BeritaLuar Negara

Luar Negara
Dakwa Diterkam Singa Ketika Di Dalam Khemah, Pasangan Dilapor Hendak Saman Syarikat Yang Atur Percutian Mereka
Sepasang suami isteri dilaporkan telah menyaman sebuah syarikat Britain yang mengatur percutian mereka setelah diserang oleh seekor singa yang merayap masuk ke dalam khemah mereka ketika berada di sebuah safari mewah, lapor Daily Mail. Haiwan ganas itu dipercayai telah merobek bahagian lengan kiri si suami dalam kejadian yang mengerikan yang berlaku di Taman Negara Ruaha […]
Berita
(Video) Baru Pindah Rumah, Rakaman Dipercayai Entiti ‘Jenguk’ Guru Ketika ‘Online Class’ Bikin Seram
Satu lembaga yang dipercayai menyerupai seorang kanak-kanak perempuan secara tidak dijangka muncul di belakang seorang guru ketika dia sedang menjalankan aktiviti kelas dalam talian bersama dengan murid-muridnya. Insiden yang difahamkan berlaku di rumah guru tersebut yang terletak di Monterrey, Mexico itu telah membuatkan murid-muridnya ketakutan. Ketika kejadian, guru berkenaan dilihat sedang bercakap-cakap bersama dengan muridnya […]
Kesihatan
COVID-19: Singapura Catat 278 Kes Baharu, Empat Lagi Kes Import
SINGAPURA, 30 Julai — Singapura mengesahkan 278 kes baharu jangkitan COVID-19 di republik itu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kepada 51,809 kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam data ringkas yang dikeluarkan setakat tengah hari, sebahagian besar kes berkenaan adalah pekerja asing yang tinggal di asrama. “Berdasarkan siasatan kami setakat ini, terdapat empat kes dalam komuniti dan […]
Kesihatan
Covid-19 Di Indonesia: Kes Positif Kini 106,336, Kematian 5,058
JAKARTA, 30 Julai (Bernama) — Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat dengan 1,904 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kini 106,336 kes. Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 53,723 pesakit masih dalam pemantauan virus itu. Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, […]
Berita
Presiden Filipina Isytihar Cuti Aidiladha Sebagai Cuti Kebangsaan
JAKARTA, 30 Julai — Presiden Filipina Rodrigo Duterte pada Khamis mengisytiharkan 31 Julai sebagai hari cuti kebangsaan sempena menyambut Aidiladha, lapor agensi berita Anadolu. “Undang-Undang Republik No. 9849 menetapkan Aidiladha harus disambut sebagai cuti biasa,” kata Duterte dalam satu kenyataan. Tambah beliau tarikh itu dipilih berdasarkan syor Suruhanjaya Kebangsaan Islam Filipina. Presiden menasihatkan masyarakat Islam […]
Berita
1 Maut, 17 Cedera Letupan Gas Di Restoran Makanan “Shabu Shabu” Di Wilayah Fukushima
TOKYO, 30 Julai (Bernama) — Seorang maut dan sekurang-kurangnya 17 yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah restoran di bandar Koriyama di wilayah Fukushima, timur laut Jepun pada Khamis pagi, lapor agensi berita Xinhua, memetik pegawai bomba. Menurut penyiasat letupan berlaku kira-kira 9 pagi waktu tempatan di sebuah restoran makanan “shabu shabu”. Pegawai polis […]
Kesihatan
Ahli Parlimen AS Enggan Pakai Pelitup Muka Dilapor Positif COVID-19, Speaker Dewan Wajibkan Penutup Muka
WASHINGTON, 30 Julai (Bernama) — Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi pada Rabu berkata memakai pelitup muka akan diwajibkan ketika berada dewan, selepas seorang anggota parlimen diuji positif COVID-19, lapor agensi berita Anadolu. “Anggota parlimen dan kakitangan diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang berada di dewan. Kecuali buat sementara waktu untuk dikenali,” kata Pelosi. […]
