Berita›Luar Negara
(Video) Pencuri ‘Makan’ Penumbuk & Dilutut, Tersilap Curi Kereta Petarung UFC
Petarung seni bela diri campuran (MMA) Jordan Williams telah berkongsikan video dari kamera keselamatan (CCTV) yang memaparkan seorang lelaki sedang mencuba untuk mencuri keretanya. Atlet UFC yang berusia 30 tahun itu telah berkongsikan video tersebut di akaun Instagram rasminya dan menjelaskan berkenaan insiden itu dalam satu temu bual. Tampaknya ketika atlet itu berada di dalam […]
Kejam, Kisah Wanita Dipotong Tangan, Dirogol & ‘Dihumban’ Dari Tebing, Bertahan Untuk Hidup Agar Dapat Jejak Pelaku
Ajaib, biarpun ditinggalkan dalam keadaan tangan terpotong, Mary Vincent berjaya bertahan untuk hidup selepas menjadi mangsa perogol kejam di California, Amerika Syarikat. Menurut Daily Star, wanita yang kini berusia 58 tahun itu telah diserang seorang lelaki ketika mengembara secara hitchhiking di California semasa berusia 15 tahun. Malang tidak berbau apabila suspek yang memandu tanpa arah […]
Api Kian Marak, Israel Rayu Bantuan Antarabangsa Untuk Padam Kebakaran Hutan
Para pemimpin Israel dilaporkan telah memohon bantuan dari sekutu-sekutu antarabangsa untuk memadamkan kebakaran yang berlaku berdekatan Jerusalem. Menurut ABC News, kebakaran itu memaksa ratusan penduduk untuk keluar dan mengosongkan rumah mereka. Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Israel mengatakan bahawa 75 pasukan bersama 12 pesawat telah dikerah untuk memadamkan kebakaran di hutan di sebelah barat bandar itu. […]
Sangat ‘Rare’, Lelaki Ni ‘Berkawan’ Dengan Cicak, Siap Boleh Main Tarik Getah, Sentuh Hidung Cicak ‘Manja’
Cicak merupakan antara haiwan yang menggelikan bagi sebilangan besar manusia. Ramai orang berasa geli bahkan sampai menjerit jika terjumpa haiwan ini. Tidak hanya itu, cicak juga biasanya dianggap sebagai haiwan perosak dan kewujudannya di dalam rumah sangat tidak diinginkan. Namun begitu, lain pula kisahnya bagi seorang lelaki yang berasal dari Singapura apabila dia siap boleh […]
(Video) Seakan Ketakutan, Tular Pesawat Amerika Sesak Dengan Rakyat Afghanistan, Dipercayai Mahu Larikan Diri
Satu gambar yang memaparkan seramai 640 orang warga Afghanistan berhimpit di dalam jet kargo Amerika Syarikat (AS) bagi melarikan diri dari Taliban di Kabul telah berlegar di internet. Gambar tersebut menunjukkan situasi di dalam pesawat selepas video orang ramai yang berpusu-pusu untuk berpaut pada pesawat tersebut pada Ahad tular di media sosial. Pesawat yang mampu […]
Lelaki Maut Dipukul & Dibakar Hidup, Selepas Niat Baik Nak Bantu Padam Kebakaran Di Algeria Disalah Anggap Penduduk
Berhasrat untuk membantu tetapi telah disalah anggap, seorang lelaki di Algeria dilaporkan telah dipukul, dibunuh dan dibakar pada minggu lalu setelah dituduh menjadi punca kebakaran hutan yang melanda negara itu. Mangsa, Jamal Ismail, dilaporkan telah dibakar hidup-hidup setelah dia tiba di bandar Aljazair Tizi Ouzou, iaitu salah satu kawasan yang paling teruk dilanda kebakaran hutan. […]

