Berita›Luar Negara
Pengerusi Samsung, Lee Kun-hee Dilaporkan Meninggal Dunia
Pengerusi Samsung, Lee Kun-hee dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 78 tahun. Menurut Bloomberg.com, kematian itu disahkan oleh Samsung dalam satu kenyataan pada hari ini. Lee meninggal dunia bersama keluarganya di sisi namun punca kematian tidak didedahkan. Mendiang dilaporkan menjalani pembedahan pada tahun 2014 kerana serangan jantung dan dirawat kerana kanser paru-paru pada […]
Gempa Bumi Sederhana Bermagnitud 5.6 Dikesan Berlaku Di Jawa, Indonesia Pagi Ini
Satu gegaran gempa bumi sederhana bermagnitud 5.6 pada skala Ritcher dikesan berlaku di Jawa, Indonesia pada 8:56 pagi tadi. Menurut laporan Jabatan Meteorologi, pusat gempa bumi tersebut terletak di 8.3 darjah selatan dan 107.9 darjah timur dengan kedalaman 66 kilometer dan sejauh 112 kilometer selatan dari Tasikmalaya, Indonesia. Tiada amaran tsunami dinyatakan setakat ini. Gempa […]
(Video) Anak Sultan Brunei, Putera Abdul Azim Meninggal Dunia
Anak Sultan Brunei, Putera Haji Abdul Azim dilaporkan mangkat (meninggal dunia) pada 10.08 pagi tadi, umum Radio Televisyen Brunei hari ini. “Anak kepada Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Putera Haji Abdul Azim meninggal dunia pada 17 Rabi’ul-awal (24 Okt 2020) pada 10.08 pagi waktu tempatan. “Pemakamannya akan dijalankan selepas solat Asar,” kata pengumuman tersebut. Memetik laporan […]
Diamuk Gelombang Kedua COVID-19, 46 Juta Penduduk Perancis Dikenakan Perintah Berkurung
Perancis telah melanjutkan perintah berkurung pada waktu malam di puluhan lagi wilayah di negara itu dalam usaha untuk menyekat penularan jangkitan COVID-19. Penguatkuasaan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Jean Castex itu menjadikan Perancis memasuki gelombang kedua dengan 41, 622 kes baharu dicatatkan. Perintah berkurung yang bermula pada jam 9 malam hingga 6 pagi itu berkuatkuasa […]
Pesawat Tentera Laut AS Terhempas Di Alabama, Dua Juruterbang Dilaporkan Terkorban
Sebuah rumah di Alabama terbakar setelah pesawat Tentera Laut Amerika Syarikat terhempas pada Jumaat, lapor CNN. Menurut Pejabat Sheriff Baldwin County, tiada orang awam yang dilaporkan cedera dalam kejadian yang berlaku di Magnolia Springs, Alabama itu. Memetik laporan Fox8, masih belum dapat dipastikan jenis pesawat dan berapa orang di dalamnya. Pun begitu, Pegawai Tentera Laut […]
(Video) Dipercayai Rosakkan Tandas Sampai Bersepah, Anjing Ini Selamba Buat Muka Tak Bersalah
Anjing memang dikenali sebagai haiwan yang setia terhadap tuannya. Tidak hairanlah jika haiwan peliharaan itu sentiasa menjaga tuannya dari segala bahaya. Bahkan mereka akan menunjukkan rasa cinta kepada tuannya dengan cara yang unik. Salah satu cara yang sering ditunjukkan adalah dengan mengikuti tuannya kemana-mana saja. Menerusi laman Twitter The Sun telah berkongsikan sebuah video berdurasi […]

Gadis 13 Tahun Dilaporkan Maut Dipercayai Diserang Monyet Ketika Mengambil Jemuran
Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dilaporkan meninggal dunia setelah dikejar dari bumbung oleh sekumpulan monyet di India. Menurut Daily Mail, kejadian remaja perempuan meninggal dunia dipercayai akibat serangan monyet itu berlaku di Muzaffarnagar, Uttar Pradesh, awal hari ini. Tambah Daily Mail, haiwan itu sering menjadi ancaman di daerah tersebut di mana terdapat kematian dilaporkan […]
