BeritaLuar Negara

Kesihatan
Bintang Liverpool, Mohamed Salah Dilapor Positif COVID-19
Penyerang Liverpool, Mohamed Salah telah disahkan positif COVID-19, lapor Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA). Satu kenyataan yang dikeluarkan EFA telah mengesahkan bahawa pemain berusia 28 tahun itu sedang mengasingkan diri selepas diuji positif COVID-19, menjelang kempen kelayakan Piala Negara-Negara Afrika menentang Togo. “Pemeriksaan kesihatan yang dilakukan semasa ketibaan pasukan bola sepak kebangsaan kami mendapati bahawa […]
Berita
(Video) Detik-Detik Cemas Sekumpulan Lelaki Nyaris ‘Disapu’ Tanah Runtuh Tular Di Media Sosial
Satu video yang dikongsikan menerusi akaun Instagram @makassar_iinfo berkenaan kejadian tanah runtuh telah menjadi tular di media sosial. Video tersebut memaparkan sekumpulan lelaki hampir menempah ajal apabila tanah yang berada di lereng bukit kawasan itu secara tiba-tiba tergelongsor. Ketika kejadian, dapat dilihat bahawa terdapat beberapa lelaki yang berdiri betul-betul di kawasan tanah runtuh itu. Mujur, […]
Kesihatan
Indonesia Catat Kes Baharu Harian COVID-19 Tertinggi, Lepasi Angka 5,000
JAKARTA, 13 Nov (Bernama) — Indonesia mencatatkan kes jangkitan COVID-19 tertinggi dalam tempoh 24 jam iaitu melepasi angka 5,000, sejak kes pertama dikesan pada 2 Mac lepas. Jangkitan COVID-19 di Indonesia kini berjumlah 457,735 kes, selepas mencatatkan 5,444 lagi kes positif baharu, hari ini. Bagaimanapun sebanyak 385,094 pesakit yang disahkan positif virus itu, dilaporkan telah sembuh daripada jangkitan berkenaan. […]
Luar Negara
(Video) Harimau Sumatera Dilapor ‘Ceroboh’ Kebun, Gemparkan Penduduk Aceh
Sebuah video yang menyaksikan penampakan seekor harimau Sumatera telah tular di media sosial Indonesia sejak Khamis, lapor BeritaKini Video tersebut dipercayai telah dirakam oleh penduduk Aceh Tenggara di daerah pergunungan yang dijadikan kebun. Dalam video yang berdurasi 1 minit 59 saat itu, kelihatan seekor harimau yang mendekati pondok di kebun milik penduduk tersebut. Pemilik kebun […]
Luar Negara
“Mana Anak Saya”, Jeritan Ibu Bila Tahu Anak Maut Akibat Lemas Selepas Tokang Dinaiki Karam
Dalam bencana itu, seorang wanita menjerit “Saya kehilangan anak saya!” setelah sebuah kapal yang dipenuhi dengan lebih daripada 120 pendatang musnah di Mediterania dan membunuh 74 orang. Seorang bayi berusia enam bulan merupakan antara mereka yang lemas ketika kapal menuju Eropah tenggelam di bawah ombak. Malah, difahamkan para pendatang tersebut sedang menuju ke Itali di […]
Berita
Dakwa Jelmaan Manusia, Penduduk Kampung Di Makassar Kafankan Buaya Bernama Halimah
Seekor buaya di Makassar, Sulawesi Selatan, dibawa pulang dan dikafankan oleh sejumlah penduduk tempatan kerana meyakini bahawa buaya tersebut merupakan keturunan manusia, lapor Detik News. Pemilik Animal Defenders, Doni Herdaru Tona, menyarankan agar buaya itu dikembalikan ke habitat asalnya. “Untuk menghindari potensi adanya insiden di kemudian hari, sebaiknya buaya tersebut dikembalikan ke habitatnya atau dalam […]
Berita
Konsol Permainan Popular, PS5 Dilapor “Sold Out” Selepas Beberapa Jam Dijual Atas Talian
