Berita›Luar Negara
Berang Isteri Enggan Dipeluk & Dicium, Lelaki Dilapor Mengamuk Tendang Bayi Sendiri Untuk Lepas Geram
Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa tempatan selepas dilapor mengamuk hingga mencederakan bayi sendiri, gara-gara berang dengan tindakan isterinya yang enggan dipeluk dan dicium. Perkara berkenaan dilaporkan berlaku di Samarinda, Indonesia semalam, lapor Tribun News. Suspek yang berusia 19 tahun itu turut mengugut untuk membunuh isterinya yang berusia 16 tahun menggunakan pisau. Manakala, bayinya yang berusia […]

(Video) Tular Rakaman ‘Masjid Terapung’ Hanyut Di Laut, Dipercayai Dibawa Arus Banjir
Sebuah masjid terapung di muara Sungai Grindulu, Kabupaten Pacitan, Jawa Timur dilaporkan hanyut hingga ke lautan pada Rabu, 10 Februari lalu. Menurut Tribun News, kejadian yang tular di media sosial itu telah disahkan oleh penjaga masjid berkenaan, Ryan Yudianto. “Kejadiannya sekitar pukul 3 pagi waktu tempatan saat Sungai Grindulu mula banjir. Jadi tahu-tahu sudah di […]
(Video) Detik Ngeri, Trak Pikap Terjunam 70 Kaki Ke Bawah Akibat Terbabas Dirakam CCTV
Seorang pemandu bernasib baik setelah selamat dalam kemalangan ‘ngeri’ yang memperlihatkan trak pikapnya terjunam 70 kaki ke bawah jambatan lebuhraya. Kemalangan itu dilaporkan berlaku pada Sabtu lalu di lebuhrata I-94 di Zoo Interchange berhampiran Milwaukee, Wisconsin. Menurut Daily Mail, kemalangan itu telah dirakam oleh CCTV milik Jabatan Pengangkutan Wisconsin. Trak pikap itu dilihat sedang menelusuri […]
(Video) Dipelawa Masuk Berlindung Dalam Kedai, Lelaki Terselamat Dari Dihempap Bumbung Runtuh
Seorang lelaki berjaya terselamat daripada dihempap bumbung yang runtuh akibat ditiup angin kencang selepas ditawarkan untuk berlindung dalam sebuah kedai oleh seorang lelaki yang dipercayai pemilik kedai di Istanbul baru-baru ini. Satu rakaman daripada kamera CCTV menunjukkan lelaki itu, yang berdiri di luar sebuah kedai, telah masuk berlindung di dalam kedai tersebut susulan daripada angin […]

(Video) 2 Lelaki, Seorang Wanita Hanya Makan Tikus Dan Kerang, Terkandas 33 Hari Di Pulau Tiada Penghuni
Pengawal Pantai Amerika Syarikat berjaya selamatkan tiga individu yang terkandas selama lebih sebulan di sebuah pulau tidak berpenghuni di Bahama. Mereka adalah dua lelaki dan seorang wanita yang berasal dari Cuba hanya bertahan dengan memakan tikus dan kerang di pulau tersebut, jelas jurucakap pengawai Pengawal Pantai. Dalam satu kenyataan memaklumkan, sebuah pesawat peronda sedang melintasi […]

Gempa Bumi Kuat, 7.5 Magnitud Gegar Dalam Lautan Pasifik, Amaran Tsunami Telah Dikeluarkan
Satu gempa bumi berukuran 7.5 magnitud menggegarkan Lautan pasifik di anatara Australia, Fiji dan New Zealand. Menurut Pusat Tsunami Pasifik, amaran tsunami telah dikeluarkan dan mungkin tsunami boleh berlaku dalam beberapa jam lagi.New Caledonia merupakan wilayah di Perancis yang terdiri daripada puluhan pulau di Pasifik Selatan termasulah berdekatan antara Australia, Fiji dan New Zealand. Bagaimanapun, […]
Malaysia Di Tangga ke-3 Negara Paling Ramai ‘Sugar Daddy’ Selepas India Dan Indonesia – Tinjauan
Dalam satu laporan daripada tinjauan laman sesawang temu janji memaklumkan bahawa negara India antara yang tertinggi status ‘sugar daddy’ iaitu dengan 338,000 daripada jumlah keseluruhannya adalah 556,000. Apa yang mengejutkan adalah Malaysia antara ‘top 3’ dengan miliki 42,500 ‘sugar daddy’ dan berada ditempat ketiga selepas India dan Indonesia (60,250). Syarikat temu janji tersebut memaklumkan dalam […]