Pekerja Jalan Raya Lukis Garisan Putih Atas Bangkai Posum, Dikritik Warganet
Seorang pekerja jalan raya yang melukis garisan putih di atas posum yang telah mati di atas jalan dikritik kerana ‘tidak menghormati’ haiwan itu, lapor Evening Standard. Gambar yang diambil pada Isnin lalu di jalan Pukekohe, Auckland itu menunjukkan posum tersebut terbaring kaku dan mempunyai garisan putih di atasnya. Seorang wanita yang memuatnaik gambar tersebut di […]
(Video) Nelayan Bertuah, Dilapor Berjaya Tangkap Ikan Pari Seberat 750kg
UDUPI: Sebuah kapal nelayan laut yang berlayar daripada pelabuhan Malpe mendapati seekor ikan pari raksasa terperangkap di jaringnya. Para nelayan di daerah itu terkejut dengan ukuran ikan pari tersebut yang seberat 750 kg. Ikan pari raksasa memerlukan bantuan kren untuk memindahkannya. Ikan pari raksasa itu dipanggil ‘Thorake’ atau ‘Kombu Thorake’ di Tulu. Hasil tangkapan yang […]
Curi Bawang 550kg Punya Pasal, Dua Lelaki Ditahan Di India
PUNE: Dua orang telah ditangkap kerana mencuri bawang dengan berat sekitar 550kg dari kampung Mauje Devjali, kata Polis Pune pada hari Jumaat. Menurut polis, tertuduh telah dikenal pasti sebagai Sanjay Paradhi dan Popat Kale. Kes di bawah seksyen 379, 511 dan 34 Kanun Keseksaan India (IPL) telah didaftarkan di balai polis Narayangaon Pune. Harga bawang […]
32 Orang Maut Selepas Disuntik Vaksin Influenza, Perdana Menteri Korea Selatan Arah Siasatan Menyeluruh
SEOUL, 23 Okt- Perdana Menteri Korea Selatan Chung Sye-kyun pada Jumaat mengarahkan siasatan menyeluruh dijalankan berhubung kematian 32 orang selepas menerima suntikan vaksin influenza,lapor Agensi Berita Yonhap. Jumlah korban itu dicatatkan sehingga tengah malam Khamis, tetapi pihak berkuasa kesihatan setakat ini tidak menemui sebarang kaitan antara vaksin dengan kematian berkenaan. “Saya mengucapkan takziah kepada keluarga […]

Tular Rakaman Wanita Pertahankan Diri Dari Dua Orang Mabuk, Dipercayai Hanya Lakonan Untuk Beri Peringatan Kepada Wanita
Seorang wanita menjadi tumpuan viral kerana menggunakan kemahiran seni mempertahankan diri di sebuah restoran. Video rakaman CCTV berdurasi 16 saat itu menunjukkan, seorang kakitangan restoran melayani dua orang lelaki yang duduk di satu meja. Salah seorang lelaki menarik lengan pelayan tersebut mendorongnya untuk bersama menemani mereka. Dia dilihat mempertahankan dirinya dengan memukul lelaki itu sehingga […]
Beberapa Orang Terbunuh Dalam Keganasan Pasca-Pilihan Raya Guinea
ANKARA, 22 Okt — Beberapa individu, termasuk seorang pegawai polis, terbunuh dalam pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan berikutan pengumuman keputusan sementara pemilihan presiden Guinea, lapor agensi Anadolu memetik laporan media tempatan pada Khamis. Keputusan itu menunjukkan Presiden yang berkuasa, Alpha Conde mendahului, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Nasional (CENI). Mamadou Camara, jurucakap polis, berkata seorang […]
(Video)Unik, Video Bangunan 7,000 Tan Diangkat Dan Dipindahkan Ke Lokasi Baru ‘Setapak Demi Setapak’ Dalam Tempoh 18 Hari
