BeritaLuar Negara

Luar Negara
Penduduk Gempar, Ikan ‘Gergasi’ Ditemui Terdampar Di Kawasan Perumahan Selepas Banjir Mulai Surut
Banjir landa daerah Garut di Indonesia, tular video ikan gergasi didakwa ditemui penduduk selepas banjir surut Baru-baru ini hujan lebat dilaporkan telah melanda beberapa kawasan di wilayah Jawa Barat sehingga mengakibatkan banjir kilat di daerah Garut. Bagaimanapun, di sebalik bencana banjir itu, para penduduk di daerah tersebut juga gempar dengan satu video tular yang memaparkan […]
Berita
Atlet MMA Dilapor Maut, ‘KO’ Lepas Kena ‘Tumbukan Maut’ Di Kepala
Atlet MMA Dilapor Maut, ‘KO’ Lepas Kena ‘Tumbukan Maut’ Di Kepala INDIA – Seorang petarung MMA dilapor maut selepas ditumbuk di bahagian kepala semasa perlawanan kejuaraan kickboxing diadakan. Menurut portal news.com.au, pihak berkuasa India telah melancarkan siasatan ke atas pihak penganjur pertandingan itu selepas petarung kickboxer iaitu Nikhil Suresh, 23, dilaporkan meninggal dunia pada hari Rabu lalu. Rakaman […]
Berita
Dakwa Ibu Dirasuk Syaitan, Wanita Tergamak Pukul Kepala Ibu Guna Tukul Hingga Mati
New York – Dakwa ibu dirasuk oleh syaitan, seorang wanita dilaporkan tergamak memukul ibunya hingga mati dengan menggunakan tukul. Memetik laporan New York Post, wanita berusia 26 tahun itu telah ditahan pada Sabtu lalu dan didakwa atas tuduhan membunuh. Mangsa, 66, dipercayai telah ditemui di bawah katil di bangunan apartmen Bronx pada Jumaat. Menurut sumber, […]
Berita
Penyampai Berita Dipuji, Terus Baca Berita Sampai Habis Walau Hidung Berdarah
Penyampai Berita Dipuji, Terus Baca Berita Sampai Habis Walau Hidung Berdarah Seorang pembaca berita di Negara China nekad meneruskan penyampaiannya kepada penonton walaupun sedang mengalami pendarahan di hidung ketika bersiaran langsung. Pembaca berita tersebut iaitu Huang Xinqi, dengan tenang terus membaca buletin berita pada hari itu sambil darah mengalir di hidungnya walaupun telah membuatkan penonton […]
Luar Negara
Lebih RM800 Terkumpul, Wanita Gigih ‘Kaut’ Duit Syiling Hasil Menabung Dalam Perigi
Lebih RM800 Terkumpul, Wanita Gigih ‘Kaut’ Duit Syiling Hasil Menabung Dalam Perigi Kebiasaannya apabila ingin menabung duit syiling, tabung khas seperti gelen atau botol akan digunakan. Bagaimanapun, berbeza pula dengan wanita di Indonesia ini yang dipercayai menyimpan duit syiling di dalam perigi. Memetik laporan Serambi News, wanita terbabit menjadi tular di media sosial selepas memuat […]
Luar Negara
Berang Gaun Pengantin Pusaka Digubah Sesuka Hati, Bapa ‘Merajuk’ Enggan Tanggung Kos Kahwin
Berang Gaun Pengantin Pusaka Digubah Sesuka Hati, Bapa ‘Merajuk’ Enggan Tanggung Kos Kahwin Seorang bapa dilapor telah memutuskan untuk tidak menanggung kos pernikahan anak perempuannya selepas mengetahui anaknya itu tergamak menggubah keseluruhan gaun pengantin pusaka pemberian isterinya, lapor Mirror. Difahamkan, gaun pengantin itu merupakan hasil kerja tangan isterinya sendiri sewaktu majlis perkahwinan mereka. Isterinya telah […]
Luar Negara
Pisau & Garpu Milik Maharaja Napoleon Berjaya Dilelong Pada Harga RM50k
Pisau & Garpu Milik Maharaja Napoleon Berjaya Dilelong Pada Harga RM50k Pisau dan garpu peribadi yang dipercayai digunakan oleh Maharaja Napoleon telah dijual pada harga £11,250 (RM50,510) dalam satu majlis lelongan, lapor Daily Mail. Kutleri emas perak yang tertera huruf ‘N’ itu telah dijual di lelongan di Salisbury, Wiltshire, dengan harga dua kali ganda iaitu […]
Berita
Doktor Disiasat, Bantu Kes Gugur Kandungan Kanak-Kanak Perempuan 10 Tahun
Doktor Disiasat, Bantu Kes Gugur Kandungan Kanak-Kanak Perempuan 10 Tahun AMERIKA SYARIKAT – Pegawai undang-undang tertinggi di Indiana, Amerika Syarikat telah melancarkan satu siasatan jenayah ke atas seorang doktor yang melakukan pengguguran ke atas mangsa serangan seksual berusia 10 tahun, lapor Daily Star. Peguam Negara Todd Rokita berkata, pejabatnya sedang menyiasat seorang doktor pakar obstetrik-ginekologi […]
Berita
Polis Buru Lelaki Didakwa Bunuh, Rebus Mayat Isteri Dalam Periuk Kawah 
Polis Buru Lelaki Didakwa Bunuh, Rebus Mayat Isteri Dalam Periuk Kawah PAKISTAN – Seorang lelaki telah didakwa atas tuduhan mencekik dan merebus mayat isterinya dalam sebuah periuk kawah di hadapan anak-anak mereka, lapor Independent. Menurut pihak polis Karachi, suspek yang merupakan bekas penjaga bangunan sebuah sekolah swasta di Karachi telah bertindak menekup muka isterinya menggunakan […]
Kesihatan
Kes Terus Meningkat, WHO Dilapor Bakal Isytihar Monkeypox Sebagai ‘Kecemasan Kesihatan Global’
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dilapor bakal mengisytiharkan wabak cacar monyet atau monkeypox sebagai ‘kecemasan kesihatan global’ selepas angka kes jangkitannya terus menunjukkan peningkatan, lapor Daily Mail. Dalam mesyuarat yang diadakan kali kedua dengan jawatankuasa kecemasan bersama pakar, WHO bersedia untuk memutuskan bahawa penyakit cacar monyet itu patut disenaraikan sebagai ‘ancaman antarabangsa’ ekoran mencetuskan kebimbangan global. […]
Trivia
17 Julai Hari Ini Genap 8 Tahun, Ini Kronologi Tragedi MH17
Tanggal 17 Julai hari ini menandakan genap sudah lapan tahun sejarah hitam dunia penerbangan negara, ini kronologi Tragedi MH17 17 Julai hari ini merupakan tarikh yang sama apabila negara kita digemparkan dengan salah satu tragedi penerbangan yang paling tidak dapat dilupakan dalam kalangan rakyat Malaysia, iaitu terhempasnya MH17. Hari ini, genap lapan tahun selepas pesawat […]
Tragedi
Pesawat Kargo Ukraine Dilapor Bawa Peluru Terhempas Di Greece, Lapan Disyaki Maut
Sebuah pesawat kargo dari Ukraine, Antonov An-12 dilaporkan terhempas berhampiran Paleochori Kavala di Utara Greece dalam kejadian awal pagi tadi, lapor agensi berita AFP. Menurut laporan sama daripada Agensi Berita Athens, saksi di lokasi kejadian mendakwa dia melihat pesawat berkenaan terbakar, selain turut terdengar bunyi letupan. Dalam masa sama, seorang penduduk tempatan berdekatan lokasi kejadian, […]
Berita
Israel Lancar Serangan Udara Ke Atas Kedudukan Hamas Di Gaza
BANDARAYA GAZA, 16 Julai (Bernama) — Pesawat pejuang Israel dilaporkan melancarkan serangan udara ke atas dua kubu kuat kumpulan Hamas yang terletak di Semenanjung Gaza. Serangan udara itu menyasarkan kilang roket Hamas dan kemudahan pengeluaran senjata lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Tentera Israel. Kilang itu merupakan pusat pengeluaran roket terbesar di Semenanjung Gaza. Menurut kenyataan […]
Berita
Wanita Sulawesi Dilamar Jejaka Arab, Terima Mas Kahwin RM 300,000
