Berita›Luar Negara
Penyanyi Rap Terkenal, Kanye West Secara Rasmi Tukar Nama Kepada ‘Ye’
Penyanyi rap serta pengarah terkenal US, Kanye West telah menukar namanya secara rasmi, kini dipanggil dengan nama baharu iaitu Ye, lapor The Guardian. Pertukaran nama asal daripada Kanye Omari West kepada Ye itu diluluskan oleh Mahkamah Los Angeles pada Isnin, tanpa ada nama tengah atau nama akhir (keluarga). “Tiada apa-apa masalah, maka permohonan untuk menukar […]

Khas Untuk Pekerja ‘Shift’ Malam, Syarikat Tawar Gaji RM2,878 Untuk Kerja Tidur Waktu Siang
Sebuah syarikat pengeluar tirai di UK menawarkan kerja menarik khusus buat pekerja-pekerja yang bekerja pada shif malam iaitu tidur pada siang hari dengan bayaran gaji berjumlah RM2,878. Syarikat tersebut, 247 Blinds mencari golongan ‘penidur profesional’ untuk menguji keberkesanan produk tirai gelapnya, bertujuan bagi memahami corak tidur serta gangguan yang dialami ketika mereka tidur pada siang […]
Jadi Kaya Mendadak, Nelayan Dilapor Berjaya Tangkap 157 Ikan ‘Mahal’ Dikenali ‘Emas Laut’ Bernilai Lebih RM739k
Nelayan dari Maharashtra bagaikan bingung dengan tuah yang menyebelahi diri selepas terpaksa ‘bercuti’ dari memancing selama berbulan-bulan. Chandrakant Tare, seorang nelayan dari Palghar yang memancing bersama rakannya pada 28 ogos tidak menyangka bahwa mereka akan berjaya mendapat tangkapan 157 ikan ghol yang dikenali sebagai ’emas laut’, lapor India Times. Hasil tangkapan itu dilapor telah berjaya […]
(Video) Detik Cemas Wanita Dukung Bayi Dirakam Terjatuh Dalam Lubang Ketika Berjalan Sambil Gunakan Telefon
Detik mendebarkan apabila seorang wanita yang memegang bayinya yang berusia sembilan bulan ‘terjun’ ke dalam lubang yang mungkin tidak disedarinya kerana bermain telefon bimbit, lapor Daily Mail. Walau bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dan kedua-duanya telah diselamatkan oleh orang ramai yang berada berdekatan situ. Rakaman CCTV memaparkan seorang wanita berjalan dan terjatuh ke dalam lubang bersama […]
Murid Sekolah Dilapor Maut Setelah Telefonnya Meletup Ketika Hadiri Kelas ‘Online’ Sambil Mengecas
Seorang murid sekolah rendah di Vietnam dilaporkan maut setelah telefonnya meletup semasa menghadiri kelas dalam talian sambil mengecas peranti tersebut, tulis Daily Star. Menurut seorang pegawai kanan pendidikan, pelajar itu menggunakan telefonnya untuk menghadiri kelas dan tiba-tiba peranti itu meletup serta dilapor membakar pakaiannya. Menurut Tuoi Tre News, telefon bimbit berkenaan sedang dicas ketika letupan […]
Wanita Lalui Detik Hitam Dirogol Dalam Kereta Api Penuh Penumpang, Tapi Seorang Pun Tak Tolong
Warga Amerika Syarikat dikejutkan dengan satu kejadian rogol yang amat memilukan yang menimpa seorang wanita, dalam kejadian yang berlaku di Pennsylvania. Apa yang mengejutkan adalah kejadian berkenaan dilaporkan berlaku di dalam sebuah kereta api yang dipenuhi penumpang, bagaimanapun tiada seorang pun yang tampil menghulurkan bantuan kepada wanita berkenaan. Detik-detik hitam yang dilalui wanita tersebut dirakam […]
(Video) Berang Tak Dibayar Gaji, Lelaki Mengamuk Bawa Ekskavator “Hancurkan” Lori Syarikat
Berang kerana gajinya tidak dibayar, seorang lelaki bertindak nekad melepaskan amarahnya dengan memandu sebuah ekskavator dan merosakkan beberapa buah lori milik syarikat tempat dia bekerja, dalam kejadian yang dilaporkan berlaku di Turki. Mendurut Daily Mail, lelaki berkenaan hanya tidak dibayar gaji sebulan dan syarikat berkenaan merupakan syarikat milik bapa saudaranya. Akibat tindakan tersebut, pakciknya dilapor […]
Ikut Nasihat Kononnya Pakar Feng Shui, Warga Emas Tergamak Rogol Anak Sendiri Untuk Elak Diri Ditimpa Nasib Buruk
Seorang lelaki warga Singapura tergamak memperkosa anak kandungnya sendiri yang ketika itu baru berusia 11 tahun selepas mendapat ‘nasihat’ dari seorang kononnya pakar feng shui. Menurut The Straits Times, lelaki yang bekerja sebagai pembantu kedai ini disuruh pakar berkenaan untuk mengadakan hubungan seks dengan seorang perempuan yang masih dara sekiranya tidak mahu perkara buruk terjadi […]
Bukan “Ee-kia” Atau “Ai-kay-uh”, Mungkin Ramai Salah Sebut, IKEA Dedah Ini Cara Betul Nak Sebut Namanya
Terkenal dengan himpunan pelbagai jenis perabot mampu milik dan meatball yang enak, IKEA menjadi gedung beli-belah yang sentiasa mendapat perhatian ramai. Syarikat dari Sweeden itu mempunyai lebih daripada 160 buah cawangan di 29 buah negara termasuk di Malaysia. Bagi yang belum tahu, nama IKEA tercipta dari akronim nama pengasasnya iaitu Ingvar Kamprad, ladang di mana […]

