Berita›Luar Negara
(Video) Puting Beliung Mengganas Di AS, Dua Dilapor Maut
Sekurang-kurangnya dua orang dilaporkan maut selepas lima negeri di Amerika Syarikat dilanda 19 puting beliung dahsyat, semalam. Memetik laporan CNN, kejadian itu juga telah menyebabkan banyak kerosakan kepada bangunan dan rumah penduduk. Pusat Ramalan Ribut Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan berkata puting beliung itu berlaku di Arkansas, Missouri, Tennessee, Kentucky dan Illinois. “Lebih 55 juta […]
Singapura: Ujian Awal Kesan Tiga Lagi Kes Varian Omicron
SINGAPURA, 11 Dis (Bernama) — Singapura mengesan tiga lagi kes COVID-19 yang hasil ujian saringan awal mendapati positif varian Omicron, satu daripadanya jangkitan tempatan melibatkan seorang lagi pekerja barisan hadapan di lapangan terbang manakala dua lagi kes import. “Ketiga-tiga kes telah lengkap divaksin dan tanpa gejala dan beransur pulih ketika menjalani pengasingan di Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan […]
Perancis Gubal Undang-undang Baharu, Pembuli Di Sekolah Boleh Dipenjara Sehingga 10 Tahun & Denda RM 715k
Perancis dilaporkan telah menggubal satu undang-undang baharu berkaitan kes buli di sekolah bermula Februari tahun depan. Ia menjadi kesalahan jenayah yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun. Memetik laporan Vice, undang-undang baharu itu dibentangkan selepas beberapa kes buli yang tragik menjadi tajuk utama di negara itu dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Ahli parlimen Perancis […]
(Video) Macam Histeria, Aksi Remaja ‘Menggelepur’ Atas Jalan Selepas Ayah Lempar Telefonnya Gara-gara Kantoi ‘Berpacaran’ Raih Perhatian Netizen
Aksi seorang remaja perempuan yang menangis histeria sehingga berbaring di atas jalan menjadi tular di media sosial. Difahamkan bahawa remaja itu menangis kerana telefon bimbitnya telah dibuang oleh ayahnya sendiri. Dalam video yang dikongsikan oleh sebuah akaun Instagram bernama @memomedsos, tampak seorang lelaki yang dipercayai sebagai bapa kepada remaja perempuan itu telah membuang telefon bimbit […]
(Video) Nyawa Di Hujung Tanduk, Detik 3 Beranak Nyaris Maut Digilis Kereta Api, Motor Tersangkut Atas Landasan
Satu video rakaman CCTV yang memaparkan detik-detik seorang wanita bersama dengan dua kanak-kanak hampir dilanggar kereta api telah tular di media sosial. Motosikal yang dinaiki oleh ketiga-tiga mereka itu dilaporkan secara tiba-tiba mati di tengah-tengah landasan kereta api tersebut. Dalam video itu, dapat dilihat bahawa terdapat seorang wanita yang membawa dua orang kanak-kanak bersamanya sedang […]
“Benda Baharu Bagi Kami”, Saintis Dilapor Berjaya Rakam Bunyi ‘Pelik’ Sekitar Ekosistem Terumbu Karang
Kajian terbaharu yang diketuai oleh penyelidik dari Universiti Exeter dan Universiti Bristol telah mengesan bunyi yang tidak pernah direkodkan sebelum ini dalam ekosistem terumbu karang di Kepulauan Spermonde, Sulawesi, Indonesia. Bagaimanapun, bunyi ‘pelik’ itu memperlihatkan bahawa projek pemulihan terumbu karang di kepulauan itu berjaya. Menurut Phys.org, ribuan meter persegi karang sedang ditanam di terumbu yang […]
Diangkat Sejak Tahun 70-an, Lelaki Dilapor Tak Pernah Turunkan Tangan Lebih 45 Tahun
Dalam usaha untuk menyatukan manusia bersama, seorang lelaki tidak pernah menurunkan tangannya selama beberapa dekad dan tidak merancang untuk menurunkannya. Amar Bharati telah mengangkat tangannya selama lebih 45 tahun, dan dia juga tidak mempunyai perancangan untuk menurunkannya atas dasar kesetiaan kepada pegangannya. Cerita berkenaan lelaki ini tular selepas satu gambarnya tersebar dilihat teguh berdiri dengan […]
(Video) “Keluar, Ini Rumah Aku”, Lelaki Tergamak Halau Dipercayai Ibu Mertua Sendiri Yang Berkerusi Roda
Satu video yang memaparkan seorang anggota tentera udara Indonesia didakwa menghalau ibu mertuanya yang berkerusi roda keluar dari rumahnya telah menjadi tular di media sosial. Dalam video itu, kelihatan seorang lelaki yang tidak berbaju telah menyuruh ibu mertuanya keluar dari rumahnya. Menurut portal bekasi.pikiran-rakyat.com, lelaki tersebut bertugas di Wing 6 Pangkalan Udara Roesmin Nurjadin Pekanbaru, […]
(Video) Kuasa Allah, Kucing Ditemui Masih Hidup Walau Ditimbus Lumpur Panas Letusan Gunung Berapi Semeru
Kejadian letusan Gunung Berapi Semeru pada Sabtu lalu menyaksikan puluhan penduduk telah terkorban dek kerana debu atau abu panas yang ‘menenggelami’ kawasan sekitar. Namun, kejadian itu juga sebenarnya turut memberi kesan kepada hidupan lain seperti kucing yang bagaikan tiada arah tuju selepas semua kawasan dilitupi dengan dabu atau asap panas. Baru-baru ini seekor kucing dilaporkan […]
Lelaki Didakwa Rogol 12 Orang Pelajarnya Termasuk Ketika Haid, 9 Daripadanya Hamil & Sudah Bersalin
Pemilik sebuah institusi pendidikan persendirian di Cibiru, Kota Bandung, Jawa Barat, Indonesia didakwa melakukan serangan seksual dengan merogol 12 pelajar perempuan di bawah umur. Menurut portal BeritaSubang.com, 9 daripada mangsa kini telah pun melahirkan anak. Mangsa yang masih dalam usia belasan tahun dilaporkan telah dirogol di dalam bilik suspek di rumahnya serta di pusat pengajian […]

