Berita›Luar Negara
(Video) Detik Cemas ‘Rider’ Wanita Dirempuh Di Tengah Bandar, Kerbau Dilapor Ditembak Mati Lepas Cederakan 7 Yang Lain
Seekor kerbau dilaporkan telah merempuh seorang wanita yang sedang menunggang motosikal sebelum mencederakan tujuh yang lain dalam kejadian amuk di sebuah bandar di China. Memetik laporan Daily Mail, haiwan itu dirakam berkeliaran di bandar Yulin di wilayah Guangxi, China pada 9 November. Menerusi video yang dirakam dashcam sebuah kereta, wanita yang menunggang motosikal itu dilihat […]
“Sedih Tapi Saya Tergelak,” Isteri Nak Kemas Almari Tapi Terjumpa Gambar Suami Bersama ‘Ex’ Tersimpan Rapi
Pasti ramai diantara kita yang pernah bercinta sebelum kita bertemu dengan cinta sejati. Bagi kebanyakan orang bekas kekasih adalah suatu kisah lampau yang tidak mahu diingat kembali. Lebih-lebih lagi sekiranya masing-masing telah pun memiliki kehidupan bahagia bersama dengan insan yang disayangi kini. Namun begitu, apakah yang akan dilakukan sekiranya anda menemui foto pasangan anda bersama […]

Anak Didakwa Tembak Ayah Sendiri Sebab Beli Kepak Ayam Yang Tidak Disukainya
Seorang lelaki di Davis County, Utah, ditahan polis baru-baru ini selepas dilapor tergamak menembak ayah kandungnya sendiri gara-gara marah kerana salah beli bahagian ayam kesukaannya. Menurut kenyataan kes seperti yang dilaporkan Metro, kejadian itu berlaku apabila si ayah pulang ke rumah mereka dan membawakan set makanan ayam yang dipesan anaknya (lelaki itu). Bagaimanapun, kepak ayam […]
(Video) Pistol Dah Ada Depan Muka, Detik Pekerja ‘Steady’ Guna Kotak Coklat Pertahan Diri Daripada Perompak
Seorang pekerja di sebuah kedai mengalami detik-detik yang menakutkan apabila diacukan pistol oleh seorang perompak dalam kejadian pada Selasa lalu, lapor Daily Mail. Menerusi video yang telah dirakam kamera litar tertutup (CCTV), insiden yang berlaku di sebuah kedai di Cannon Street, London itu menyaksikan seorang lelaki yang memakai pakaian hitam dan pelitup muka telah masuk […]
COVID-19: Arab Saudi Perincikan Definisi ‘Tempat Awam’ Bagi Kelonggaran SOP
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) — Selepas mengumumkan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) COVID-19, Kementerian Dalam Negeri (MOI) Arab Saudi memperincikan definisi ‘tempat awam’ yang dibenarkan masuk dengan dan tanpa pelitup muka. Sumber Kementerian itu yang dipetik Agensi Berita Saudi (SPA) pada Rabu menyebut individu yang sudah divaksin sepenuhnya tidak perlu lagi memakai pelitup muka […]

Pemilik Suara Nobita Yang Pertama Meninggal Dunia
Pemilik suara bagi karakter Nobita dalam siri animasi popular Doraemon dilaporkan meninggal dunia dipercayai kerana mengalami gagal jantung. Menurut laporan Kompas, Yoshiko Ota atau pemilik nama sebenar Yoshiko Saka ini merupakan pengisi suara pertama Nobita pada tahun 1973. Yoshiko meninggal dunia pada 29 Oktober 2021 ketika usia 89 tahun di salah sebuah hospital yang terletak […]

“Masa 17 Tahun Terus Masuk Hollywood,” Maya Karin ‘Bocor Rahsia’ Pernah Jadi Pelakon Filem ‘Box Office’ Hollywood
Nama Maya Karin sudah tak asing lagi dalam industri hiburan Malaysia. Siapa je tak kenal pelakon wanita berdarah kacukan yang pernah menjadi fenomena melalui lakonannya dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam ni. Tapi kalau korang nak tahu, sebelum menempa nama dalam dunia perfileman tanah air, Maya Karin pun pernah jadi pelakon extra tau. Bukan extra biasa-biasa, kemunculan pertama […]