Wanita Tertua Di Eropah Dilapor Sembuh Dari COVID-19, Bakal Sambut Hari Jadi Ke-117 Khamis Ini
Seorang biarawati Perancis yang merupakan warga emas tertua di Eropah dilaporkan selamat dari jangkitan COVid-19 beberapa hari sebelum ulang tahunnya yang ke-117. Lucile Randon yang juga dikenali sebagai Sister Andre disahkan positif COVID-19 pada 16 Januari lalu tetapi tidak mengalami sebarang gejala. Menurut BBC, Lucile menjalani kuarantin di rumah persaraannya di Toulon, selatan Perancis tetapi […]
(Video) ’Brightness’ Telefon Rendah, Gadis Kongsi Bapanya Rakam Rama-Rama Selama 30 Minit, Rupanya Salah Kamera
Tular di media sosial TikTok berkenaan seorang lelaki yang ingin merakam rama-rama dengan menggunakan kamera yang salah. Perkongsian tersebut telah dimuat naik oleh pengguna TikTok bernama @putrissenita. Pemilik video yang bernama Putri Senita Febrianti itu telah menceritakan perkongsian yang dibuatnya pada hari Jumaat lalu. Menurut penjelasannya, video tersebut pada awalnya diambil oleh bapanya yang bernama […]
Jenazah Pesakit COVID-19 Dilaporkan Hilang Daripada Kubur, Dipercayai Dicuri
Jenazah seorang wanita warga emas yang disahkan positif COVID-19 dilaporkan hilang dari kuburnya di Nusa Tenggara Timur, lapor Kompas. Memetik kenyataan Bupati Timor Tengah Selatan, Egusem Piether Tahun berkata, jenazah berkenaan dipercayai hilang pada Khamis, 4 Februari lalu. Jelasnya, beliau mengetahui perkara itu selepas ia tular daripada media sosial mengenai kehilangan jenazah berkenaan. “Maklumat awalnya […]
WHO Nafi Dakwaan COVID-19 Berpunca Dari Makmal Wuhan
WUHAN, 10 Feb (Bernama) — Kumpulan pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bersama kumpulan pakar China setakat ini sudah melawat sembilan lokasi untuk mengkaji asal usul virus COVID-19 . Dalam satu sidang media di bandar Wuhan pada Selasa, WHO berkata lokasi lawatan itu termasuk Hospital Jinyintan, pasar basah Huanan, dan pusat pengajian virus Akademi Sains Wuhan […]
(Video) Momen Melucukan Peguam Tersilap Guna ‘Filter’ Kucing Masa Perbicaraan Serius, Bikin Ramai Terhibur
Satu perbicaraan mahkamah melalui sidang video di Texas pada Selasa lalu menyaksikan situasi janggal ketika seorang peguam secara tidak sengaja muncul dengan filter kucing. Perbicaraan mengenai pelucutan sivil itu memperlihatkan peguam, Rod Ponton, ‘bergelut’ untuk membuang filter itu sehingga menjadikannya momen yang melucukan. Dengan peguam lain yang tersenyum melihat skrin komputer tersebut, Rod berkata bahawa […]

Nelayan Temui Mutiara Bernilai RM1.39 Juta Dilapor Ditahan Polis, Didakwa Anjurkan Pesta Raikan Kekayaannya
Seorang nelayan yang menjadi jutawan segera selepas menemui mutiara Melo berwarna oren bernilai RM1.39 juta dilapor ditahan pihak polis Thailand pada Jumaat lalu. Menurut Daily Mail, pihak polis telah menyerbu kediaman nelayan itu selepas mendapat aduan bunyi bising oleh jirannya dipercayai kerana menganjurkan sebuah parti bagi meraikan kekayaannya. Hasil serbuan, polis menemui kira-kira 16,000 biji […]
Terlalu Dihormati & Disayangi, Seluruh Penduduk Kampung Tangisi Perpindahan Guru Ini
Bukan sahaja ditangisi oleh pelajarnya, perpindahan seorang guru besar di sebuah sekolah rendah di daerah Hamirpur, Uttar Pradesh, turut membuatkan penduduk kampung bersedih. Bhishma Narayan dipindahkan setelah 12 tahun berkhidmat di kampung Dharapur di daerah Hamirpur, seluruh penduduk kampung menangis ketika mereka mengucapkan selamat tinggal. Menurut The Bharat Express, Bhishma mempunyai hubungan yang baik dengan […]
Perancis Lanjut Darurat Kesihatan Sehingga Jun
PARIS, 10 Feb (Bernama) — Parlimen Perancis pada Selasa meluluskan usul darurat kesihatan dilanjutkan lagi sehingga 1 Jun, lapor Agensi Anadolu. Rang undang-undang mengenainya diluluskan dengan memperoleh 278 undi menyokong, 193 membantah dan 13 berkecuali. Usul rang undang-undang itu hangat dibahaskan antara anggota parlimen sayap kiri dan kanan, yang menganggap tindakan itu menyekat kebebasan rakyat. […]
1 Maut, 4 Cedera Dalam Kejadian Tembakan Di Sebuah Klinik Di Minnesota, AS
WASHINGTON, 10 Feb (Bernama) — Seorang lelaki yang tidak berpuas hati dengan rawatan diterimanya di sebuah klinik kesihatan di Minnesota Amerika Syarikat melepaskan tembakan menyebabkan seorang terbunuh dan empat cedera, lapor Agensi Anadolu memetik CNN. Kejadian berlaku pada Selasa pagi di Klinik Penjagaan Kesihatan Allina di bandar Buffalo, menurut Jabatan Polis Buffalo. Suspek Gregory Paul […]
(Video) Tak Sempat Bernafas, ‘Impala’ Terlepas Dari ‘Mulut Buaya’, Diterkam Pula Harimau Bintang Yang Menunggu
Ini adalah detik-detik dramatik seekor impala (sejenis rusa kecil) malang yang baru sahaja terlepas daripada nyaris dibaham buaya, menjadi mangsa kepada seekor harimau bintang yang sedang kelaparan. Angela dan Craig Weeks telah merakam detik tersebut semasa mereka dalam perjalanan ke Taman Nasional Kruger, Afrika Selatan, bersama dengan dua orang anak lelaki mereka. Rakaman tersebut bermula […]
Dipercayai Khuatir Muka Anak Seiras ‘Kekasih Gelap’, Wanita Didakwa Bunuh Anak 9 Bulan Kerana Takut Hubungan Terbongkar
Dipercayai takut hubungan gelap terbongkar, seorang wanita di Bandar Lampung, Indonesia didakwa bersubahat membunuh anak kandung sendiri yang dikatakan mirip wajah kekasih gelapnya, lapor Tribun News. Menurut portal itu, AO, 35, telah bersubahat dengan teman lelaki yang juga merupakan jirannya, MA, 43, untuk membunuh bayi berusia sembilan bulan tersebut pada 6 Februari lalu. Memetik kenyataan […]
Pasangan 70 Tahun Kahwin Sempat Pegang Tangan Bersama Sebelum Meninggal Dunia Akibat Covid-19
Pasangan suami isteri yang sudah berkahwin hampir 70 tahun sempat membuat kenangan terakhir dengan berpegangan tangan bersama sebelum meninggal dunia akibat Covid-19. Pasangan yang dikenali sebagai Margaret dan Derek Firth berusia 91 tahun meninggal di Trafford General Hospital, Manchester pada beberapa minggu yang lalu. Pasangan tersebut telah dimasukkan ke hospital disebabkan mengalami masalah kesihatan yang […]
(Video) Mujur Belum Tidur, Penduduk Ini Terkejut Nampak Ular Cuba Masuk Rumah Disebalik Pintu
Satu video yang memaparkan insiden di mana seekor ular menyusur di tingkap sebuah bilik keluarga di desa Batua, Indonesia telah menjadi tular di media sosial. Video tersebut memaparkan seekor ular berwarna hitam yang kelihatan seakan sedang mencari jalan untuk masuk ke dalam rumah tersebut. Mujur tuan rumah itu menyedari kehadiran ular tersebut sebelum dia membuka […]