Berita›Luar Negara

Juruterbang Air Batik Tertidur 28 Minit, Sebabkan Pesawat Tidak Berada Di Laluan Betul
Juruterbang Air Batik Tertidur 28 Minit, Sebabkan Pesawat Tidak Berada Di Laluan Betul Seorang juruterbang Batik Air bersama pembantunya dilapor tertidur serentak selama 28 minit ketika dalam satu penerbangan, hingga menyebabkan laluan pesawat berkenaan berubah, lapor AFP. Menurut Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (KNKT) Indonesia, kejadian itu berlaku ketika pesawat tersebut dalam perjalanan dari Sulawesi Tenggara […]

Pelakon Suara “Chibi Maruko-chan”, Tarako Isono Meninggal Dunia
Pelakon Suara “Chibi Maruko-chan”, Tarako Isono Meninggal Dunia Tarako Isono, pelakon suara legenda yang terkenal melalui watak Maruko dalam siri Chibi Maruko-chan dilapor meninggal dunia pada usia 63 tahun, lapor AFP. Menurut firma pengurusan bakat dimana mendiang bernaung, Troubadour Musique Office, berkata Tarako meninggal dunia akibat penyakit yang tidak dinyatakan. “Tarako meninggal dunia pada 4 […]

5 Terbunuh & 10 Cedera Di Gaza, Ditimpa Kotak Bantuan Dihantar Dari Udara
5 Terbunuh & 10 Cedera Di Gaza, Ditimpa Kotak Bantuan Dihantar Dari Udara Sekurang-kurangnya 5 orang terbunuh dan 10 lagi cedera selepas kotak bantuan yang dihantar dari udara menimpa mereka, dalam kejadian yang berlaku di Kem Al-Shati, di barat Gaza, pada Jumaat. Menurut CNN, seorang saksi, Khader Al Zaanoun, memberitahu dia melihat kotak bantuan berkenaan […]

Jurusolek Ubah Nenek 72 Tahun Jadi Puteri
Jurusolek Ubah Nenek 72 Tahun Jadi Puteri BEIJING — Kepakaran seorang jurusolek dari China dalam menukarkan wajah pelanggan kembali muda menjadi bualan warga maya meskipun mereka telah dimamah usia, lapor South China Morning Post. Mempunyai lebih 5.5 juta pengikut di Douyin (TikTok), jurusolek yang dikenali sebagai Tuzi atau Arnab itu tak menang tangan apabila menerima […]

Banduan Derma Gaji Kepada Penduduk Palestin
Banduan Derma Gaji Kepada Penduduk Palestin WASHINGTON — Seorang banduan yang dipenjarakan di Amerika Syarikat (AS) berhati mulia mendermakan gajinya ketika bekerja dalam penjara kepada penduduk Palestin bagi membantu masyarakat di sana, lapor The Guardian. Justin Mashouf, seorang pembuat filem telah berhubung dengan banduan berusia 56 itu mendedahkan dia memperoleh AS$13 sen (kira-kira RM0.61 sen) […]

Malas Nak Bekerja, Wanita Didakwa Pura-pura Lumpuh Selama 20 Tahun
Malas Nak Bekerja, Wanita Didakwa Pura-pura Lumpuh Selama 20 Tahun Lumrah manusia, kita perlu bekerja untuk mendapatkan wang sebagai sumber pendapatan. Gaji dan pendapatan yang diperolehi setiap hari atau setiap bulan, akan digunakan untuk menampung segala keperluan hidup. Apatah lagi jika anda sudah berkeluarga, banyak perkara mustahak yang hendak dilunaskan memerlukan wang. Tanpa kerja keras, […]