TOKYO – Baru-baru ini, Sony Corp’s PlayStation 5 (PS5) yang telah dilancarkan di pasaran dan telah menarik ramai penggemar permainan video atau “gamers”. Disebabkan dunia mengalami pandemik COVID-19, ia telah mendorong syarikat malah mendapat pemintaan yang tinggi dari penggemar permainan video di seluruh pelusuk dunia. Sony menekankan penjualan menerusi talian dibuat agar pengguna tetap menjaga […]
Luar Negara
(Video) Lelaki Pertaruh Nyawa Redah Banjir Demi Selamatkan Anjing Tersangkut
MANILA – Berikutan banjir yang disebabkan oleh Taufan Vamco di Filipina, kelihatan seekor anjing yang terdampar telah diselamatkan oleh penduduk Marikina yang berenang di dalam air banjir sedalam 6 kaki itu. Lelaki tersebut mempertaruhkan nyawanya dengan meredah banjir berlumpur itu untuk menyelamatkan seekor anjing yang tertekan akibat tersangkut di dalam bangunan berhampiran. Dalam video yang […]
Luar Negara
Tak Menang Tangan Bungkus Barang, Jualan 11.11 Di China Dilapor Catat Lebih RM 298 Bilion
‘Singles Day’ mungkin kedengaran sunyi namun ia juga menjadi hari yang ‘bersejarah’ bagi mereka yang mengambil bahagian dalam shopping tahunan terbesar di China dengan membelanjakan lebih AUD 100 bilion semasa acara tersebut, lapor CBS News. Angka jualan akhir melonjak AUD 38.4 bilion dalam tempoh 24 jam berbanding tahun lalu setelah Alibaba melanjutkan tempoh jualannya untuk […]
Berita
Akibat Ditembak 15 Kali, Gajah Mati Setelah Sebulan ‘Bertarung’ Dengan Kesan Luka
Seekor gajah yang bergelut untuk terus hidup kini telah dilaporkan mati sebulan selepas ditembak sebanyak 15 kali di Thailand. Gajah yang diberi nama Nga-sun itu ditemui terlentang di ladang kelapa sawit oleh penduduk kampung di wilayah Rayong pada bulan lalu. Doktor haiwan dari pasukan hidupan liar tempatan mengenal pasti luka tembakan di punggung, ekor dan […]
Berita
(Video) Lelaki Guna Google Earth Dakwa Temui ‘Garisan Misteri’ Sepanjang 4,000km Di Langit
Seorang pengguna media sosial mendakwa menemui ‘objek’ misteri sepanjang 3,000 batu (4,828km) melalui aplikasi Google Earth, sekaligus menjadi tanda tanya segelintir netizen. Berdasarkan video yang dimuat naik di portal berita Daily Star, objek berkenaan kelihatan seperti awan dalan bentuk garis lurus yang merentasi beberapa negara. Menurut pengguna Youtube, MrMBB333 yang memuat naik video berkenaan, dia […]
Berita
(Video) “Kung Fu Panda,” Gelagat 2 Ekor Panda ‘Bergaduh’ Rebutkan Makanan Bikin Terhibur
Bagi ketiga-tiga anak panda ini, tiada istilah ‘sharing is caring’ apabila tibanya waktu makan. Kedua-dua beruang kecil yang kelaparan di China itu telah dilihat seakan bergaduh sesama sendiri akibat berebut daun buluh yang diberikan untuk dikongsi bersama. Mereka dilihat seakan berlawan diantara satu sama lain ketika sedang menikmati makanan kegemaran mereka itu. Adegan yang melucukan […]
Berita
(Video) Air Berubah Warna Dengan Darah, Lelaki Dilapor Buat Terjunan Setinggi 30 Kaki Sebelum Kepalanya Dipercayai ‘Mendarat’ Atas Batu
Seorang pelancong nyaris menempah maut selepas terjun daripada air terjun setinggi 30 kaki ke dalam sungai yang dilaporkan sedalam 7 kaki di sebuah resort terkenal di Rusia, lapor Daily Mail. Insiden tersebut telah dilaporkan dirakam oleh salah seorang rakannya yang berada di batu yang berhampiran. Lelaki tersebut telah bertindak menerjun di air terjun Zmeikovskiye dengan […]
Berita
(Video) Kira Duit Hasil Kerja Atas Lantai, Kisah Budak Ini Nak Beli Mi Segera Buat Ibu Bikin Ramai Tersentuh
