Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Lelaki Nampak Selamba Riba Singa, Ngaumannya Buat Meremang Bulu Roma

Gambar: @humaidalbuqaish

Bukan kucing, arnab mahupun anjing. Tapi pempengaruh TikTok ini memelihara singa dan harimau. Dikatakan seorang hartawan di UAE, @humaidalbuqaish seringkali berkongsi rakamannya bersama haiwan peliharaan yang digeruni orang ramai.

Dalam salah satu video dikongsinya, lelaki ini telah meriba seekor singa jantan sambil duduk di atas sofa. Tampak bersahaja, dia bahkan tidak menggelabah semasa haiwan pemangsa itu mengaum, menunjukkan taringnya yang tajam.

Malah, dalam video lain, dia juga turut berposing bersandar pada haiwan tersebut ketika ia bersantai di atas katil bersama seekor lagi singa betina. Perkongsiannya telah mendapat jutaan tontonan di laman tersebut di mana rata-rata terkesan dengan video tersebut.

Semuanya seronok, hingga ia nak ‘buat makanannya sendiri’

Bayangkan perompak datang dan ternampak singa ni

Singa ni perlukan ruang lebih luas berbanding apartmen

Baik awak sentiasa gembirakan ia, pastikan ia kenyang

Sumber: @humaidalbuqaish