Bapa Campak Anak Dari Tingkat Enam Pusat Beli-Belah
Bapa Campak Anak Dari Tingkat Enam Pusat Beli-Belah HONG KONG — Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun nyaris maut apabila bapanya bertindak untuk mencampaknya dari tingkat enam bumbung sebuah pusat membeli-belah Kowloon City Plaza di Jalan Carpenter. Menurut South China Morning Post, tindakan itu dipercayai dilakukan kerana bapanya dibebani hutang angkara ketagihan berjudi dan gagal […]

Derbi Manchester: Ten Hag Puji Semangat Juang United
Derby Manchester: Ten Hag Puji Semangat Juang United MANCHESTER — Jurulatih Manchester United, Erik Ten Hag memuji anak-anak buahnya selepas menunjukkan semangat juang tinggi meskipun tewas 1-3 ke atas Manchester City dalam derby semalam, lapor Eurosport. Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Etihad, jurulatih Belanda itu melibat banyak perkembangan positif dari segi prestasi The Red […]

Tular Rakaman Penampakan ‘UFO’ Dikesan Di Bandar Argentina
Tular Rakaman UFO Dikesan Di Bandar Argentina BUENOS AIRES — Penampakan sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) sempat dirakamkan berlegar di ruang udara di wilayah Tucuman, Argentina, lapor Metro UK. Difahamkan, kelibat objek itu tular di media sosial dan telah mencetuskan panik serta persoalan orang ramai. Bahkan objek itu didakwa bergerak ke arah individu yang […]

Kisah Peminat Dragon Ball Berjaya Namakan Anak ‘Goku’, Kalau Dapat Sejuta “Likes” Di FB
Kisah Peminat Dragon Ball Berjaya Namakan Anak ‘Goku’, Kalau Dapat Sejuta “Likes” Di FB Menimang cahaya mata merupakan antara detik yang paling dinanti-nantikan oleh setiap pasangan suami isteri. Apatah lagi bagi pasangan yang sudah sekian lama menanti kehadiran zuriat, penyeri hidup berumah tangga. Sebagai ibu bapa, anak tersebut akan ditatang bagai menatang minyak yang penuh. […]

Harga 1 Bitcoin Cecah RM303,000, Pertama Kali Sejak Mei 2021
Harga 1 Bitcoin Cecah RM303,000, Pertama Kali Sejak Mei 2021 Harga Bitcoin dilapor berjaya melepasi angka $60,000 buat kali pertama dalam tempoh lebih dua tahun. Pencapaian tersebut menyaksikan matawang kripto utama dunia itu semakin menghampiri rekod tertinggi yang pernah dicatatkan beberapa tahun yang lalu. Menurut laporan Financial Times, nilai Bitcoin meningkat sebanyak 12.6 peratus untuk […]

Jepun Mula Fasa Keempat Lepas Air Terawat Dari Loji Nuklear Fukushima
Jepun Mula Fasa Keempat Lepas Air Terawat Dari Loji Nuklear Fukushima TOKYO, 28 Feb (Bernama-Sputnik) — Jepun pada Rabu mula melaksanakan fasa keempat pelepasan air radioaktif terawat dari loji kuasa nuklear (NPP) Fukushima yang dijadualkan berlangsung sehingga 16 Mac, menurut data Tokyo Electric Power Company (TEPCO). Pengendali loji itu merancang untuk melepaskan sebanyak 7,800 tan air […]

Sedekad Penantian Terkubur, Apple Dilaporkan Batal Projek EV
Sedekad Penantian Terkubur, Apple Dilaporkan Batal Projek EV Syarikat multinasional, Apple dilaporkan telah membatalkan rancangan untuk menghasilkan kenderaan elektrik (EV), sedekad selepas pencipta iPhone itu dikhabarkan akan mengusahakan projek tersebut. Menurut Bloomberg News, ramai staf dari projek berkenaan akan dipindahkan ke divisyen kecerdasan buatan (AI) dalam syarikat terbabit. Pengumuman Apple itu tidak dibuat secara terbuka […]

