Berita›Luar Negara
“Harap Dia Menyukainya,” Wanita Hadiahkan Foto-Foto Gadis Yang Pernah Suaminya ’Like’ Di Media Sosial
Seorang wanita telah mendapat gelaran sebagai ‘The Queen of Petty’ oleh pengguna media sosial selepas dia memberikan suaminya hadiah berbentuk cetakan foto-foto wanita yang pernah suaminya itu likes di Instagram sempena Hari Kekasih. Pengguna TikTok itu yang dipercayai berasal daripada Amerika Syarikat, video lucu yang dikongsikan wanita itu telah memperoleh lebih daripada 4.4 juta tontonan. “Apa […]
(Video) Detik Cemas Ular Cuba Serang, Lelaki Ini ‘Selamber’ Tangkap Sambil Duduk
Berhadapan dengan ular terutamanya yang berbisa sememangnya detik mencemaskan bagi kebanyakan orang. Apa tidaknya, dengan perasaan risau terhadap bisanya yang boleh membawa maut, pasti ramai akan cuba menjauhkan diri. Lain pula yang berlaku terhadap seorang lelaki ini dapat menangani ular yang cuba menyerangnya. Berdasarkan rakaman yang dikongsikan Twitter, ular tersebut dilihat cuba menghampiri lelaki itu […]

(Video) Detik Cemas Gempa Bumi Kuat Gegarkan Timur Laut Jepun, Hampir 900,000 Rumah Dilapor ‘Terjejas’
Satu gempa bumi kuat 7.3 skala ritcher telah melanda timur laut Jepun lewat Sabtu, lapor NHK News. Kejadian yang berlaku pada 11.07 pm waktu tempatan (10.07 pm waktu Malaysia) itu dilaporkan berpusat di 73.9 kilometer timur laut Namie, sebuah bandar pesisir 60 batu dari Fukushima, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat. Gempa dipercayai berlaku pada kedalaman […]

(Video) Lebih 2.8 Juta Tontonan, Tular Reaksi Bayi Buat Muka Seakan Menyampah Sambil Menjeling Bikin Terhibur
Perkara pertama yang sering dinanti-nantikan ibu bapa ialah untuk melihat wajah si anak yang baru dilahirkan. Sembilan bulan menanti, akhirnya keluarlah si cinta hati yang comel ke dunia. Namun, mungkin tak semua bayi mengharapkan perkara sama. Mungkin ibarat ‘diganggu’ tidur yang lena, beberapa kali tular wajah bayi dengan mimik seakan ‘tidak berpuas hati’ sebaik sahaja […]
(Video) Kurang Dari 20 Saat, Chef Ini Tunjuk Cara Potong Bawang Dengan Lebih Cepat
Satu video yang dikongsikan oleh seorang chef berkenaan cara memotong bawang telah menjadi tular di media sosial. Bintang TikTok Poppy O’Toole, yang lebih dikenali sebagai PoppyCooks telah berkongsikan video di akaunnya dengan mendakwa bahawa teknik menyatakan bawang ini bakal ‘mengubah kehidupan anda’. Tambahnya: “Ini adalah salah satu teknik pertama yang anda akan pelajari untuk menjadi […]
Percaya Dukun Boleh Kembalikan Keperawanan, Wanita Dakwa Dirogol Ketika ‘Berubat’
Seorang wanita di Palembang, Indonesia yang mendapatkan rawatan daripada seorang dukun untuk mengembalikan perawannya mendakwa telah dirogol, lapor Kumparan. Di hadapan pegawai SPKT Polis Palembang, mangsa yang berusia 20 tahun itu telah mengakui bahawa dia datang ke rumah dukun tersebut atas saranan daripada teman lelakinya. “Tujuannya berubat adalah untuk mengembalikan keperawanannya,” kata polis. Namun, semasa […]
(Video) Wanita Sedih Terjumpa ‘Lipstik’ Bukan Miliknya Dalam Kereta, Jawapan Dari Suaminya Bikin Terhibur
Perasaan cemburu dan curiga pada wanita memang tidak dapat dipisahkan. Tambah-tambah lagi jika ianya membabitkan soal kesetiaan pasangan mereka. Pun begitu, perasaan tersebutlah sebenarnya adalah salah satu tanda bahawa mereka sayang akan diri kita. Dalam satu video yang dikongsi melalui akaun TikTok bernama @nimaslaputri ini, kesetiaan dan kepercayaannya terhadap pasangannya teruji sejurus selepas dia memasuki […]
