global. Memetik laporan The Independent, laman tersebut tidak boleh diakses sekitar jam 10 pagi waktu […]

Penyanyi Korea Selatan, Choi Wheesung Meninggal Dunia
Penyanyi Korea Selatan, Choi Wheesung Meninggal Dunia Penyanyi dari Korea Selatan, Choi Wheesung dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 43 tahun, lapor Koreaboo. Berita duka itu disahkan oleh pihak agensi mendiang, Ostrich Entertainment. Difahamkan, pihak berkuasa segera ke rumah mendiang selepas menerima panggilan daripada ahli keluarga. Mereka kini sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung […]

Asap Hitam Berkepul-kepul, Pesawat Terhempas Di Kawasan Perumahan
Asap Hitam Berkepul-kepul, Pesawat Terhempas Di Kawasan Perumahan Sebuah pesawat jenis Beechcraft Bonanza dilapor terhempas dan meletup di kawasan perumahan Manheim, Pennsylvania pada Ahad, lapor The Sun UK. Perkhidmatan kecemasan tiba di lokasi kejadian ketika asap tebal menjulang ke udara. Difahamkan, lima orang mengalami kecederaan dalam insiden tersebut. Pihak polis memaklumkan bahawa pesawat itu cuba […]