Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Sebuah pesawat penumpang Tibet Airlines terbakar selepas terkeluar daripada landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Chongqing, Jiangbei.
Menerusi satu rakaman video yang tular menunjukkan api yang sedang marak dan asap hitam berkepul-kepul dari pesswat tersebut mengundang cemas anak kapal dan penumpang.
Difahamkan orang ramai berlari bertempiaran melalui gelonsor kecemasan untuk menyelamatkan diri semasa kejadian tersebut.
Memetik South China Post, kesemua 113 penumpang dan sembilan anak kapal berjaya diselamatkan. Mangsa yang mengalami kecederaan telah dihantar ke hopsital untuk rawatan lanjut.
Penerbangan TV9833 yang dijangka berlepas ke Nyingchi, Tibet mengalami dilapor mengalami kebakaran secara tiba-tiba dan punca kemalangan tersebut masih disiasat.
Difahamkan pesawat Airbus A319-100 ini telah berkhidmat dengan syarikat penerbangan tersebut hampir sembilan tahun.
Orang ramai turut merakam kejadian cemas pesawat mengalami kebakaran.
Sumber: South China Morning Post