Wanita Didakwa ‘Masukkan’ Anak Tiri 2 Tahun Dalam Air Mendidih, ‘Balas Dendam’ Kerana Suami Suruh Jaga Anak-anaknya
Seorang wanita dilaporkan telah dijatuhi hukuman penjara kerana membunuh anak tirinya yang berusia dua tahun dengan cara memasukkannya ke dalam tab mandi yang dipenuhi dengan air panas mendidih, lapor 7 news. Wanita yang berasal daripada Jordan itu dipercayai membunuh mangsa selepas bertengkar dengan suaminya pada 1 Oktober 2018 lalu. Menurut 7 News, suami kepada wanita […]

Terlalu Sayang, Usahawan Ini Wasiatkan Anjing Peliharaannya RM20.2 Juta Setelah Kematiannya
Seorang usahawan di Tennessee, Bill Dorris dilaporkan mewasiatkan $5 juta dolar (kira-kira RM20.2 juta) kepada anjing peliharaannya yang berusia 8 tahun, Lulu. Menurut laman berita Fox32 Chicago, usahawan yang meninggal dunia pada usia 84 tahun pada tahun lalu itu telah mengamanahkan wang tersebut digunakan bagi perbelanjaan haiwan peliharaannya. Tambah portal itu, wang tersebut akan disalurkan […]
(Video) Sibuk Nak ‘Sumbat’ Kepala, Gelagat Kucing ‘Berebut’ Durian Sampai Kena Gigit Telinga
Makanan yang digemari kucing kebiasaannya adalah wetfood, ikan, ayam dan banyak lagi. Namun lain pula bagi dua ekor kucing seperti yang terdapat dalam satu video TikTok ini. Seperti mana yang kita tahu, tidak semua orang menyukai bau dan rasa buah durian. Namun, ianya bukanlah satu masalah besar buat dua ekor kucing yang terdapat dalam rakaman […]
(Video) Sekurang-kurangnya 6 Dilapor Maut Dalam Nahas Jalan Raya Libatkan 133 Kenderaan
Sekurang-kurangnya enam orang dilaporkan maut dalam nahas jalan raya pada petang Khamis gara-gara ribut salji di Dallas-Fort, Texas, menurut polis seperti yang dilaporkan CNN. Sebanyak 133 buah kenderaan di lebuhraya 35 West di Fort Worth telah terlibat dalam kemalangan tersebut dan sekurang-kurangnya enam orang dilaporkan maut, menurut Ketua Polis Fort Worth Neil Noakes.’ Nahas itu […]
Gempa Bumi Kuat Bermagnitud 6.3 Skala Richter ‘Goncang’ Sempadan Tajikistan-Xinjiang
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) — Gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 pada skala Richter menggegarkan rantau sempadan Tajikistan-Xinjiang, awal pagi ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa yang berlaku pada 1.01 pagi itu, berpusat di 394 kilometer (km) timur laut dari Taloqan, Afghanistan pada kedalaman 86km. Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Gempa bumi […]
Penyelidik China Dakwa Terlalu Kerap Makan Telur Boleh Tingkatkan Risiko Kematian
Telur menjadi salah satu makanan kegemaran ramai di seluruh dunia, ia menjadi pelengkap bagi setiap hidangan. Namun, terdapat satu kajian yang mendakwa bahawa telur boleh meningkatkan risiko kematian jika dimakan terlalu banyak, tidak kira telur yang direbus atau digoreng. Bukan itu sahaja, para penyelidik dari China ini mendakwa bahawa makan hanya separuh telur meningkatkan kemungkinan […]
(Video) Detik Cemas, Tengah Sedap Berenang Tiba-tiba Diekori Buaya, Kelam-kabut Selamatkan Diri