Doktor Terkejut Jumpa Telefon Bimbit Dalam Perut Lelaki Ni, Rupanya Dah Setengah Tahun ‘Tertelan’
Sekumpulan doktor di Mesir terkejut apabila ‘menemui’ sebuah telefon bimbit melalui imbasan X-ray abdomen seorang pesakit. Lelaki berusia 33 tahun itu sebelumnya datang ke hospital mengadu sakit pada bahagian perut. Menurut laporan Mirror, lelaki berkenaan mengaku bahawa telefon bimbit jenis Nokia 3310 itu telah ditelannya sejak enam bulan lalu. Namun dia malu untuk meminta bantuan […]
(Video) Seakan Bola Api, Objek Merah Jatuh Dari Langit Gemparkan Pagi Subuh Warga Acheh
Kecoh di media sosial di negara jira, Indonesia apabila tularnya satu rakaman yang menggemparkan pagi Subuh penduduk di Simpang Lancang, Pintu Rime Gayo, Bener Meriah,Acheh. Menurut laporan Liputan6, satu objek bewarna merah seakan-akan bola api dilihat jatuh dari langit dalam kejadian yang berlaku pada 14 Oktober itu. Lebih menyeramkan, cahaya merah berkenaan dilihat jatuh perlahan-lahan […]
Padah Sorok Duit Dari Isteri, Lelaki Berputih Mata Duit Disorok Rosak Digigit Tikus
Gara-gara sembunyikan wang dari isteri, seorang lelaki berputih mata setelah wang yang disimpan olehnya di dalam kereta dilaporkan telah rosak dimakan tikus. Menurut Liputan6, lelaki dari Thailand itu memilih untuk menyembunyikan wang di dalam kereta tersebut kerana merasakan bahawa ia tidak akan ditemui oleh isterinya. Bagaimanapun, nampaknya tindakan itu telah ‘memakan diri’ apabila sebahagian besar […]
Anak Letak Kunci Basikal Di Leher Ibu Tanpa Ingat ‘Password’ Untuk Membukanya, Tak Pasal-Pasal Cari Bomba
Seorang ibu di China baru-baru ini memasuki sebuah balai polis meminta bantuan untuk mengeluarkan kunci basikal di leher selepas anaknya memakaikan dan terlupa kod buka kunci tersebut. Pada 7 Oktober lalu, seorang ibu muda telah memasuki balai polis di Huai’an, Provinsi Jiangsu, China dengan “choker” aneh di leher, iaitu sebuah alat pengunci basikal berwarna kelabu […]