(Video) Tak Sengaja Jatuhkan Stok Telur, Rakaman Wanita Tidak Bantu & Beredar Undang Kemarahan
Seorang wanita mengundang kemarahan netizen selepas secara tidak sengaja menjatuhkan telur yang diletakkan di atas sebuah motosikal di luar kedai, dipercayai di Indonesia. Menurut Suara Jatim, rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki yang membawa stok telur menggunakan motosikal. Sebaik sahaja meletakkan motosikal di hadapan kedai, lelaki itu kemudiannya membawa beberapa papan telur masuk ke dalam premis […]
Singapura: Remaja Diserang Sakit Jantung Selepas Divaksin Terima Pampasan
SINGAPURA, 16 Ogos – Remaja lelaki berusia 16 tahun yang mengalami serangan jantung di luar hospital enam hari selepas menerima dos pertama vaksin COVID-19 di sini, dan memerlukan rawatan intensif, kini semakin stabil, menurut Kementerian Kesihatan Singapura. Remaja itu menerima dos pertama pada 27 Jun 2021 dan kini sedang menjalani rawatan pemulihan. “Dia menunjukkan kemajuan yang baik dan dapat […]
Masuk Sempadan Tanpa Kebenaran, Pesawat Tentera Afghanistan Terhempas Di Uzbekistan
Sebuah pesawat tentera Afghanistan dilaporkan terhempas di Uzbekistan selepas masuk tanpa kebenaran ke sempadan negara tersebut, semalam. Jurucakap Kementerian Pertahanan Uzbekistan, Bakhrom Zulfikarov berkata kepada AFP, “Pesawat ketenteraan tersebut masuk ke sempadan Uzbekistan tanpa kebenaran. Siasatan masih giat dijalankan.” Menurut Zulfikarov insiden pesawat terhempas itu dilaporkan semalam, di selatan wilayah Surkhondaryo, bersempadan dengan Afghanistan. Memetik […]

(Video) Penduduk Di Afghanistan ‘Gadai Nyawa’ Berpaut Dibawah Pesawat Sampai Ada Yang Jatuh, Nak Keluar Dari Kabul
Tentera Amerika Syarikat dilaporkan mengawal ketat Lapangan Terbang Antarabangsa Kabul bagi membolehkan operasi pemindahan keluar warga asing dan warga Afghanistan yang terancam dilaksanakan. Memetik daripada laporan AFP, buat masa ini kesemua penerbangan komersial ditangguhkan, hanya pesawat pengangkut tentera sahaja dibenarkan beroperasi. Beberapa rakaman berjaya dirakam di mana orang awam berkerumun di lapangan terbang tersebut untuk […]
Nak Balas Dendam, Lelaki Dakwa Gigit Ular Berbisa Sampai Mati Selepas Dipatuk Ular Yang Sama
Seorang lelaki bernama Kishore Badar dilaporkan bertindak menggigit seekor ular jenis Krait sehingga mati. Perbuatan tersebut disebabkan oleh rasa dendam terhadap ular tersebut yang telah mematuknya ketika pulang dari bekerja. Lelaki yang berasal dari perkampungan kecil di Odisha itu berumur kira-kira 45 tahun itu menceritakan bahawa beliau telah menangkap ular tersebut lalu menggigitnya berulang kali […]
Dipercayai Berang Sering Diejek Masih ‘Single’, Lelaki Didakwa Pukul Kawan Hingga Mati
Dipercayai berang kerana diejek masih belum mempunyai pasangan hidup dan pekerjaan yang stabil, seorang lelaki di Jawa Timur bertindak memukul rakannya sehingga maut. Lapor Indo Zone, suspek yang berusia 38 tahun dan mangsa, 36 telah merantau bersama ke Blitar untuk bekerja sebagai nelayan. Dalam kejadian pada Selasa (10/8) itu, suspek dikatakan sempat berpura-pura tidur sehingga […]

Kawasan Kediaman Israel Di Jerusalem Terbakar, Api Merebak Hingga Sekitar Masjid Al-Aqsa
Daerah tempat tinggal kaum Israel di Jerusalem dikhabarkan mengalami kebakaran. Angin yang bertiup di daerah itu membuatkan kawasan tersebut semakin dijilat api dan merebak ke kawasan-kawasan lain yang berdekatan. Menurut laporan Quds News Network, api tersebut berawal di kawasan kependudukan Beit Meir, Ksalon, Ramat Razeil, dan Givat Ye’arim. Pun begitu, pihak berkuasa Israel telah melakukan […]

