Berita›Luar Negara
(Video) Wanita Sambut Cahaya Mata Dalam Keadaan Hospital Hampir Ranap Akibat Letupan Di Beirut
Ini adalah detik-detik di mana seorang wanita selamat melahirkan anaknya ketika letupan besar yang berlaku di Beirut pada 4 Ogos lalu menggegarkan bandar pelabuhan tersebut. Video tersebut berjaya dirakam oleh suami kepada wanita berkenaan yang bernama Edmound. Ketika kejadian, isterinya itu sedang membuat persiapan terakhir untuk melahirkan anaknya sebelum letupan besar tersebut menggegar seluruh bandar […]
Kematian Akibat COVID-19 Di AS Meningkat Melebihi 160,000
MOSCOW, 7 Ogos (Bernama) — Jumlah kematian akibat COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) telah melebihi 160,000 orang. Agensi berita Sputnik, yang memetik data daripada Johns Hopkins University, melaporkan bahawa jumlah kematian yang tepat adalah 160,090 pada 02:00 GMT, Jumaat. AS mengesahkan 4,881,974 kes COVID-19, dengan 1,598,624 orang telah pulih. Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik […]
Letupan Di Beirut: Lubnan Tahan 16 Pekerja Pelabuhan Beirut
BEIRUT, 7 Ogos (Bernama) — Pihak berkuasa Lubnan menahan 16 pekerja Pelabuhan Beirut, susulan kejadian letupan besar yang membunuh sekurang-kurangnya 135 orang dan hampir 5,000 lagi cedera, lapor Agensi Anadolu, memetik media tempatan pada Khamis. Kenyataan mahkamah tentera yang disiarkan Agensi Berita Nasional (NNA) menyebut pekerja berkenaan ditahan sebagai sebahagian siasatan yang dijalankan sejak kejadian […]
Tiga Remaja Ditahan Ceroboh Kelab Persendirian Trump, Mar-a-Lago
WASHINGTON, 7 Ogos (Bernama) — Tiga remaja lelaki berusia 15 tahun di Florida, Amerika Syarikat (AS) ditahan kerana menceroboh kawasan persendirian Presiden Donald Trump, lapor media tempatan pada Khamis. Remaja berkenaan memanjat tembok kawasan Mar-a-Lago dengan membawa beg galas berisi refal dan ditahan pada Jumaat (31 Julai), lapor agensi berita Xinhua memetik jurucakap Polis Palm […]
Jumlah Kes Covid-19 Di Seluruh Dunia Melepasi 19 Juta
MOSCOW, 7 Ogos (Bernama) — Jumlah kes COVID-19 yang disahkan di seluruh dunia telah melebihi 19 juta. Agensi berita Sputnik, memetik data John Hopkins University melaporkan jumlah sebenar kes COVID-19 adalah 19,007,938 pada Jumaat, 02.00 GMT. Lebih 713,000 orang meninggal dunia kerana pandemik ini, kata universiti itu. Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengumumkan penularan COVID-19 sebagai pandemik […]
6 Vaksin Percubaan COVID-19, Tiga Dari China Kini Di Peringkat Fasa ketiga
GENEVA, 7 Ogos (Bernama) — Enam vaksin percubaan COVID-19, termasuk tiga dari China, kini memasuki percubaan fasa ketiga, lapor agensi berita Xinhua, memetik pegawai kanan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis. Tiga vaksin percubaan itu dari Sinovac, Institut Produk Biologi/Sinopharm Wuhan, dan Institut Produk Biologi/Sinopharm Beijing, kata pengarah eksekutif Program Kecemasan Kesihatan WHO Michael Ryan […]
Gempa Bermagnitud 6.3 Landa Kepulauan Prince Edward
BEIJING, 7 Ogos (Bernama) — Gempa bumi dengan kekuatan 6.3 pada skala Richter menggegarkan wilayah kepulauan Prince Edward pada 2336 GMT, Khamis, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat. Agensi berita Xinhua melaporkan pusat gempa itu pada kedalaman 10.0 kilometer pada 41.7458 darjah selatan dan 42.3821 darjah timur. Sumber: BERNAMA