Jika di Malaysia ada tradisi memindahkan rumah, di China juga ada amalan serupa. Namun, mereka bukan mengubah rumah, sebaliknya mengalihkan bangunan tinggi ke lokasi baru. Sekitar minggu lalu, pasukan jurutera di Shanghai telah memindahkan bangunan sebuah sekolah rendah tempatan yang berusia 85 tahun. Bangunan yang dibina pada tahun 1935 dan mempunyai berat mencecah 7,000 tan […]
Tular Video Tarik Rambut Lepas Tiup Lilin Kek ‘Birthday’, Ibu Padam Video Dan Perjelas Situasi Sebenar
Majlis hari jadi merupakan kenangan terindah bagi kanak-kanak. Ketika itulah mereka boleh berfantasi dengan watak-watak animasi kegemaran yang dijadikan tema sambutan. Pun begitu, bagi seorang kanak-kanak tiga tahun di Brazil, detik bahagianya untuk meniup lilin kek miliknya sendiri bagaikan ‘dirampas’ apabila si kakak terlebih dahulu meniup api lilin sehingga terpadam. Berang dengan tindakan si kakak, […]
Jangkitan COVID-19 Di Indonesia Kini 377,541 Kes, Kematian 12,959
JAKARTA, 22 Okt — Indonesia mencatatkan 4,432 jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes keseluruhan di republik itu kini 377,541 kes. Bagaimanapun, sebanyak 301,006 pesakit dinyatakan telah sembuh dari jangkitan berkenaan. Berdasarkan data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 164,346 lagi pesakit masih dalam […]
Digelar Remaja Tertinggi Di Dunia, Remaja Ini Miliki Ketinggian 7 Kaki 3 Inci
CHINA: Seorang budak lelaki berusia 14 tahun bakal menjadi remaja tertinggi di dunia. Schoolboy Xiaoyu, dari Leshan City di wilayah barat daya China, Sichuan, sedang menunggu pengesahan dari Guinness World Records bahawa dia adalah remaja lelaki tertinggi di dunia dengan ketinggian 7 kaki 3 inci (221cm). Schoolboy Xiaoyu, dari Leshan City di China, telah diukur […]
Bayi Dilapor Terputus Kepala Ketika Lahir Secara Normal Di Brazil
Mengejutkan, kepala seorang bayi dilaporkan telah terputus semasa proses kelahirannya. Menurut The Sun, polis sedang menyiasat mengenai kejadian tersebut yang menyaksikan wanita berusia 26 tahun sepatutnya melahirkan anaknya melalui pembedahan caesarean dan bukannya secara normal. Kejadian yang berlaku di hospital Santa Casa de Misericordia di bandar Belem, Brazil itu berlaku pada Jumaat lalu. Ahli keluarga […]
Senyuman Penuh Indah, Bayi Comel Lahir Tanpa Mata & Ditinggalkan Ibu Kini Diambil Keluarga Angkat
Sering tersenyum namun siapa sangka bahawa permulaan kehidupan bayi comel yang berasal dari Rusia ini penuh duka. Dilahirkan tanpa mata, ia menjadikan bayi tersebut sebagai salah seorang dari tiga bayi di seluruh dunia yang dilahirkan dengan keadaan yang sangat jarang berlaku. Anak kecil itu ditinggalkan oleh ibunya dan ditempatkan di sebuah rumah anak yatim. Memetik […]
Beza Usia Lebih 50 Tahun, Perkahwinan Warga Emas Ini Dengan Gadis 18 Tahun Jadi Viral
Seorang warga emas yang berusia 71 tahun menjadi tular di Indonesia kerana menikahi seorang gadis berusia 18 tahun, lapor Tribun Batam. Gadis 18 tahun itu adalah penduduk kelurahan Bunut Pangsor, Kecamatan Pagaden, Kabupaten Subang, Jawa Barat. Perkahwinan mereka menjadi tular setelah dikongsikan oleh seorang wanita di Facebook. Dari gambar-gambar yang dimuatnaik, pernikahan mereka dilihat seperti […]