Berita›Luar Negara
Wanita Bengang, Dakwa Jiran Jemur Tikar Di Pagar Rumahnya Hingga Susah Nak Keluar, Dah Pernah Tegur
Sebuah video yang memaparkan seorang wanita dipercayai di Indonesia yang bengang akan perbuatan jirannya menjemur tikar di pagar serta pintu rumahnya telah menjadi tular di media sosial. Dalam video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok itu, seorang wanita menunjukkan halaman rumahnya dipenuhi dengan kain jemuran jirannya. Di bahagian pagar dan pintu pagarnya, terdapat banyak karpet […]
Sekitar 10 Hingga 20 Peratus Rakyat Thailand Menderita ‘Long COVID’
BANGKOK, 15 Sept (Bernama) — Jabatan Perkhidmatan Perubatan Thailand (DMS) mendapati sekitar 10 hingga 20 peratus rakyat Thailand yang pulih daripada COVID-19 masih mengalami sindrom post COVID atau ‘Long COVID’. Pengarah Bahagian Berita Jabatan Penerangan Kementerian Luar Pensom Lertsithichai berkata, gejala ‘Long COVID’ termasuk kelesuan, sakit otot dan kepala serta kemurungan berikutan tindak balas tubuh […]

Korea Selatan Lancar Misil Balistik Pertama, Beberapa Jam Lepas Ujian Misil Korea Utara
Korea Selatan melancarkan sebuah peluru berpandu balistik hari ini, beberapa jam selepas pelancaran dua misil Korea Utara di Selatan Pyongan. Menurut BBC, ujian di bawah pengawasan Presiden Moon Jae-in ini adalah sebagai amaran keras kepada Korea Utara. Penggunaan senjata nuklear dan program misil balistik negara itu sebenarnya telah disekat. “Agak tak masuk akal bila kedua-dua […]
(Video) Tak Pernah Buka Kamera, Rupanya Pensyarah Ini Sakit, Terpaksa Pakai Tiub Oksigen Tapi Semangat Mengajar
Biarpun menderita penyakit buah pinggang, seorang pensyarah tetap bersungguh mengajar anak muridnya dalam kelas atas talian. Kisah pensyarah berusia lingkungan separuh abad ini menjadi tular setelah videonya dikongsikan salah seorang anak murid di laman TikTok pada minggu lalu. Memetik Tribun News, pensyarah tersebut dikatakan sering mematikan kameranya ketika saat mengajar online. Namun demikian, suatu hari, beliau secara […]
(Video) Langit Jadi Merah, ‘Bola’ Cahaya Didakwa Turun Dari Langit Gemparkan Penduduk Kampung Di Indonesia
Satu video yang memaparkan sebuah cahaya aneh yang turun dari langit telah menjadi tular di media sosial. Video yang dikongsikan menerusi akaun Instagram fakta.indo itu menunjukkan sebuah cahaya berwarna merah yang tidak diketahui asal usulnya didakwa turun dari langit. Dalam video tersebut, dapat dilihat bahawa penduduk setempat yang merakam cahaya tersebut sedang keresahan. Kehadiran cahaya […]

“Saya Nak Jadi Contoh,” Pengetua Sekolah Makan Sisa Makanan Pelajar, Nak Didik Elak Pembaziran
Demi mendidik para pelajar agar tidak membazir makanan, seorang pengetua di Hunan, China bertindak memakan sisa makanan pelajarnya sendiri. Lapor SCMP, Wang Yongxin yang merupakan pengetua sebuah sekolah menengah swasta mendapat perhatian ramai selepas rakamannya menghentikan pelajar daripada membuang makanan menjadi tular. Menerusi video tersebut, dia dilihat berdiri berhampiran tong sampah kafe dan melarang para […]
(Video) Pesawat Penumpang Digelar ‘Punggung Terbang’ Bakal Beroperasi 2025 Ini, Ruang Dalam Macam Hotel & Restoran Mewah
Pengangkutan udara mungkin akan menyaksikan pelbagai perubahan dalam beberapa tahun ke hadapan dengan munculnya satu bentuk penerbangan baru yang akan menggegarkan seluruh industri penerbangan. Sejak kapal terbang prototaip Airlander 10 terhempas pada tahun 2017, industri penerbangan tertanya-tanya sama ada pesawat revolusioner yang juga dikenali sebagai ‘punggung terbang’ itu bila akan mula beroperasi. Terkini, dalam kemas […]
TERKINI: Pesawat Rimbun Air Dilapor Terputus Hubungan, Operasi Mencari Masih Berjalan
Sebuah pesawat kargo milik Indonesia, Rimbun Air dilaporkan terputus hubungan dan hilang, lapor Kompas.tv. Menurut portal itu, pesawat dengan tiga anak kapal tersebut dipercayai hilang ketika dalam perjalanan daripada lapangan terbang Nabire ke Bilorai pagi tadi. Pesawat berkenaan telah dijadualkan melakukan pendaratan pada pukul 7.10 pagi waktu tempatan, namun ‘hilang’ dan terputus hubungan selepas komunikasi […]
Penduduk Jawa Timur Diminta Bersedia Dengan Senario Terburuk Gempa Bumi, Berpotensi Dibadai Tsunami Setinggi 28 Meter – Kajian
Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) dilaporkan telah mengeluarkan amaran agar pihak berkuasa daerah dan masyarakat Kabupaten Pacitan, Jawa Timur bersiap sedia dengan senario terburuk gempa bumi dan tsunami setinggi 28 meter yang berpotensi melanda daerah itu dalam tempoh 29 minit. Menurut Ketua BMKG, Dwikorita Karnawati, kesiapsiagaan dan waspada perlu diterapkan untuk menghindari dan mengurangkan […]
Hajat Tak Kesampaian, Perompak Tersekat Dekat Belakang Mesin ATM Terpaksa ‘Diselamatkan’ Pihak Polis
Hajat seorang lelaki untuk merompak bank berakhir dengan kegagalan selepas dia tersekat di dinding ATM yang terletak di Aniyapuram, Tamil Nadu, India Khamis lalu. Pihak polis telah berjaya menahan seorang lelaki yang berusia 28 tahun itu di daerah timur Champaran di Bihar. Lelaki itu dilaporkan merupakan seorang pekerja di sebuah syarikat makanan ternakan ayam di […]

(Video) Detik Cemas Monyet ‘Serang’ Perumahan, Penduduk Seakan ‘Dikurung’ Takut Keluar Rumah
Bagi penduduk kampung, mungkin sudah terbiasa menerima ‘kunjungan’ monyet liar terutamanya ketika musim buah. Di Kalimantan Selatan, tular video gerombolan monyet masuk ke perkampungan tempatan, lapor Detik News. Kelihatan kumpulan itu melompat dan berlari dari satu rumah ke rumah yang lain selain memanjat pagar serta bumbung penduduk. Tindakan kumpulan ini seakan-akan menyebabkan penduduk setempat ‘terkurung’ […]
Ratusan Burung Pipit Tiba-tiba Jatuh Dari Pokok, Ditemui Mati Secara Misteri
Ratusan burung pipit mati secara misteri di Cirebon, Indonesia timbulkan seribu persoalan di benak warga setempat. Bangkai burung pipit ini ditemui berserakan di sekitar pohon di bahagian depan hingga belakang Dewan Bandaraya Cirebon semalam. Bahkan beberapa bangkai tersebut turut terjatuh ke dalam longkang di sekitar kawasan tersebut. Menurut laporan Tribunnews, beberapa burung ini masih hidup […]
Dua Maut Pesawat Ringan Terhempas Di Perairan Greece
ATHENS, 14 Sept (Bernama) — Sebuah pesawat ringan terhempas di perairan pulau Samos, Greece di Laut Aegean pada Isnin menyebabkan dua penumpang maut, lapor Xinhua memetik Agensi Berita AMNA. Kedua-dua mayat ditemukan Pengawal Pantai tempatan. Pesawat Cessna 172 itu dalam perjalanan menuju ke Samos dari Israel sebelum terhempas. Punca nahas masih disiasat. Sumber: Bernama
Nak Teman Tapi ‘Duk’ Menangis, Isteri Rasa Terganggu ‘Halau’ Suami Keluar Dari Bilik Bersalin
