Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Penyanyi rap serta pengarah terkenal US, Kanye West telah menukar namanya secara rasmi, kini dipanggil dengan nama baharu iaitu Ye, lapor The Guardian.
Pertukaran nama asal daripada Kanye Omari West kepada Ye itu diluluskan oleh Mahkamah Los Angeles pada Isnin, tanpa ada nama tengah atau nama akhir (keluarga).
“Tiada apa-apa masalah, maka permohonan untuk menukar namanya diluluskan,” maklum hakim, Michelle Williams Court, memetik The Guardian.
Sebelum ini, Ye (nama kini) pernah mengumumkan hasrat menukar nama melalui ciapan di Twitter pada 2018 lalu, malah dia juga pernah menerangkan apa makna ‘Ye’ sebagai nama baharu pilihannya.
“Saya percaya ‘Ye’ adalah salah satu perkataan yang kerap digunakan dalam Bible, dan dalam Bible ‘Ye’ bermaksud ‘kamu’. Jadi, saya ialah kamu, saya ialah kita, ia ialah kita,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemubual di stesen radio mengenai hasrat menukar nama baharu satu ketika dahulu.
Sumber: The Guardian