Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Joao Felix Sah Kembali Ke Chelsea Sehingga 2030
Selepas tewas perlawanan sulung di Premier League hujung minggu lepas, Chelsea terus menandatangani pemain baru.
Kini, Joao Felix pula sudah sah kembali ke Chelsea dari Atletico Madrid. Felix pernah beraksi untuk Chelsea secara pinjaman sebelum ini.
Perkara itu diumumkan oleh lelaki budiman, Fabrizio Romano di laman X beliau. Felix setuju menyertai Chelsea dengan kontrak sehingga 2030.
Ini bermaksa saga Gallagher dan Felix berakhir di mana Gallagher akan kekal berpindah ke Atletico dan Felix pula ke Chelsea.
Chelsea menjadi pasukan paling sibuk dalam urusan jual beli pemain musim baru ini selepas berjaya menandatangani lebih dari 30 pemain dalam satu jendela perpindahan.
Chelsea menamatkan saingan liga musim lepas ditempat keenam dan telah pun tewas dalam perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris hujung minggu lalu dengan Man City.
Sumber: Fabrizio Romano