Anak Pengasas Microsoft, Bill Gates Dilapor Kahwin Dalam Majlis Bercirikan Islam
Anak perempuan pengasas Microsoft, Bill Gates iaitu Jennifer Gates baru-baru ini melangsungkan perkahwinan bersama suaminya, Nayel Nassar dalam majlis bercirikan Islamik, lapor The National News. Kedua-dua pasangan mempelai itu meraikan hari bahagia mereka di rumah pengantin perempuan di North Salem, New York yang dikatakan berkeluasan sehingga 50 hektar luasnya. Jennifer dilapor mengenakan gaun panjang berwarna […]
Lelaki Berjaya Tanam Labu Terbesar Dengan Berat 2,500 Paun, Malangnya Tidak Direkod & Ini Sebabnya
Seorang lelaki Wisconsin telah berjaya menghasilkan tanaman labu terberat di Wisconsin, iaitu seberat 2, 500 paun. Hasil labunya berjaya mencatatkan rekod kedua terberat di dunia yang dihasilkan pada tahun ini. Malangnya, rekod yang diperoleh tidak akan dicatat dalam mana-mana rekod dan penanam tersebut tidak akan memperoleh kemenangan kerana telah hilang kelayakan. Mike Schmit hampir mencatatkan […]

Wanita Dilapor Sambut Cahaya Mata Pertama Pada Usia 70 Tahun, Dipercayai Salah Seorang ‘Ibu Baru Tertua’ Di Dunia
Seorang wanita yang mengaku dirinya berusia 70 tahun baru sahaja menyambut kelahiran bayi pertamanya pada usia berikut, dan menjadikan dia salah seorang ibu baru pertama yang tertua di dunia ini. Menurut Mirror, wanita bernama Jivunben Rabari dan suaminya Maldhari berusia 75 tahun telah mencuba untuk mendapatkan zuriat setelah sekian lama sebelum melakukan rawatan IVF. Menurut […]

Penduduk Terkejut Nampak Van Atas ‘Bus Stop’, Ramai Sangka Punca Pemandu Mabuk, Rupanya Ada Sebab Lain
Baru-baru ini, tular beberapa gambar di media sosial memaparkan sebuah hentian bas kecil di tepi jalan yang ‘berbumbungkan’ sebuah van misteri berwarna putih. Kejadian yang dirakam berlaku di Plounéventer, bandar Finistere di Perancis itu mengundang persoalan ramai hingga pihak polis terpanggil untuk jalankan siasatan. Difahamkan, kedudukan van itu sangat membingungkan kerana ia terletak ‘elok’ di […]
Lelaki Dilapor Sewa Ular Tedung Untuk Bunuh Isterinya Sendiri & Berkahwin Dengan Wanita Lain
Sekiranya bercerita tentang ular tedung, sudah pasti terlintas di dalam fikiran bahawa haiwan ini berbahaya dan boleh membawa maut. Disebabkan itu, ramai yang cuba untuk mengelak daripada ‘bertemu’ dengan ‘pembunuh’ ini. Tetapi lain pula bagi seorang lelaki ini yang didapati bersalah membunuh isterinya dengan menyewa ular tedung. Lelaki tersebut dikatakan telah menggunakan taktik ini untuk […]
“Saya Dah Naikkan, Ia Terlondeh Lagi,” Remaja 17 Tahun Didakwa Cuba Rogol Jirannya Nenek 71 Tahun
Seorang remaja 17 tahun didakwa cuba merogol seorang nenek berusia 71 tahun dalam satu kejadian pada waktu tengah hari di Kudus, Jawa Tengah baru-baru ini. Mangsa yang dikenali sebagai D (bukan nama sebenar) berkata, kejadian itu berlaku semasa dia sedang tidur berseorangan di rumah ketika anak lelakinya pergi ke masjid untuk Solat Jumaat. “Saya sedang […]

Malaysia Sedia Bincang Kerjasama Iktiraf Sijil Vaksin Dengan Indonesia
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) — Malaysia sedia mengadakan perbincangan di peringkat dasar dan teknikal dengan Indonesia bagi mengiktiraf bersama sijil vaksinasi COVID-19, melalui aplikasi pemantauan negara masing-masing iaitu MySejahtera (Malaysia) dan PeduliLindungi (Indonesia). Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata kerjasama itu akan menyumbang kepada pembukaan semula sempadan secara beransur-ansur, serta merangsang aktiviti ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua […]