Berita›Luar Negara

Tragedi
Dua Beradik Hilang Hampir Sebulan Di Hutan Amazon Ditemui Lemah
Dua beradik berumur enam dan lapan tahun yang pernah hilang dan berikhtiar hidup selama hampir sebulan secara bersendirian di hutan Amazon, Brazil ditemui selamat baru-baru ini. Mengimbas kembali, pada 18 Februari lalu, Glauco dan adiknya, Gleison Ferreira meninggalkan rumah mereka berhampiran Manicoré, Amazonas. Menurut Oddity Central, mereka berdua dikatakan pergi ke dalam hutan untuk menangkap […]
Luar Negara
Belalang Goreng Sebagai Mas Kahwin, Lelaki Kahwini Wanita 19 Tahun Lebih Tua Di Gua
Seorang lelaki mengahwini isterinya yang lebih tua 19 tahun daripadanya dengan memberikan belalang goreng sebagai mas kahwin. Pengantin lelaki tersebut, Yudi Nuryanto, 29, menikahi Arismawati, 48, dalam satu majlis unik yang berlangsung di Gua Ngingkron, Gunung Kidul di Wonosari, Jawa baru-baru ini. Memetik Tribun, selain belalang goreng, Yudi juga turut menghadiahi isteri tercintanya itu hantaran […]
Berita
Gara-Gara Ayam Peliharaan Buat Bising, Lelaki Nekad Bakar Jiran
Seorang lelaki dilaporkan telah menyimbah minyak dan kemudian membakar jirannya yang sedang berehat di atas kerusi gara-gara berang ayam milik mangsa sering buat bising, lapor The Thaiger. Saksi yang melihat kejadian itu berkata mangsa yang ‘diselubungi’ oleh api telah berlari keluar dari rumah. Melihat keadaan itu, jiran-jirannya yang lain segera mendapatkan air dan menyimbah mangsa […]
Berita
Letupan Besar ‘Musnahkan’ Sebuah Kelab Malam, Puluhan Mangsa Dilapor Cedera
Azerbaijan – Satu letupan besar dilaporkan berlaku di sebuah kelab malam di Baku hingga menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut dan puluhan lagi cedera, lapor Daily Star. Media tempatan melaporkan bahawa letupan yang berlaku sekitar 3.30 pagi waktu tempatan itu telah memusnahkan bangunan kelab tersebut. Pejabat pendakwa raya berkata terdapat satu kematian dan 31 orang mengalami pelbagai […]
Berita
Dibanjiri Lautan Manusia, Suasana Tarawih Pertama Di Masjid Hagia Sophia Selepas 88 Tahun
ISTANBUL – Buat kali pertama dalam tempoh 88 tahun, Masjid Besar Hagia Sophia di Istanbul, Turki mengadakan solat tarawih semalam. Memetik laporan Astro Awani, detik bersejarah itu menyaksikan ribuan jemaah hadir menunaikan ibadah solat terawih pada malam pertama bulan Ramadan. Pada 2020, statusnya kembali sebagai masjid yang dibuka untuk ibadah bermula 24 Julai tahun itu. […]
Berita
Sri Lanka Isytihar Darurat Susulan Krisis Ekonomi
COLOMBO, 2 April (Bernama) — Presiden Gotabaya Rajapaksa pada Jumaat mengisytiharkan darurat susulan krisis ekonomi dan peningkatan inflasi di Sri Lanka, lapor Xinhua. Menurut Rajapaksa pengisytiharan darurat itu demi kepentingan keselamatan dan ketenteraman awam serta membolehkan penyelenggaraan bekalan dan perkhidmatan yang penting dilaksana untuk rakyat. Darurat akan berkuat kuasa di seluruh negara mulai Jumaat. Sri Lanka dicengkam krisis ekonomi sejak […]
Berita
Will Smith Letak Jawatan Daripada Akademi Filem
HOUSTON (Texas), 2 April – Will Smith pada Jumaat meletak jawatan daripada Akademi Seni dan Sains Motion Picture selepas insiden menampar pelawak Chris Rock ketika anugerah Oscar hujung minggu lalu, lapor Agensi Anadolu (AA). “Saya akan bertanggungjawab sepenuhnya atas perbuatan saya. “Tindakan saya ketika penyampaian Anugerah Akademi ke-94 adalah mengejutkan, menyakitkan dan tidak boleh dimaafkan,” […]
Berita
Presiden AS, PBB Ucap Selamat Menyambut ‘Ramadan Kareem’
WASHINGTON, 2 April – Presiden Joe Biden mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada masyarakat Islam di Amerika Syarikat (AS) dan di seluruh dunia, lapor Agensi Anadolu (AA). “Saya dan isteri (Jill) mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada masyarakat Islam di AS dan di seluruh dunia. “Masyarakat bersama berkumpul mengamalkan sikap memaafkan dan berdaya tahan, menunjukkan rasa simpati […]
Gaya hidup
“Saya Masih Cuba…”, Chris Rock ‘Buka Mulut’ Insiden Ditampar Will Smith
Pelawak Chris Rock telah memberi respon tentang insiden ditampar di Oscar 2022 selepas beberapa hari berdiam diri sejak kejadian itu berlaku. Dia memberi ‘jawapan’ tentang apa yang berlaku di pentas komedi yang berlangsung di Boston. Seperti yang dilaporkan oleh laman web Variety, sejak pada mula dia tidak menunjukkan sebarang ‘niat’ untuk mengulas mengenai insiden semasa […]
Berita
Tiga Maut, Pesawat Latihan Tentera Udara Korea Berlanggar Sesama Sendiri Di Udara
SEOUL – Dua pesawat latihan tentera udara Korea Selatan dilapor telah bertembung dan terhempas di Tenggara Bandar Sancheong, Korea Selatan sekitar jam 1.36 petang pada Jumaat. Dalam satu laporan pegawai bomba dan penyelamat memaklumkan bahawa, pesawat latihan KT-1 itu bertembung antara satu sama lain semasa latihan menyebabkan tiga terkorban dan seorang mengalami cedera parah. Menurut […]
Luar Negara
Rusia Wajibkan Guna Rubel Beli Minyaknya Mulai Hari Ini Atau Penghantaran Minyak Dihentikan
Presiden Rusia, Vladimir Putin telah menandatangani satu dikri semalam yang mewajibkan negara-negara luar membayar harga minyak dan gas yang dibeli dari negara itu dengan menggunakan matawang Rubel. Dikri berkenaan berkuat kuasa mulai hari ini. Menurut laporan Antara News, Rusia akan menghentikan penghantaran minyak ke mana-mana negara yang enggan mematuhi syarat baharu berkenaan. ”Untuk membeli minyak […]
Hiburan
Rakaman Reaksi Jada Pinkett Smith Semasa Suaminya Tampar Chris Rock Tular
Sebuah video yang menunjukkan reaksi Jada Pinkett Smith selepas suaminya, Will Smith melempang wajah pelawak terkenal, Chris Rock di malam anugerah Oscar sempat beredar di laman sosial. Rakaman tersebut dikatakan diambil dari belakang tempat duduk Jada dan Will ketika anugerah itu berlangsung di Dolby Theatre, Hollywood, Ahad lalu. Sebelumnya, dunia hiburan sempat gempar apabila selebriti […]
Luar Negara
‘Hacker’ Perolehi Data Pengguna Melalui “Permintaan Palsu”
Syarikat pemilik Facebook, Meta dilapor telah memberikan maklumat pengguna kepada penggodam maklumat yang berpura-pura menjadi pegawai penguatkuasa undang-undang pada tahun lalu. Perkara ini dalam langkah mengukur risiko langkah yang digunakan dalam kes-kes kecemasan. Menurut laporan AFP, perkara ini didedahkan oleh salah seorang sumber daripada pihak syarikat tersebut yang identitinya tidak mahu didedahkan atas sebab sensitiviti. […]
Berita
Nenek Raih Perhatian, Selamba Tangkap Ular Sawa Besar Guna Tangan
