Berita›Luar Negara
Rusia Dilapor Sedia Kerah 16 Ribu Askar Sukarela Dari Timur Tengah Ke Ukraine Selepas Dapat Kebenaran Putin
Presiden Rusia, Vladimir Putin dilapor memberi kebenaran untuk menggunakan askar sukarela daripada Timur Tengah bagi membantu operasi kententeraannya di Ukraine, lapor The Guardian. Seramai 16,000 askar sukarela dari Timur Tengah akan dikerahkan bersama pemberontak yang disokong Rusia. Barat mendakwa tindakan itu diambil kerana operasi kententeraan yang dijalankan Rusia ketika ini semakin kehilangan momentum. Selain itu, […]

Berang Tak Dapat Anak Lelaki, Ayah Tembak 5 Das Bayi Perempuan Baru Lahir
Seorang lelaki Pakistan telah ditahan disyaki tembak bayi perempuan berusia tujuh hari semata-mata kerana mahukan bayi lelaki sebagai anak sulung. Memetik daripada akhbar Dailymail, bayi bernama Jannat yang membawa maksud ‘syurga’ dalam bahasa Urdu ditembak sebanyak lima kali pada Isnin lalu di rumahnya di bandar Mianwali, tengah Pakistan. Kata polis, suspek didakwa memasuki rumah lalu […]

Wanita Agih Hadiah Pada Jiran Tanda Mohon Maaf, Takut Terganggu Bunyi Bising “Renovate” Rumah
Ubah suai rumah merupakan perkara yang sering kita lakukan sebelum pindah masuk ke rumah yang baharu, bukan? Tetapi kita sendiri tahu bertapa bising dan bingitnya bunyi bising ketika aktiviti pengubahsuaian tersebut dijalankan. Lebih-lebih lagi dengan keadaan pandemik sekarang kebanyakkan mereka bekerja dari rumah. Itu tidak termasuk lagi para pelajar universiti yang perlu menduduki peperiksaan, yang […]

Bawa Trak Ke Ukraine, Lelaki Ini Nekad Selamatkan Haiwan Peliharaan Mangsa Konflik
Seorang lelaki warga Britain daripada Guildford, Surrey nekad untuk menyelamatkan haiwan peliharaan yang ada di Ukraine selepas dia pergi menghantar barang sumbangan untuk keperluan rakyat di sana berkait dengan isu pencerobohon Russia baru-baru ini. Lelaki berani tersebut yang bernama Nick Tadd memandu traknya pergi ke kawasan yang telah hancur akibat perang di Ukraine untuk menyelamatkan […]

Pelancong Lengkap 2 Dos Vaksin Kini Tak Perlu Kuarantin Masuk Korea Selatan
Kerajaan Korea Selatan telah memberi kelonggaran kepada pelancong antarabangsa yang sudah lengkap dua dos vaksinasi tidak perlu menjalani proses kuarantin selepas tiba di negara tersebut. Bermula pada 21 Mac 2022 ini, pelancong yang menerima vaksin di Korea atau telah mendapat vaksin dari luar negara tetapi telah diiktiraf oleh kerajaan Korea Selatan akan dikecualikan untuk kuarantin. […]

Bintang Rancangan ‘Sesame Street’, Emilio Delgado Meninggal Dunia
Terkenal dengan watak Luis dalam rancangan kanak-kanak ‘Sesame Street’, Emilio Delgado menghembuskan nafas terakhir pada usia 81 tahun di kediamannya di New York. Delgado yang cukup terkenal dengan watak Luis ini merupakan pemilik Fix-It Shop dalam program ikonik kanak-kanak itu meninggal dunia selepas menghidap penyakit kanser darah setahun yang lalu. Mendiang menghembuskan nafas terakhir di […]
Ketakutan Rayu Bantuan, Video CCTV Mangsa Pembantaian Papua Tular
Ketakutan rayu bantuan melalui CCTV, video seorang lelaki yang merupakan salah seorang mangsa pembantaian Kelompok Kriminal Bersenjata (KKB) di daerah Papua menjadi tular di media sosial. Lelaki yang dikenali sebagai Nelson Sarira itu adalah satu-satunya mangsa yang berjaya melarikan diri dari tempat kejadian manakala lapan yang lain terkorban dalam tragedi 2 Mac itu. Dalam video […]