Berita
(Video) Detik Pejalan Kaki ‘Ditelan’ Tanah Mendap Di China
Chongqing, 30 Julai – Dua individu berhadapan detik cemas apabila terperosok ke dalam runtuhan pejalan kaki dipercayai berpunca akibat mendapan tanah. Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kedua-dua mangsa sedang berjalan di atas laluan tersebut ketika secara tiba-tiba, binaan itu runtuh. Walaubagaimanapun, jantina kedua-dua mangsa tidak diketahui. Lapor Metro UK, mangsa dilaporkan selamat setelah dibantu […]
Berita
(Gambar) Foto Katak Tanpa Rasa Takut ‘Tenung’ Harimau Tarik Perhatian, Siap Panjat Badan ‘Si Belang’
Gelagat seekor katak yang merenung mata seekor harimau ketika si ‘raja rimba’ itu tumpang tidur di kawasan katak tersebut berjaya dirakam seorang jurugambar di India. Aditya Singh, 54, berjaya merakamkan detik yang boleh digambarkan sebagai luar biasa itu di Ranthambhore National Park in Rajasthan, India. Menurut Daily Mail, harimau tersebut bersantai-santai di kolam yang dipenuhi […]
Kesihatan
Hadiri Majlis Perkahwinan, 43 Individu Termasuk Pengantin Dilaporkan Diuji Positif COVID-19
Pihak berkuasa daerah Kasaragod, India telah bertindak memfailkan satu kes apabila seramai 43 orang disahkan positif COVID-19 selepas menghadiri satu majlis perkahwinan di daerah tersebut, lapor Hindustan Times. Pihak polis Badiyudukka telah mengesahkan bahawa terdapat satu kes di bawah perintah pencegahan virus itu yang telah dilaporkan terhadap bapa pengantin tersebut. Memetik laporan tersebut, pengantin lelaki […]
Berita
(Video) Kereta Api Pengangkut Barang Dilaporkan Tergelincir, Sebahagian Jambatan Runtuh Dan Cetus Kebakaran Besar Di Arizona
Sebuah kereta api pengangkut barang dilaporkan telah tergelincir di Tempe, Arizona sehingga mencetuskan kebakaran besar, lapor Daily Mail. Gambar-gambar yang dirakam dari tempat kejadian juga menunjukkan sebahagian jambatan Tempe Beach Park telah runtuh. Menerusi ciapan yang dimuatnaik oleh polis Tempe, pasukan polis dan bomba berada di tempat kejadian tersebut yang menyaksikan berlakunya kebakaran besar. Beberapa […]
Berita
COVID-19: Thailand Lanjut Perintah Darurat Sehingga 31 Ogos
Thailand melanjutkan pelaksanaan darurat bagi tempoh sebulan lagi, sehingga penghujung Ogos, bagi mengurangkan kesan gelombang kedua penularan jangkitan COVID-19, semasa negara itu sedang mula membuka pintu sempadannya kepada warga asing terpilih, termasuk pekerja migran dari negara asing. Mesyuarat kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Jen Prayuth Chan o-cha hari ini meluluskan lanjutan itu, yang tempoh darurat […]
Berita
(Video) Detik Mendebarkan Dua Remaja Melambung Ke Udara Selepas Buaian Dinaiki Bersama Tercabut
Satu rakaman mencemaskan yang memaparkan dua orang remaja terpelanting ketika sedang bermain buaian di sebuah taman permainan di Kazakhstan berjaya dirakam kamera pengawasan. Ketika kejadian, kedua-dua remaja yang berusia 13 dan 14 tahun itu dilihat berdiri bersama-sama di atas buaian tersebut. Apabila skru yang terdapat pada buaian terbabit tidak dapat menampung berat kedua-dua mereka, buaian […]
Luar Negara
(Video) Jemaah Mula Lakukan Tawaf, Suasana Sekitar Masjidil Haram Dengan Penjarakan Sosial