Seorang wanita hamil terpaksa menghalau suaminya sendiri meninggalkan dewan bersalin semasa dia hendak melahirkan anak gara-gara kehadiran suaminya itu hanya membuatkannya tertekan. Dilaporkan bahawa suaminya itu kemudian meninggalkan isteri serta bayinya yang baru lahir itu di hospital, enggan berjumpa dengan isterinya sehingga mereka pulang ke rumah bersama bayi mereka. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh wanita […]
Baru Umur 17 Tahun Dah Ada Dua Isteri, Remaja Nikahi Dua Gadis Selang Dua Jam
Tidak lama selepas tular kisah seorang lelaki menikahi dua wanita sekaligus di Sumatera Selatan, kali ini tular pula kisah serupa di mana seorang remaja lelaki berkahwin dengan dua kekasih sebayanya. Menurut SuaraSumsel.id, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun telah menikahi dua gadis seusianya sekaligus dalam satu hari di Musi Rawas Utara baru-baru ini. Kongsi Setiausaha […]
Sesat Di Laut, Kisah Lelaki Sangka Sedang ‘Dikepung’ Jerung Rupanya Sedang ‘Dibantu’ & ‘Dilindungi’ Ikan Lumba-lumba
Setelah diselamatkan, Ruari McSorley menceritakan tentang detik dia sesat sewaktu berenang di laut yang terletak di luar pantai di Co Kerry. Lelaki yang berusia 24 tahun itu pernah menjadi tular pada tahun 2015 selepas dia ditemui dan diselamatkan 4k dari pantai kerana sesat di laut yang berhampiran pantai dekat Inch. Lelaki tersebut kali pertama dilaporkan […]
Ketua Gerakan Antivaksin & Tolak Topeng Muka Israel Dilapor Meninggal Dunia Positif COVID-19
Seorang aktivis yang terkenal kerana menentang penggunaan vaksin COVID-19 dan juga digelar sebagai ‘ketua antivaksin’ dilaporkan telah meninggal dunia pada awal pagi Isnin di Pusat Perubatan Wolfson di Holon, Israel akibat COVID-19. Menurut The Jerusalem Post, lelaki itu juga sempat memuatnaik beberapa perkongsian di media sosialnya ketika dia berada di hospital dan sebelum meninggal dunia. […]
‘Tarzan Dunia Sebenar’ Dilapor Meninggal Dunia Akibat Kanser Selepas 8 Tahun Hidup ‘Moden’
Seorang lelaki yang digelar ‘tarzan dunia sebenar’ dilaporkan telah meninggal dunia akibat kanser hati pada 6 September lalu, lapor The Sun. Lelaki Vietnam bernama Ho Van Lang, 52 itu dikatakan telah tinggal selama kira-kira 40 tahun di dalam hutan sebelum kembali ke dunia luar lapan tahun lalu. Menurut portal itu, Ho Van Lang telah dibawa […]

(Video) Lelaki Ni ‘Jumpa’ Proton Iswara Keluaran 1993 ‘Condition’ Macam Baru, ‘Mileage’ Tak Sampai 18,000km
Pasti ramai rakyat Malaysia yang kenal Proton Saga, kereta nasional pertama yang menjadi kebanggaan negara. Walaupun model Proton Saga dah berubah seiring peredaran zaman, legasi kereta legend ni masih diteruskan sampai sekarang. Kalau di Malaysia, mungkin tak terkejut la kalau ada peminat kereta klasik yang masih memiliki model lama Proton Saga. Tapi populariti Proton Saga ni […]
Kelas Campur Lelaki Perempuan Pun Tak Boleh, Taliban Akan Hapuskan Kurikulum Tak Sesuai Dengan Syariat Islam
Pemerintahan Afghanistan di bawah kekuasaan Taliban akan menghapuskan beberapa subjek yang bertentangan dengan syariat Islam, di peringkat kurikulum pengajian tinggi. Abdul Baqi Haqqani, Menteri Pengajian Tinggi yang dilantik Taliban berkata, kelas yang bercampur lelaki dan perempuan juga tidak dibenarkan. “Beberapa perubahan akan dilakukan dalam dasar kurikulum dan mengikut syariat Islam. “Setiap subjek yang bertentangan dengan […]