Pekerja Pelabuhan Di Beirut Dilaporkan Tercampak Ke Laut Ketika Letupan Ditemui Hidup Setelah 30 Jam
Seorang lelaki yang tercampak ke dalam laut akibat daripada letupan bahan kimia yang berlaku di pelabuhan Beirut tempoh hari ditemui hidup selepas terdampar selama 30 jam, lapor Daily Mail. Mangsa yang merupakan kakitangan pelabuhan tersebut telah ditemui terdampar di laut Mediterranean dipercayai selama 30 jam susulan daripada insiden letupan yang menggegarkan bandar pelabuhan berkenaan. Satu […]
Tular Foto Dipercayai Detik Terakhir Anggota Bomba Cuba Masuk Kawasan Gudang Sebelum Letupan Di Beirut
Beberapa keping gambar yang dipercayai menunjukkan detik-detik terakhir tiga anggota bomba yang berani sebelum berlaku letupan di Beirut telah tular, lapor Mirror. Menurut Mirror, beberapa saat kemudian, gudang terbakar yang ingin dimasuki oleh mereka tersebut telah musnah dalam letupan besar yang mengorbankan sekurang-kurangnya 147 orang dan 5000 lagi yang cedera. Malah, individu yang mengambil gambar […]
“Kami Masih Terkejut,” Pengantin Terkesan Impak Letupan Ketika ‘Photoshoot’ Buka Mulut, Imbau Keadaan Semasa Kejadian
Tampak berseri dengan gaun putih dan bertudung panjang, pengantin wanita yang menjadi perhatian kerana video yang menyaksikan detik-detik dirinya sedang ‘posing’ sebelum dikejutkan dengan gelombang letupan di Beirut akhirnya ‘membuka mulut’ mengenai kejadian itu. Israa Seblani, 29, yang juga merupakan seorang doktor yang bekerja di Amerika Syarikat membantu memeriksa orang ramai yang cedera berdekatan dengannya […]
Kucing Yang ‘Dipenjara’ Setelah Dijumpai Bersama Dadah Dilaporkan Telah ‘Larikan Diri’
Seekor kucing yang ditahan di penjara utama Sri Lanka semasa cuba untuk ‘menyeludup’ dadah dan kad SIM telefon bimbit telah berjaya melarikan diri, lapor media tempatan. Kucing itu telah dikesan oleh pegawai perisik penjara berkenaan pada Sabtu di Penjara Welikada yang dikawal ketat, kata seorang pegawai polis. Hampir dua gram heroin serta dua kad SIM […]
8 Pesakit Covid-19 Maut Dalam Kebakaran Hiospital di Gujarat, India
NEW DELHI, 6 Ogos – Sekurang-kurangnya lapan pesakit COVID-19 meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah hospital di Gujarat, barat India pada Khamis, lapor agensi berita Xinhua. Kebakaran berlaku pada awal Khamis pagi di Hospital Shrey di ibu negara Ahmedabad, kata seorang pegawai pentadbiran tempatan. Hospital kini ditutup selepas kejadian itu, dan 41 pesakit COVID-19 dipindahkan […]
Hampir Separuh Daripada Penghuni, Lebih 500 Banduan Di Penjara AS Didapati Positif COVID-19
LOS ANGELES, 6 Ogos (Bernama) — Lebih 500 banduan – hampir separuh daripada penghuni – sebuah penjara di Arizona, Amerika Syarikat (AS) diuji positif COVID-19, lapor agensi berita Xinhua, memetik pegawai penjara. Menurut Jabatan Pemulihan Arizona, 517 banduan di penjara ASPC-Tucson Whetstone dijangkiti virus itu, mereka kini sedang menerima rawatan dan diasingkan di tempat lain. […]
Kucing Terpaksa Hidup Tanpa Telinga, Kedua-Dua Belah Dipotong Dipercayai Akibat ‘Sunburn’