Didakwa Selalu Berlaku Kes Orang Hilang, Tular Foto Pendaki Kelihatan ‘Kelibat Putih Misteri’ Bikin Seram
Satu gambar misteri yang diambil oleh seorang pendaki di Dundas Peak di Ontario, Kanada, telah tular kerana orang ramai yakin bahawa gambar yang mereka tangkap itu ialah ‘hantu’. Gambar tersebut mula tular apabila seorang pengguna Reddit dengan akaun SlicedUpBeef memuat naik gambar tersebut untuk di kongsikan kepada rakan-rakannya. Menurut SlicedUpBeef melalui India Times “Di bahagian […]
Tak Puas Hati Penutup Makanannya Cair, Wanita Didakwa Simbah Sup Pedas Ke Muka Pengurus Restoran
Seorang wanita di Amerika Syarikat nekad menyimbah seorang pengurus restoran dengan sup pedas gara-gara menemui plastik cair dalam pesanannya. Pengurus restoran yang berusia 24 tahun itu dilaporkan telah disimbah dengan sup menudo Mexico pada 7 November lalu selepas seorang pelanggannya mendakwa bahawa sup itu sangat panas sehinggakan penutup plastik pada bekasnya mencair ke dalam kuahnya. […]
TERKINI: Gempa Bumi Kuat 6.5 Skala Richter Dilapor ‘Gegar’ Kepulauan Ryukyu, Jepun Sebentar Tadi
Satu gempa bumi kuat dilaporkan telah berlaku di Tenggara Kepulauan Ryukyu pada jam 11.45 malam sebentar tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa yang bermagnitud 6.5 itu terletak di 23.7° Utara dan 126.3° Timur dengan kedalaman 10 km. 307 km Barat Daya dari Naha, Jepun. Tiada amaran tsunami yang dikeluarkan setakat ini. Gempa bumi kuat […]
(Video) Dipercayai Berang Isteri Jatuh Tergelincir, Lelaki Nekad Pecahkan Laluan Pejalan Kaki
Baru-baru ini tular di Indonesia mengenai satu video yang memaparkan seorang lelaki yang sedang menghancurkan laluan pejalan kaki dengan menggunakan tukul. Bagaimanapun, tindakannya itu telah mendapat sokongan netizen di sana kerana dia dipercayai berang selepas isterinya terjatuh di jalan itu. Menerusi video tersebut, lelaki itu dilihat menghancurkan laluan tersebut sambil disaksikan oleh orang ramai yang […]