Thailand – Seorang nenek berusia 67 tahun di Kampung Surin, wilayah Isaan meraih pujian ramai selepas dia berjaya menangkap ular sawa besar menggunakan tangannya sahaja. Memetik laporan The Thaiger, Prakuad “Own” Pasomsi sememangnya terkenal kerana sering menangkap ular dan dianggap oleh penduduk sebagai ‘penyelamat komuniti’. Difahamkan, sejak tiga tahun lalu, dia menangkap ular dengan hanya […]
Berita
Disyaki Terkena Letupan Mercun, Kemaluan & Tangan Budak Ini Melecur Teruk
Jawa Tengah – Seorang kanak-kanak lelaki dilapor mengalami kecederaan di bahagian kemaluan dan tangannya selepas disyaki terkena letupan mercun dalam kejadian pada 28 Mac lalu. Memetik laporan portal Bicara Berita, kanak-kanak yang disyaki terkena letupan mercun itu kini perlu menjalani rawatan intensif di hospital selepas kemaluan dan tangannya melecur teruk. Difahamkan, kejadian yang tular di […]
Berita
Iran Terima Hampir 1 Juta Pelarian Afghanistan Sejak Taliban Ambil Alih – Kementerian Luar
MOSCOW, 31 Mac (Bernama) – Iran menerima kira-kira satu juta pelarian Afghanistan sejak Taliban mengambil alih pada Ogos 2021 menjadikan jumlah keseluruhan pelariannya seramai lima juta orang, lapor Sputnik, memetik Menteri Luar Iran Hossein Amirabdollahian pada Khamis. “Iran bimbang tentang peningkatan jumlah pelarian Afghanistan. Kira-kira satu juta wanita, kanak-kanak dan lelaki Afghanistan tiba di negara […]
Luar Negara
Benua Antartika Tidak Boleh Didiami, Ini Sebabnya
Benua Antartika adalah tempat yang paling sejuk di dunia dengan suhu terendah yang dipercayai mampu mencapai sehingga kira-kira -73 darjah celcius. Malah Stesen Vostok pernah merekodkan suhu di kawasan tersebut mencecah -89.2 darjah celcius, dalam erti kata lain manusia tidak akan mampu bertahan lama di kawasan ini. Menurut Indo Zone, mereka yang berkunjung ke Antartika […]
Berita
Selamat Berkahwin, Hyun Bin & Son Ye Jin Kongsi Gambar “Sweet” Majlis
SEOUL – Gambar perkahwinan rasmi melibatkan selebiriti terkenal Korea Selatan, Hyun Bin dan Son Ye-jin akhirnya didedahkan kepada umum hari ini. Berita berkenaan perkahwinan mereka itu dimaklumkan sendiri oleh dua agensi, VAST Entertainment dan MSTeam yang mewakili kedua-dua selebiriti berkenaan sebentar tadi. Dalam kenyataan itu, kedua-dua selebriti itu dikhabarkan sudah selamat mendirikan rumah tangga dalam […]
Luar Negara
Bercinta Dengan Enam Lelaki Serentak, Wanita Berjaya Kikis Lebih RM99K
Hasil bercinta dengan enam lelaki serentak dalam satu masa selama enam bulan, seorang wanita di China berjaya mengikis ‘poket’ mereka dengan mudah sebanyak RM99,300. Menurut Oddity Central, wanita tersebut dilaporkan menjalankan aktiviti ‘love scam‘ dengan bercinta seramai enam lelaki pada waktu yang sama. Tidak cukup dengan itu, malah dia juga turut meraih pujian warganet di […]
Berita
Masjid Besar Hagia Sophia Turki Adakan Solat Terawih Pertama Selepas 88 Tahun
ISTANBUL, 31 Mac – Masjid Besar Hagia Sophia Turki di Istanbul akan mengadakan solat terawih yang pertama dalam tempoh 88 tahun, solat sunat yang dilakukan pada bulan Ramadan, lapor Agensi Anadolu (AA). Beberapa acara untuk Ramadan juga akan diadakan di masjid itu, yang diubah suai menjadi muzium pada 1934. Pada 2020, statusnya kembali sebagai masjid […]