Bukan sedikit kanak-kanak atau remaja yang terpaksa bekerja di usia muda untuk menampung hidup. Di Indonesia baru-baru ini, tular video seorang kanak-kanak yang mengecat wajah dan badannya dengan warna silver dipercayai untuk mendapatkan wang. Berdasarkan portal Suara.com, video kanak-kanak itu tular ketika sedang berada di sebuah pasar dipercayai untuk membeli mi segera buat ibunya. Dalam […]
Berita
Mujur Belum Tanggal Pakaian, Wanita Dakwa Ada Individu Cuba Rakam Di Celah Bawah Pintu Bilik Persalinan
Seorang wanita menerusi satu video yang dikongsi melalui akaun TikTok mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati selepas dia didakwa berjaya mendedahkan perbuatan seorang lelaki yang bertindak merakamnya ketika di bilik persalinan. Video yang dikongsikan oleh wanita warga Amerika Syarikat itu telah menjadi tular sehingga mendapat lebih 16 juta tontonan daripada warganet. Video tersebut memaparkan wanita itu […]
Berita
Bayi Baru Lahir Dilaporkan Masih Bernyawa Setelah Ditemui ‘Tertanam’ Di Sebuah Ladang
Seorang bayi yang baru lahir berjaya diselamatkan selepas ditemui ditanam hidup-hidup di sebuah ladang, lapor Daily Star. Bayi itu telah ditemui oleh seorang buruh yang ternampak sebuah wajah yang terkeluar dari tanah ketika dia sedang bekerja di ladang di Khatima, India pada hari Rabu. Rakaman menunjukkan lelaki itu bersama penduduk tempatan lain dan polis sedang […]
Berita
(Video) Pelumba Basikal ‘Menderita’, Ribuan Duri Kaktus ‘Melekat’ Pada Badan, Dipercayai Akibat Terbabas Rempuh Semak
Seorang penunggang basikal amatur telah dikejarkan ke hospital bagi mengeluarkan ribuan duri yang tercucuk pada badannya selepas terjatuh ke dalam semak yang dipenuhi pokok kaktus dalam satu perlumbaan yang berlangsung di Argentina. Penunggang basikal tersebut, Diego Moreno, yang dilaporkan terlanggar sebuah lubang ketika sedang mengekori rapat satu kumpulan pelumba di kawasan City Park di Buenos […]
Luar Negara
Himpunan Buku Bernilai RM10 Juta Yang Dirompak Ditemui, Dikembalikan Kepada Pemilik Asal
Sebanyak 200 buku bernilai USD 2.5 juta (RM10.3 juta) telah dijumpai ditanam di bawah sebuah rumah di Romania pada September lalu iaitu lebih dari tiga tahun setelah ia dicuri dari sebuah gudang di London, lapor Evening Express. Buku-buku itu yang merangkumi karya-karya Galileo dan Sir Isaac Newton itu dicuri di Feltham, London barat pada Januari […]
Berita
Kenali Pasangan Suami Isteri, Saintis Asal Turki Yang Temui Vaksin COVID-19 Dengan 90 Peratus Keberkesanan
Baru-baru ini, media melaporkan bahawa vaksin COVID-19 dengan keberkesanan 90 peratus berjaya dihasilkan. Berita berkenaan pantas mendapat perhatian banyak dan disifatkan sebagai harapan dunia ketika ini. Bagaimanapun, ramai yang tak tahu bahawa pembangunan vaksin yang dikenali sebagai Vaccine. Pfizer and BioNTech itu hasil jasa daripada dua orang saintis yang juga pasangan suami isteri berasal dari […]
Luar Negara
Viral Di Tiktok, Wanita Ini Mengaku Miliki Mulut Terbesar Di Dunia
Setiap orang mempunyai saiz mulut yang berbeza-beza, begitu juga dengan pemilik akaun tiktok yang bernama Samantha Ramsdell (30). Dia akui memiliki mulut terbesar di dunia menjadi suatu isu yang sensasi diperkatakan menerusi perkongsiannya di akaun Tik Tok miliknya. Disebabkan perkongsian tersebut, Samantha Ramsdell berjaya menarik perhatian hingga memperolehi sebanyak 750 000 pengikut. Dia mendakwa bahawa […]