Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Presiden Ashraf Ghani terbang keluar melarikan diri dari Afghanistan, semalam, setelah kekuasaannya dirampas Taliban yang sampai di pusat bandar Kabul, 10 hari lalu.
Ketua gerakan keamanan, Abdullah Abdullah melalui video di laman Facebooknya berkata,
“Mantan Presiden Afghanistan telah pergi meninggalkan rakyat dalam situasi genting begini.”
Tak dapat dipastikan secara spesifik ke mana Ghani melarikan diri, namun menurut media Afghanistan, Ghani melarikan diri ke Tajikistan.
Kerajaan pimpinan Ghani jatuh sepenuhnya selepas tembok pertahanan anti-Taliban di bahagian utara Mazar-i-Sharif dan timur kota Jalalabad berjaya ditumpaskan.
Dalam tempoh masa seminggu, Taliban melancarkan serangan terhadap Afghanistan, di mana serangan-serangan tersebut tidak dapat ditepis tanpa bantuan tentera Amerika Syarikat.
Rampasan kuasa ini memicu pihak pertahanan kerajaan sebelumnya untuk menyerah dan berundur.
Menurut AFP, video tentera bersenjata Taliban yang mengibarkan bendera putih dan beramah mesra dengan warga setempat, turut beredar di laman sosial.
Malah kebanyakan tentera-tentera ini terdiri daripada anak-anak muda yang mungkin juga belum lahir semasa kejatuhan Taliban pada tahun 2001.
Sumber: AFP