Lelaki Dilapor Maut ‘Dibaham’ Piranha Selepas Terjun Dalam Tasik Untuk Selamatkan Diri Dari Diserang Lebah
Seorang lelaki di Minas Gerais, Brazil dilapor maut akibat diserang sekumpulan piranha selepas terjun ke dalam tasik dalam satu kejadian baru-baru ini, lapor Mirror. Bagaikan ‘keluar mulut harimau masuk mulut buaya’, lelaki berusia 30 tahun itu terjun ke tasik berkenaan untuk menyelamatkan diri gara-gara dikejar kawanan lebah. Difahamkan, pada asalnya dia bersama dua lagi rakannya […]
Malaysia, Indonesia Setuju Laksana Koridor Perjalanan Secara Berperingkat – PM Ismail Sabri
JAKARTA, 10 Nov (Bernama) — Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk melaksanakan koridor perjalanan antara kedua-dua negara melalui aturan Travel Corridor Arrangement atau Vaccinated Travel Lane, memandangkan kedua-dua negara semakin pulih daripada pandemik COVID-19. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata menteri-menteri berkaitan akan memperhalusi inisiatif itu supaya sempadan kedua-dua negara dapat dibuka membabitkan laluan Kuala Lumpur-Jakarta-Kuala […]
(Video) Anak Perempuan Heret Bapa Turun Pentas, Geram Bapa Asyik Menari Tak Hirau Panggilannya
Tular di media sosial berkenaan seorang gadis kecil menarik bapanya yang sedang asyik berhibur menyanyi dan berjoget turun dari atas pentas. Gadis tersebut dengan beraninya naik ke atas pentas menghampiri bapanya yang sedang menyanyi dan menari itu. Video tersebut telah dikongsikan oleh satu akaun TikTok bernama @happymusic.90. Dalam video tersebut, dapat dilihat bahawa gadis itu […]
Lelaki Dilapor Ditahan Pihak Polis Ketika Cuba Menjual Dirinya Dengan Harga Lebih RM200k
Seorang lelaki di Nigeria telah ditahan oleh polis yang dikenali sebagai Hisbah kerana cuba untuk menjual diri sendiri kepada mereka yang sanggup membayar 20 juta Nigerian Naira (RM 202, 318) Aliyu Na Idris pertama kali menjadi tajuk utama berita nasional pada penghujung Oktober yang lalu. Dia dilihat berjalan melalui bandar Karo dengan papan tanda kadbod […]
Sebabkan Kelewatan 1 Minit, Pemandu ‘Train’ Dilapor Tuntut Ganti Rugi ‘Derita Mental’ Lepas Majikan Potong Gaji RM2
Seorang pemandu kereta api di Jepun dilaporkan telah menyaman majikannya selepas gajinya dipotong sebanyak 56 yen (RM2.05) kerana telah menyebabkan kelewatan selama satu minit. Memetik laporan BBC, syarikat kereta api itu telah mendenda pemandu berkenaan selepas kejadian tersebut yang berlaku pada Jun 2020. Ketika itu, pemandu tersebut dijadualkan untuk memandu kereta api ke stesen Okayama […]

Lepas Hampir 30 Tahun, Pihak Hospital Baru Sedar Punca Air Rupanya Dari Tandas
Sebuah hospital universiti di Suita, Jepun baru tahu bahawa sumber air yang digunakan mereka sejak hampir 30 tahun lalu rupa-rupanya berpunca dari tandas, lapor Daily Mail. Menurut laporan itu, kesilapan teknikal itu langsung tidak pernah disedari sehinggalah air kotor tersebut ditemui semasa projek pembinaan loji air baharu di hospital tersebut bermula. Difahamkan, semasa semakan dijalankan, […]
“Pesakit COVID-19 Yang Enggan Divaksinasi Perlu Tanggung Kos Perubatan Sendiri” – MoH Singapura
SINGAPURA: Pesakit COVID-19 yang enggan divaksinasi atas pilihan sendiri perlu menanggung kos perubatan sendiri apabila dimasukkan ke hospital atau mendapatkan rawatan yang disediakan bermula 8 Disember nanti, lapor Awani. Pengumuman itu dibuat oleh Kementerian Kesihatan (MoH) negara itu pada Isnin selepas majoriti dari golongan tersebut memerlukan rawatan intensif yang juga memberi tekanan besar kepada sistem […]

Empat Ekor Singa Di Night Safari Singapura Disahkan Positif Covid-19, Dipercayai Berjangkit Daripada Seorang Staf
Empat ekor singa baka Asia di Night Safari Singapura disahkan positif COVID-19 setelah tertular virus tersebut dari salah seorang staf di sana, lapor media tempatan. Menurut laporan Mothership, singa-singa berkenaan menunjukkan simptom ringan seperti batuk, bersin dan tak bermaya sejak 6 November lalu dan diperiksa oleh pihak Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS). AVS telah mengeluarkan […]

(Video) Lucu, Gelagat Anjing Ni ‘Buat Muka Takut’ Bila Hendak Dicucuk Vaksin Bikin Terhibur
Seekor anjing chihuahua yang comel di Thailand terkejut semasa menerima suntikan vaksin rabies untuk haiwan peliharaan. Chihuahua yang diberusia 5 tahun dan diberi nama gelaran Mon tersebut menunjukkan muka yang ‘melucukan’, memetik laporan Daily Mail. Pemilik Mon telah merakamkan video tersebut pada 1 November yang lalu. Momen menghiburkan ini ketika chihuahua tersebut meringis ketika dia […]