Umum pastinya mengetahui bahawa pandemik Covid-19 telah menyebabkan pelbagai acara atau upacara besar-besaran terpaksa dibatalkan untuk mengelak penularan virus tersebut. Disebabkan itu juga, kebanyakan masyarakat Islam di seluruh dunia terpaksa menangguhkan ibadah haji pada tahun ini. Hanya warganegara serta penduduk tetap Arab Saudi yang memenuhi syarat ditetapkan yang dibenarkan untuk menjalani rukun Islam kelima itu, […]
Gaya hidup
Jemaah Laksana Tawaf Qudum Di Makkah Pada Hari Pertama Musim Haji 2020
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) — Jemaah haji dengan berpakaian ihram melaksanakan Tawaf Qudum (tawaf mula tiba) mengelilingi Kaabah pada hari pertama musim haji tahun ini di kota suci Makkah, menurut laman web Kementerian Media Arab Saudi. Tawaf itu adalah ibadat pertama yang dilaksanakan sejurus memasuki Masjidil Haram di Makkah. Jemaah memulakan hari pertama urusan haji mereka selepas […]
Berita
China Catat 101 Kes Positif Baru, Angka Paling Tinggi Sejak Tiga Bulan Lalu
Kerajaan Chian melaporkan bahawa negara tersebut berlaku pertambahan kes positif baharu sebanyak 101 setakat 28 Julai 2020. Jumlah ini merupakan angka yang paling tertinggi sejak tiga bulan yang lalu. Seperti yang kita dapat lihat bahawa seluruh dunia sedang menghadapi pasang surut dan aliran jangkitan ovid-19. Kerajaan China telah bertindak dengan pantas untuk memutuskan jangkitan wabak […]
Luar Negara
Warga Emas Bertindak Berani Kejar Dan ‘Hayun’ Helmet Terhadap Individu Dipercayai Peragut
Jangan dipandang sebelah mata, seorang warga emas mendapat perhatian setelah melawan seorang pencuri yang cuba untuk mencuri telefon bimbit ketika berada di luar rumahnya, lapor Daily Mail. Kejadian yang berlaku di Colombia pada Ahad lalu itu menyaksikan dua orang suspek yang menaiki motosikal menuju ke kediaman yang terletak di jabatan Santander. Wanita warga emas itu […]
Kesihatan
Wanita Baru Ketahui Dirinya Hidap Kanser Mata Selepas Tak Sengaja Tersembur ‘Perfume’ Ke Wajah
Seorang wanita terkejut setelah mengetahui bahawa dirinya menghidap kanser selepas menyemburkan minyak wangi di matanya secara tidak sengaja, lapor Mirror. Wanita berusia 56 tahun itu pergi ke hospital untuk melakukan pemeriksaan selepas dia telah menyemburkan minyak wangi di mukanya sehingga menyebabkan penglihatannya kurang jelas pada sebelah matanya. Doktor kemudiannya merujuk wanita itu ke Hospital St […]
Berita
Menyentuh Hati, Tukang Sapu Ini ‘Luah’ Rasa Rindu Terhadap Isteri Melalui Bentuk ‘Love’ Dari Daun Kering
Sebuah foto yang memaparkan seorang pekerja pembersihan di Dubai menyusun timbunan daun pokok yang gugur sehingga menjadi bentuk hati telah tular di media sosial. Foto yang dikongsikan melalui portal Lovin Dubai sahaja berjaya mendapat tanda suka sebanyak lebih daripada 14,000 kali. Dan kini, subjek pada gambar tersebut, serta apa yang dia rasakan pada hari gambar […]
Berita
Perbuatan Remaja Didakwa Sumbat Anak Kucing Dalam Balang Dan Kongsikan Di Media Sosial Timbulkan Kemarahan Ramai
Seorang lelaki berusia 20 tahun dari bandar Sokal, barat Ukraine yang didakwa merakam perbuatan menyumbat kucing peliharaannya di dalam sebuah bekas bagi tujuan ‘hiburan’ untuk dikongsikan di laman sosial median milikya telah ditahan, lapor Mirror. Lelaki tersebut didakwa telah memasukkan kucing yang berusia 2 bulan bernama Shurik ke dalam sebuah balang, lalu memerhatikan gerak geri […]