Doktor haiwan telah mengeluarkan amaran kepada semua pemilik haiwan peliharaan supaya melindungi haiwan peliharaan mereka daripada cuaca panas selepas telinga seekor kucing jalanan terpaksa dipotong akibat sunburn. Amaran tersebut dikeluarkan setelah seekor kucing bernama Kahlo, dari Tunbridge Wells dibawa oleh Cats Protection selepas selamat melahirkan lima ekor anak kucing. Doktor haiwan terpaksa memutuskan untuk memotong […]
12 Tahun Terpisah, Kucing Ini Ditemui Semula Selepas Hilang Lebih Sedekad
Ketika seekor kucing berusia tiga tahun bernama Georgie hilang di tapak perkhemahan Scotland pada tahun 2008, pemiliknya yang bernama Amy Davies menyangkakan bahawa kucingnya itu telah hilang selama-lamanya. Namun apa yang membuatkannya hairan, kucingnya itu telah ditemui masih berada di kawasan tersebut 12 tahun kemudiannya. Georgie telah dibawa mengikuti keluarga tuannya berkhemah di tapak perkhemahan […]
(Video) Selepas Beirut, Kini Gudang Makanan Di Najaf, Iraq Pula Terbakar
NAJAF, IRAQ – Kurang 72 jam selepas tragedi letupan gudang di Beirut, Lubnan yang mengorbankan lebih 100 nyawa kelmarin, kini sebuah gudang makanan di Najaf, Iraq menerima nasib sama. Memetik laporan Shafaqna, wartawan Iraqi News Agency (INA) melaporkan bahawa sebuah gudang yang menyimpan bekalan makanan dan elektrik ‘Al-Quds’ di bandar Najaf, selatan Iraq terbakar baru-baru […]
(Video) Genap 75 Tahun Hari Ini, Jepun Kenang Tragedi Dahsyat Pengeboman Hiroshima
TOKYO, 6 Ogos (Bernama) — Jepun memperingati ulang tahun ke-75 pengeboman atom Hiroshima pada Khamis, dengan datuk bandar mendesak dunia untuk bersatu menentang ancaman terhadap manusia termasuk yang berasal daripada senjata nuklear, lapor agensi berita Xinhua. Datuk Bandar Hiroshima Kazumi Matsui berkata negara-negara harus “mengetepikan perbezaan mereka dan bersatu untuk mengatasi ancaman buatan manusia dan […]
(Video) Sanggup Gadai Nyawa, Lelaki Ini Pandu Lorinya Yang Terbakar Jauh Dari Orang Ramai Sebelum Meletup
Ini adalah sebuah rakaman yang memaparkan detik-detik seorang lelaki di daerah Liaoning, China yang terpaksa melarikan lorinya yang disambar api ke tempat selamat bagi melindungi orang ramai berdekatan sebelum lorinya itu meletup. Menurut South China Morning Post (SCMP), lori tersebut telah terbakar selepas pemandunya menghantarnya untuk diperbaiki. Sejurus selepas melihat api berkenaan menyambar lorinya, pemilik […]

Warga Gaza Bersatu Derma Darah, Bantu Mangsa Letupan Beirut Yang Memerlukan
Puluhan rakyat Palestin di Gaza dilaporkan menderma darah bagi membantu mangsa letupan di Beirut, Lubnan. Menurut portal media Lubnan, Al-Manar, puluhan warga Palestin berkumpul di bandar Khan Younis pada Rabu untuk menderma darah. Program yang dikendalikan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin itu dilaporkan bakal bekerjasama dengan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa bagi menghantar bekalan darah ke […]
Beirut: Angka Korban Meningkat Kepada 135 Orang, Darurat Diisytiharkan
Kabinet Lubnan pada Rabu mengisytiharkan darurat di Beirut selama dua minggu, sementara jumlah kematian akibat letupan di pelabuhan Beirut meningkat 135 orang, lapor agensi berita Xinhua. Pelabuhan Beirut dikejutkan dengan dua letupan besar sekitar jam 6.10 petang (waktu tempatan) Selasa, turut menggegarkan bangunan serta menyebabkan kerosakan di seluruh ibu kota Lubnan itu. Menteri Kesihatan Hamad […]