Taliban Dah Kuasai Wilayah Kabul, Presiden Afghanistan Larikan Diri Ke Tajikistan
Presiden Ashraf Ghani terbang keluar melarikan diri dari Afghanistan, semalam, setelah kekuasaannya dirampas Taliban yang sampai di pusat bandar Kabul, 10 hari lalu. Ketua gerakan keamanan, Abdullah Abdullah melalui video di laman Facebooknya berkata, “Mantan Presiden Afghanistan telah pergi meninggalkan rakyat dalam situasi genting begini.” Tak dapat dipastikan secara spesifik ke mana Ghani melarikan diri, […]

Naomi Edwards Bakal Derma Semua Wang Hadiah Perlawanan Minggu Ini Untuk Mangsa Gempa Haiti
Bintang tennis Jepun, Naomi Osaka, yang juga merupakan pembawa obor terakhir di Olimpik Tokyo 2020 lalu akan mendermakan semua hadiah berupa wang perlawanannya minggu ini untuk mangsa gempa bumi di Haiti. Gempa bumi dengan magnitud 7.2 skala Ritcher telah menggegar Haiti Sabtu lalu, dan menewaskan 304 korban jiwa, sementara 1,800 lagi cedera. Melalui hantaran di […]

Penjual Dakwa Miliki Tisu Messi Guna Untuk Lap Air Mata, Nak Jual Dengan Harga RM4.2 Juta
Baru-baru ini, pemain bola sepak terkenal Lionel Messi mengesahkan bahawa beliau telah meninggalkan kelab Barcelona dan menyertai kelab Paris Saint Germain (PSG). Tidak dinafikan, situasi ini sangat dirasai bukan sahaja pada bekas pemain Kelab Barcelona tetapi peminat tegar dalam sukan bola sepak juga terasa dengan perpisahan tersebut. Seperti mana yang kita tahu, Lionel Messi mengesat […]

Cucu Lagenda ‘Boxing’ Muhamammad Ali Ikut Jejak Datuk, Menang Perlawanan Profesional Pertama
Selepas 55 tahun lagenda tinju dunia, Muhammad Ali, memasuki gelanggang perlawanan pertamanya, legasi beliau kini diteruskan pula oleh cucunya yang tak kurang hebat. Nico Ali Walsh membuktikan kehebatan legasi Muhammad Ali setelah berjaya meraih kemenangan pertama dalam debut profesionalnya semalam. Ali Walsh menang mudah selepas menumpaskan lawannya, Jordan Weeks, 70 saat setelah perlawanan dimulai. Ali […]
Warga Malaysia Di Hatyai Ditahan Polis Kerana Kurung Diri Bersama Isteri & Anak Hampir Seminggu
HATYAI, Ogos 15 – Seorang lelaki warga Malaysia di Hatyai, selatan Thailand, ditahan polis selepas mengurung diri bersama dua orang anaknya dalam sebuah bilik di kediamannya. Dalam kejadian pada kira-kira 6 petang, polis baru sahaja beredar daripada rumah kedai dua tingkat yang dihuninya selepas si isteri yang merupakan warga Thai meminta bantuan setelah lelaki itu […]
(Video) Bukan Tenggelam ‘Dibadai’ Banjir, Rupanya Ini Cerita Di Sebalik Rumah Condong Di Tengah Sungai Ini
Sekali pandang, rumah agam tiga tingkat ini kelihatan seperti tenggelam dalam banjir. Namun begitu, ia sebenarnya sebuah rumah yang dibina di tengah-tengah sungai Loire, kongsi Oddity Central. Dinamakan the House in the Loire, struktur ini merupakan idea anak seni Perancis, Jean-Luc Courcoult yang membinanya pada 2007 sebagai salah satu pameran seni, dengan kerjasama sebuah syarikat […]

(Video) Berani, Penyelam Jumpa ‘Anaconda’ Gergasi Di Dasar Sungai, Ini Yang Haiwan Itu Buat Bila Didekati
Dua penyelam di Brazil berjaya mendekati seekor anakonda gergasi berukuran sekitar 7 meter pada jarak dekat, lapor The Info. Menurut portal itu, Bartolomeo dan Juca Yagarape sedang menyelam di sungai Formoso di Amazon, Brazil sebelum menemui reptilia seberat 90 kg berwarna oren itu. Menerusi video dikongsikan, kelihatan ular itu sedang berada di dasar sungai. Ia […]