Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jaga-jaga EPL, Pemenang Lima Kali UCL, Casemiro Sertai Manchester United

casemiro united
Gambar: AFP

United beli Casemiro bagi memperkuatkan bahagian tengah skuad

Manchester United telah mengumumkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan dengan Real Madrid untuk perpindahan pemain tengah Brazil, Casemiro.

Berita perpindahan ini juga turut dikongsikan di laman web rasmi kelab.

“Manchester United dengan sukacitanya mengumumkan bahawa kelab telah mencapai persetujuan dengan Real Madrid untuk perpindahan Casemiro,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, perpindahan ini tertakluk kepada persetujuan terma peribadi, keperluan visa UK dan perubatan.

Casemiro akan menjadi pembelian keempat United dalam perpindahan selepas bayaran awal RM 269 juta yang dipersetujui Real Madrid. Pemain tengah berusia 30 tahun itu juga menerima syarat kontrak peribadi selama empat tahun dengan bayaran kira-kira RM 1.5 juta seminggu.

Ketibaan pemain antarabangsa Brazil dijangka akan menyelesaikan masalah yang dihadapi United di barisan tengah bertahan yang dilihat antara punca utama kelab itu terumbang-ambing sejak beberapa tahun kebelakangan.

Selain Casemiro, United juga di dalam pemburuan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya dua lagi permain, iaitu Frankie De Jong yang beraksi untuk Barcelona dan juga Anthony yang ketika ini sedang merumput bersama Ajax Amsterdam.

Terdahulu pada hari Jumaat, pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti dalam satu sidang media mengakui bahawa pemain itu telah menyatakan hasrat untuk beralih angin dengan menyertai MU.

“Saya telah bercakap dengan Casemiro. Dia mahu mencuba cabaran baru. Kami terima keputusan darinya pada Khamis lalu. Rancangan saya tidak akan berubah. Mengenai pengganti, kami telah menandatangani Aurelien Tchouameni dan dia antara pilihan yang terbaik. Kemudian kami ada Kroos dan Camavinga,” kata jurulatih Madrid Ancelotti.

Dalam kenyataan rasmi mereka, Real Madrid mengesahkan bahawa kedua-dua kelab telah bersetuju dengan syarat untuk perpindahan Casemiro. Real Madrid ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Casemiro, yang merupakan sebahagian daripada sejarah kelab.

Sementara bayaran itu juga termasuk tambahan RM 44 juta, perubatan dan visa Casemiro barus ditangani hujung minggu kerana ini mungkin mengambil masa beberapa hari seperti yang berlaku kepada Lisandro Martinez dan Christian Eriksen. Dua pemain tambahan Ten Hag yang lain.

Sumber: Man United, Fabrizio Romano