Siapalah yang tidak takut dengan buaya kan? Haiwan liar ini sudahlah ganas, rakus, malah tidak akan wujud rasa ‘kasihan’ pun pada mangsanya. Haiwan reptilia ini biasanya gemar ‘menyorok’ dalam air ketika memerhatikan mangsanya. Dengan penuh berhati-hati, bila-bila masa sahaja ia akan dapat menerkam mangsanya. Sering kali kita terdengar kes orang awam dibaham atau diserang buaya […]
(Video) Wanita Maut Cedera Teruk Selepas Tersedut Masuk Dalam Mesin Pengisar Daging
Seorang pekerja kilang ternakan terbunuh setelah dia disedut ke dalam mesin pengisar daging dalam kemalangan ngeri yang berlaku di Rusia. Menurut Daily Mail, wanita itu ditarik ke dalam pengisar setelah tangannya terperangkap dalam mesin ketika dia memindahkan ayam dari satu penghantar ke penghantar yang lain. Kejadian yang berlaku di kilang di Belousovo itu dirakam CCTV […]
Ibu 11 Anak Akui ‘Ketagih’ Tambah Zuriat, Belanja RM4.4 Juta Tunai Impian Miliki 100 Cahaya Mata Guna Ibu Tumpang
Seorang wanita di Georgia yang kini memiliki 11 anak mendakwa mahu menambah lagi bilangan anak sehingga 100 orang melalui kaedah ibu tumpang. Christina Ozturk, 23, yang juga isteri kepada usahawan, Galip Ozturk, 56, berkata, mereka sanggup berbelanja besar sebanyak RM4.4 juta demi mencapai matlamat itu. “Perkara terindah kini adalah saya sudah mempunyai 11 anak termasuk […]
Kisah Pak Arifin Tunggu Kepulangan Kekasih Sejak 1970 Di Tempat Sama, Berakhir Tragis Ditemui Meninggal Dunia Ketika Setia Menanti
Sebelum ini segala kisah cinta yang menyedihkan hanya dilihat melalui layar filem atau di kaca televisyen sahaja. Mungkin ia hanya dianggap fiksyen semata-mata namun ada sesetengahnya yang betul-betul berlaku di dunia nyata. Sama seperti kisah seorang penunggu setia yang telah tular di Indonesia sejak beberapa hari lalu. Dikenali sebagai Pak Arifin, dia dikatakan telah menanti […]
Lelaki Dilapor Bangun Dari Koma Dan Menyedari Bahawa Dia Telah ‘Meletupkan’ Bumbung Rumahnya
Seorang pekerja binaan yang baru bangun daripada koma mendapati bahawa dia telah meletupkan tangannya sendiri dan melenyapkan bumbung rumah ibunya selepas dia dilaporkan menyalakan bunga api di dalam bilik tidurnya, lapor Mirror. Lelaki tersebut dikatakan secara tidak sengaja telah menyalakan api yang mengandungi kekuatan bahan letupan industri sehingga menghancurkan bilik loteng sementara ibu dan sepupunya […]
(Video) “First Day” Jadi Suami, Lelaki Ini Cuak Bangun Tidur Ada Perempuan Dalam Bilik, Lupa Dah Berkahwin
Tiada kata yang diucap untuk menggambarkan kegembiraan apabila sudah sah menjadi suami isteri. Manakan tidak, hubungan cinta yang selama ini terjalin telah disatukan dalam satu akad yang suci. Pastinya, ini merupakan saat yang paling bermakna untuk setiap pasangan, mereka juga akan lebih mengenali diri masing-masing. Namun, terkadang mungkin ada yang masih berada dalam keadaan tidak […]
(Video) Tak Sedar Mikrofon “Mute”, Pensyarah Habiskan Masa 2 Jam Cakap Seorang Diri Mengajar Online
Seorang pensyarah menghabiskan waktu selama dua jam bercakap seorang diri semasa mengajar melalui aplikasi Zoom kerana tidak menyedari bahawa mikrofonnya telah dimatikan. Profesor matematik di Universiti Nasional Singapura (NUS), Dong Wang, dilihat sangat kesal setelah menyedari kesalahannya itu. Menurut Tribunnews, dia hanya menyedari bercakap dengan dirinya sendiri ketika dia mengajukan soalan kepada pelajarnya menjelang kelas […]