Wanita Sulawesi Dilamar Jejaka Arab, Terima Mas Kahwin RM 300,000 Seorang wanita yang bergelar doktor berasal daripada Konawe Selatan, Sulawesi Tenggara menjadi tular di media sosial apabila dipercayai telah dilamar oleh jejaka berasal daripada Arab Saudi, Ahmed, lapor Tribunnews. Gadis yang bergelar doktor pada awalnya dikatakan telah diberikan mas kahwin berjumlah sebanyak RM450,000. Difahamkan bahawa, […]
Luar Negara
Padah Curi Patung Terbiar, Pasangan Kekasih Nekad Pulangkan Ke Tempat Asal Lepas Didakwa ‘Diganggu’
Padah Curi Patung Terbiar, Pasangan Kekasih Nekad Pulangkan Ke Tempat Asal Lepas Didakwa ‘Diganggu’ Sepasang kekasih di Thailand dilaporkan telah memulangkan kembali patung Hello Kitty yang diambil mereka di sebuah tapak pelupusan sampah kerana didakwa diganggu, lapor Thaiger. Patung yang diambil dari dalam sebuah kereta di tapak pelupusan tersebut dikatakan milik seorang pemandu yang maut […]
Berita
Berang Kambing Ceroboh Ladang, Lelaki Tergamak Bunuh & Keluarkan Bayi Dari Perut Wanita Hamil
Berang Kambing Ceroboh Ladang, Lelaki Tergamak Bunuh & Keluarkan Bayi Dari Perut Wanita Hamil Seorang lelaki telah didakwa membunuh dan mengeluarkan bayi dalam perut wanita hamil dalam kejadian di Ghana, lapor Mirror. Lelaki tersebut dilaporkan telah berjaya ditangkap dan kini bakal didakwa atas tuduhan melakukan serangan ke atas seorang wanita hamil berusia 30 tahun di […]
Berita
Sadis, Rakaman Anjing ‘Ketakutan’ Kena Pukul Guna Mangkuk Besi Berkali-Kali Tular
Sadis, Rakaman Anjing ‘Ketakutan’ Kena Pukul Guna Mangkuk Besi Berkali-Kali Tular Singapura – Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS) sedang menyiasat satu video yang memaparkan seekor anjing didera baru-baru ini, lapor Mothership. Menurutnya, video yang telah tersebar meluas di media sosial itu berlaku pada 20 Mac 2022. AVS menambah bahawa akreditasi pengendali anjing tersebut sebagai jurulatih […]
Berita
Gotabaya Rajapaksa Sah Lepaskan Jawatan Presiden Sri Lanka
Gotabaya Rajapaksa Sah Lepaskan Jawatan Presiden Sri Lanka Speaker parlimen Sri Lanka yang sedang mengalami krisis ekonomi telah menerima surat peletakan jawatan daripada Presiden Gotabaya Rajapaksa pada Jumaat. Menurut Mahinda Yapa Abeywardena, Presiden baharu akan dipilih dalam tempoh tujuh hari mengikut peruntukan Perlembagaan. Memetik Indian Express, penunjuk perasaan telah mengosongkan bangunan kerajaan itu sebaik sahaja […]
Berita
Arab Saudi Umum Buka Ruang Udara Kepada Semua Syarikat Penerbangan Termasuk Dari Israel
Arab Saudi hari ini mengumumkan bahawa pihaknya akan menarik balik sekatan ke atas ‘semua syarikat penerbangan’ yang ingin melalui ruang udaranya. Ia dianggap sebagai satu isyarat keterbukaan yang jelas terhadap Israel menjelang ketibaan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden. Pihak berkuasa penerbangan awam Arab Saudi menerusi akaun Twitter milik mereka mengumumkan keputusan tersebut untuk membuka ruang […]
Berita
Polis Bakar Ganja Lebih 1.5 Tan, Asap Tebal & Bau ‘Aneh’ Buat Orang Awam Panik
Polis Bakar Ganja Lebih 1.5 Tan, Asap Tebal & Bau ‘Aneh’ Buat Orang Awam Panik Polis Colombia terpaksa meyakinkan orang awam bahawa keselamatan mereka terjamin selepas munculnya asap hitam seperti membentuk awan tebal selepas pasukan berkenaan membakar kira-kira 1.5 tan ganja yang dirampas. Penduduk di pinggir Bandar Medellin menjelaskan mereka terhidu bau ganja yang luar […]