Kebakaran Hutan Di Texas Semakin Merebak, Paksa Penduduk Selamatkan Diri
Kebakaran Hutan Di Texas Semakin Merebak, Paksa Penduduk Selamatkan Diri Kebakaran hutan dahsyat telah menyebabkan pengisytiharan bencana dan arahan berpindah dikeluarkan di beberapa kawasan terlibat di Texas Panhandle. Gabenor Texas, Greg Abbott telah mengumumkan pengisytiharan bencana bagi 60 kawasan pada Selasa. Ia susulan keadaan api kebakaran yang semakin marak di Texas. Pengisytiharan ini memastikan pihak […]

Zidane Sasaran Berpotensi Ganti Ten Hag – Ratcliffe
Zidane Sasaran Berpotensi Ganti Ten Hag – Ratcliffe MANCHESTER — Pemilik Manchester United dan Syarikat INEOS, Sir Jim Ratcliffe menjelaskan bekas jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane dalam radarnya untuk menggantikan Erik ten Hag sekiranya memutuskan untuk berpisah dengan jurulatih berkenaan, lapor Manchester Evening News. Berita mengenai masa depan jurulatih dari Belanda itu bersama United semakin […]

Lelaki Sanggup Seludup Ular Sawa Dalam Seluar
Lelaki Sanggup Seludup Ular Sawa Dalam Seluar Seorang lelaki dari New York yang cuba menyeludup ular sawa melintasi sempadan Amerika Syarikat (AS) dengan menyimpan reptilia tersebut di dalam seluarnya telah didenda dalam satu perbicaraan baru-baru ini. Memetik laporan CBS News, terdapat tiga ekor ular sawa Burma yang diangkut di dalam seluar yang dipakai lelaki berusia […]

Lokasi Tarikan Robot Gergasi Gundam Terkenal Di Jepun Bakal Ditutup
Lokasi Tarikan Robot Gergasi Gundam Terkenal Di Jepun Bakal Ditutup Kartun animasi Jepun atau lebih dikenali sebagai anime memang tak asing lagi dengan kehidupan zaman kanak-kanak. Salah satu anime terkenal dan menjadi memori kepada zaman kanak-kanak tentunya siri Gundam. Anime berkenaan mengangkat tema robot gergasi yang dikendalikan oleh manusia untuk bertempur atau berperang. Antara siri […]

Tentera AS, Aaron Bushnell Bakar Diri Depan Kedutaan Israel
Tentera AS, Aaron Bushnell Bakar Diri Depan Kedutaan Israel Seorang anggota tentera Amerika Syarikat (AS) yang dikenali sebagai Aaron Bushnell maut dipercayai selepas membakar dirinya sendiri di luar bangunan kedutaan Israel di Washington dalam satu protes berhubung situasi di Gaza, jelas Tentera Udara AS pada Isnin. Tindakan mengejutkan itu merupakan kemuncak bagi beberapa protes yang […]

Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh Umum Letak Jawatan
Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh Umum Letak Jawatan RAMALLAH — Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh pada hari ini mengumumkan peletakan jawatan berikutan dengan keganasan yang semakin meningkat di Tebing Barat, lapor AFP. Menurutnya, keputusan itu dibuat susulan berkaitan dengan pencerobohan yang kian terjadi di Semenanjung Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis. Difahamkan juga, keputusan itu berikutan […]

Kenali Ubi-Ubi ‘Empuk’ Liverpool Yang Tewaskan Skuad ‘Mahal’ Chelsea
Kenali Ubi-Ubi ‘Empuk’ Liverpool Yang Tewaskan Skuad ‘Mahal’ Chelsea Awal pagi semalam Liverpool melakar satu lagi sejarah apabila menjuarai Piala EFL buat kali kesepuluh. Liverpool menang dengan Chelsea selepas gol tunggal Virgil Van Dijk memastikan piala pertama The Reds musim ini. 90 minit tidak cukup untuk menentukan siapa layak menjulang piala yang sudah berusia 64 […]