Ukraine Sahkan Terputus Hubungan Dengan Loji Nuklear Chernobyl
Ukraine memaklumkan bahawa mereka telah terputus hubungan sepenuhnya dengan loji nuklear Chernobyl yang kini telah dikuasai tentera Rusia, lapor Al Jazeera. Perkara ini turut disahkan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), autoriti di bawah Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang bertanggungjawab memantau aktiviti nuklear. “Pengawal selia nuklear Ukraine memberitahu IAEA hari ini bahawa mereka telah hilang komunikasi […]

Gambar Kuku Ayam Buat ‘Pedicure’ Jadi Tular
Seekor ayam jantan di Shanghai, China telah menjadi perhatian ramai warganet setelah pemiliknya bertindak melakukan pedicure pada kuku haiwan itu dan menyiarkan gambarnya di internet. Pemilik ayam yang dikenali sebagai Yi Yi itu membawa ayam jantan tersebut pergi ke salon kuku kerana merasakan bahawa kuku haiwan peliharaannya memerlukan sedikit sentuhan pedicure. Namun malangnya, pekerja-pekerja di […]

Keputusan Bedah Siasat Tangmo Tidak Menemukan Tanda Dipukul
Keputusan bedah siasat Tangmo yang merupakan selebriti televisyen (TV) terkenal Thailand mendapati tiada tanda-tanda yang menunjukkan wanita berkenaan dipukul, lapor Bangkok Post. Doktor di Institut Perubatan Forensik (IFM) Hospital Besar Polis yang melakukan bedah siasat berkata, dia memeriksa rongga mulut Tangmo dan mendapati tiada gigi yang patah selain pemeriksaan tengkorak wanita itu tidak menemui tanda-tanada trauma […]

Australia Banjir, Detik Air Naik Hingga Tenggelam Jambatan Dirakam
Ketika Australia banjir besar baru-baru ini, kamera pemantau banjir berjaya merakam keadaan sungai Queensland daripada paras normal sehinggalah naik mendadak. Memetik kenyataan Daily Mail , kamera yang diletakkan di Jambatan Glenore, Glenore Grove, Helidon, Junction View dan Woodlands Road di Lembah Lockyer, Tenggara Queensland telah merakam kejadian Australia banjir dengan keadaan air yang naik hingga […]

Rusia Bakal Guna Senjata Kimia
Rusia bakal guna senjata kimia atau biologi di Ukraine dan pihak White House di US berkata, “Kita semua harus berwaspada,” Menurut BBC, setiausaha akhbar, Jen Psaki berkata dakwaan Rusia mengenai makmal senjata biologi US dan pembangunan senjata kimia di Ukraine adalah tidak masuk akal. Dia menyebut dakwaan palsu itu sebagai “helah yang jelas” sebagai cubaan […]
Terima Banyak Sekatan, Rusia Dilapor Bakal Benarkan Penggunaan Perisian Cetak Rompak
Rusia merangka undang-undang baharu dengan menghalalkan cetak rompak dan membenarkan rakyatnya beroperasi seperti biasa, lapor Extreme Tech. Menurut laporan, perkara ini adalah sebagai tindak balas terhadap sekatan perisian yang dilakukan oleh Microsoft 365 dan Oracle . Dalam dokumen baharu, Kementerian Pembangunan Ekonomi Rusia memperincikan percubaan untuk memintas sekatan negara lain dengan menjadikan jenayah cetak rompak perisian […]