Dijumpai Selepas 14 Tahun Akibat Diculik, Ayah Sayu Anaknya Tak Mahu Kembali Ke Pangkuannya Lagi
Luluh hati seorang ayah apabila anak lelakinya yang pernah diculik pada 14 tahun lalu tidak mahu kembali semula kepadanya, malah memilih untuk tinggal bersama keluarga angkatnya. Ayah tersebut, Sun Haiyang (kanan) dari Hubei, China ditakdirkan bertemu semula dengan anak lelakinya, Zhuo (tengah) baru-baru ini hasil kerjasama pelbagai pihak termasuk polis yang mengikuti kisah perpisahan tragis […]

(Video) Tak Tahan Stres Dengan Bos, Pekerja Wanita Tekad Bakar Tempat Kerja
Seorang wanita di Thailand dilaporkan tekad membakar gudang minyak tempat dia bekerja di wilayah Nakhon Pathom baru-baru ini gara-gara tidak tahan dengan majikan yang selalu membuatkannya tertekan, lapor Daily Mail. Wanita tersebut, Ann Sriya, 38, didakwa membakar sekeping kertas dan melemparkannya ke arah sebuah tong minyak sehingga menyebabkan kebakaran besar melanda gudang Minyak Prapakorn itu. […]
Benarkan Pemandu Bawak Kereta Sambil Main ‘Game’, Tesla Dikritik Pentingkan Inovasi Berbanding Keselamatan
Syarikat automotif gergasi, Tesla menerima kritikan hebat setelah syarikat kelolaan Elon Musk itu membenarkan pemandu dan penumpang kereta mereka bermain permainan video dalam keadaan kereta bergerak, lapor The Sun. Tesla melancarkan fungsi permainan video untuk papan pemuka Tesla Model 3 pada musim panas lalu menerusi teknologi perisian jarak jauh mereka. Tiga permainan video yang dilancarkan […]