Ibu Tekad Berhenti Kerja, Bawa Keluarga Mengembara Satu Dunia & Hidup Secara ‘Nomad’
Menjadi manusia yang bebas mengembara ke serata dunia tanpa menghiraukan hal-hal lain adalah impian semua orang. Namun seorang ibu dari Leicester berjaya menjadikannya sebagai realiti. Menurut Metro UK, ibu berkenaan, Leona Burton, 36, mengambil keputusan berhenti kerja dari sebuah syarikat korporat hanya semata-mata mahu pergi mengembara bersama-sama suami dan lima anaknya. “Dia meninggalkan bandar dan […]

Nyawa Lagi Penting, Kisah Konvoi Diraja Jepun Bagi Laluan Untuk Ambulans Lalu Dulu
Dalam dunia ini, ada banyak perkara yang perlu diutamakan. Misalnya, urusan menyelamatkan nyawa. Maka tak hairanlah, dalam kesesakan lalu lintas, pergerakan ambulans untuk membawa pesakit selalunya perlu diberi keutamaan yang paling utama, walaupun ada konvoi elit melalui jalan yang sama pada waktu yang sama ketika itu. Misalnya dalam perkongsian Twitter @sayakawa3838 yang dibuat pada 2019 […]

Walaupun Aset Banyak Musnah, Tentera Rusia Di Ukraine Masih Miliki Kekuatan 95 Peratus Untuk Tawan Kyiv
Walaupun banyak aset yang telah musnah ketika operasi di Ukraine, akibat tentangan daripada negara tersebut, namun dilapor masih mempunyai kekuatan yang tinggi untuk menawan ibu kota Kiev. Memetik daripada laporan ABC News, walaupun Rusia kehilangan tentera, kenderaan darat dan pesawat banyak yang musnah dalam pertempuran, tetapi Pegawai Kanan Pertahanan Amerika Syarikat menganggarkan kira-kira 95 peratus […]

TERKINI: Urusan Penjualan Chelsea Digantung, Tak Dibenar Jual Tiket Perlawanan
Pemilik Chelsea dari Rusia, Roman Abramovich telah dikenakan sekatan oleh kerajaan United Kingdom, seluruh asetnya dibekukan termasuklah proses penjualan kelab bola sepak Chelsea digantung. Selain penjualan digantung, Chelsea juga dilarang menjual tiket perlawanan akan datang, namun begitu pemegang tiket bermusim selain mereka yang sudahpun membeli tiket masih dibenarkan untuk hadir ke stadium. Kelab juga diarah […]
Berang Dihalau Dari Rumah, Lelaki Nekad Racun Isteri
Seorang lelaki telah ditahan selepas didapati meracuni isterinya dalam kejadian di Dusun Kemuning, Kecamatan Dawarblandong, Indonesia. Memetik laporan Suara.com, lelaki itu mengaku bahawa dia telah mencampurkan racun tikus ke dalam balang kopi yang terdapat di kedai kopi isterinya kerana sakit hati diusir dari rumah. Dalam kejadian itu, bukan isterinya saja yang menjadi mangsa tetapi seorang […]
Serpihan Daripada Letusan Gunung Merapi Litupi Sungai Berdekatan
Gunung Merapi yang terletak di tengah Pulau Jawa dilaporkan telah mengalami letusan sejak malam tadi dan menghamburkan abu panas ke beberapa kawasan berhampiran. Terbaru, Sungai Gendol di kawasan pelancongan Kaliadem, Daerah Istimewa Yogyakarta dipercayai telah ditutupi dengan bahan-bahan dari gunung berapi itu. Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan oleh Detik News, dapat dilihat bahawa sungai tersebut […]

(Video) Detik Letusan Gunung Merapi Muntahkan Lahar & Debu Panas
Susulan kejadian letusan yang terjadi di Gunung Merapi, Indonesia sejak Rabu lalu, beberapa video yang menunjukkan detik letusan gunung tersebut sempat beredar di media sosial. Rakaman aktiviti letusan Gunung Merapi yang terletak di bahagian tengah Pulau Jawa ini turut dimuatnaik Balai Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Kebencanaan Geologi (BPPTKG) Indonesia yang menunjukkan gunung berkenaan memuntahkan lahar […]