Wilayah Sharjah Di UAE Tetapkan Hari Bekerja Hanya Empat Hari Seminggu
Wilayah Sharjah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilapor telah menetapkan jumlah bilangan hari bekerja hanya selama empat hari seminggu, lapor Gulf News hari ini. Menurut laporan itu, waktu bekerja yang ditetapkan adalah dari 7.30 pagi hingga 3.30 petang, manakala Jumaat, Sabtu dan Ahad pula menjadi hari hujung minggu (cuti). Penetapan terbaharu itu diluluskan oleh Majlis […]

Varian Omicron: Thailand Sahkan Tiga Kes Import
BANGKOK – Thailand mengesahkan tiga kes import varian Omicron Covid-19 dan satu lagi kes kebarangkalian bagi virus itu yang membabitkan seorang lelaki tempatan yang pulang dari Congo, menurut Ketua Pengarah Jabatan Sains Perubatan, Dr Supakit Sirilak. Menurutnya, kes pertama melibatkan seorang warga Amerika, 35 tahun yang tiba dari Sepanyol. Manakala dua kes lagi membabitkan wanita […]

“Bulu Pada Muka Mayat Dicukur Ke”, Pekerja Di Rumah Mayat Jawab Pertanyaan Yang Ramai Nak Tahu
Adakah badan mayat akan di bersihkan atau di mandikan apabila tiba di rumah mayat? Soalan yang sering di tanya kepada seorang pengarah dan pengurus rumah pengebumian, Ellie Hollis di Amerika Syarikat. Eileen merupakan salah seorang wanita muda yang bekerja dalam bidang pengebumian di Amerika Syarikat. Berkaitan dengan bidang pekerjaannya itu, dia telah membuka sebuah akaun […]

(Video) Lelaki Sedang Kejar Pencuri Nyaris Dipukul Penduduk Kampung Kerana Disangka Juga Pencuri
Seorang lelaki hampir dipukul oleh kumpulan rusuhan di Indonesia, lapor Tribun Lampung. Rakaman video telah dimuat naik menerusi akaun Instagram andreli_48 pada 29 November lalu mendakwa bahawa lelaki itu disalah anggap sebagai pencuri. Dalam video tersebut, seorang lelaki berbadan besar dengan memakai baju biru segera memeluk lelaki itu. Menerusi keterangan yang ditulis, lelaki tersebut sedang […]
Tak Mahu Generasi Muda Terus Merokok, New Zealand Bakal Haramkan Penjualan Rokok Kepada Individu Lahir Selepas 2008
Bagi memastikan generasi akan datang tidak lagi merokok, New Zealand dilaporkan akan mengharamkan penjualan tembakau atau rokok kepada rakyatnya yang dilahirkan selepas tahun 2008. Undang-undang berkaitan pengharaman itu dijangka akan digubal pada tahun depan, lapor BBC. Menteri Kesihatan, Dr Ayesha Verall berkata mereka mahu memastikan golongan muda tidak lagi merokok pada masa akan datang. Menurutnya, […]
Langsung Tak Berkelip, Lelaki Cipta Rekod Berbaring & Tenung Matahari Selama Sejam
Seorang lelaki dari India mencipta rekod kebangsaan baharu apabila dia dikatakan merenung ke arah matahari selama sejam secara berterusan tanpa berkelip atau memakai kaca mata, lapor Oddity Central. Menurut laporan, lelaki tersebut merupakan seorang pesara kerajaan yang berusia 70 tahun dan berasal dari negeri Uttar Pradesh, India. Lelaki itu dikenali sebagai Encik MS Verma. Dia […]
Budak 14 Tahun Dipenjara Selepas Lari Dari Perkahwinan Yang Diatur Keluarganya
Seorang gadis berusia 14 tahun di Mexico telah dipenjarakan selepas dia melarikan diri daripada perkahwinan yang diatur oleh keluarganya, lapor Daily Star. Gadis tersebut dilaporkan sepatutnya berkahwin dengan jirannya di kampung di Guerrero, Mexico. Menurut laporan, gadis yang merupakan ahli komuniti Mixtec itu beranggapan bahawa kakaknya yang akan berkahwin. Walau bagaimanapun, gadis tersebut menolak untuk […]