Berita›Luar Negara
Presiden Indonesia Beri Amaran Kemungkinan Gelombang Kedua COVID-19
JAKARTA, 28 Julai — Presiden Indonesia Joko Widodo memberi amaran kepada orang ramai pada Selasa kemungkinan berlaku gelombang kedua jangkitan COVID-19, lapor agensi berita Xinhua. Amaran itu muncul ketika peningkatan pandemik di beberapa negara asing setelah perintah kawalan pergerakan dilonggarkan dan pembukaan semula aktiviti perniagaan. Jokowi meminta pihak berkuasa sentiasa bersedia dan meningkatkan langkah berjaga-jaga bagi menghadapi […]

(Video) Detik Cemas, Gadis Gurau Kasar Tolak Rakan Bawah Bas & Nyaris Digilis
Satu rakaman mencemaskan detik seorang gadis nyaris maut digilis bas tular di media sosial. Dalam video dikongsikan Cheating Death baru-baru ini, kelihatan gadis itu berjalan bersama rakannya di tepi jalan dipercayai di Poland. Ketika kejadian, sebuah bas berwarna merah sedang melalui jalan berkenaan sebelum secara tiba-tiba rakan mangsa menolaknya ke atas jalan raya. Akibatnya, gadis […]
Kotor Dan Berbau Busuk, Jururawat Temui Ulat Dalam Telinga Bayi Baru Lahir Selepas Didakwa Ditinggalkan Di Belakang Gimnasium
Seorang bayi yang dijumpai ditinggalkan di belakang halaman sebuah gim di China berjaya diselamatkan, lapor Daily Mail. Ketika seorang pekerja pembersihan menjumpai bayi tersebut, tali pusat masih lagi terlekat pada perutnya, lapor doktor kepada wartawan. Badannya penuh dengan lumpur, dan telinganya pula dipenuhi dengan ulat, tambah doktor tersebut. Ouyang Ting, jururawat yang merawat bayi tersebut, […]
Kena ‘Angkut’ Pergi Balai Polis, Seekor Kambing ‘Ditahan’ Kerana Tak Pakai ‘Face Mask’
Mungkin agak pelik namun kejadian ini benar-benar berlaku di India. Seekor kambing dipercayai telah ‘ditangkap’ oleh pihak polis di kawasan Beconganj kerana berkeliaran tanpa ‘memakai pelitup muka’, lapor Mumbai Mirror. Kejadian yang dipercayai berlaku pada minggu lalu itu menyaksikan polis ‘mengangkut’ kambing tersebut dengan menggunakan jip dan membawa haiwan tersebut ke balai polis. Apabila pemilik […]
Lee Hsien Loong Angkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Singapura
SINGAPURA, 27 Julai — Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Lee Hsien Loong mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Singapura dalam satu upacara mengangkat sumpah di Istana hari ini. Upacara itu berlangsung di hadapan Presiden Singapura Halimah Yacob. Lee, 68, mengumumkan barisan kabinet baharunya pada 25 Julai selepas parti diterajui beliau, PAP mengekalkan kuasa dalam pilihan raya umum republik itu pada 10 Julai lalu. Pilihan […]
Pengunjung ‘Kecut Perut’ Sejam ‘Tergantung’ Di Udara, ‘Roller Coaster’ Dipercayai Rosak Pada Ketinggian 150 Kaki
Puluhan pengunjung sebuah taman tema di Fantasy Island terpaksa berhadapan dengan mimpi ngeri bagi kebanyakan orang apabila permainan ‘rollercoaster’ yang dinaiki mereka terkandas 150 kaki di udara selama lebih dari sejam. Permainan tersebut difahamkan telah berhenti secara tiba-tiba ketika sedang menaiki lereng yang curam pada petang Ahad. Tarikan popular di taman tema itu telah terhenti […]
Buat BBQ Selepas Berbulan ‘Terpisah’, 14 Ahli Keluarga Dilaporkan Dijangkiti COVID-19
Sebuah keluarga di Texas terpaksa menerima rawatan apabila 14 orang daripada ahli keluarga tersebut dilaporkan dijangkiti dengan virus COVID-19, lapor Fox 4. Menurut portal Fox 4, selepas terpisah selama beberapa bulan, keluarga tersebut telah merancang untuk berjumpa dan berkumpul sesama sendiri sambil mengadakan sedikit jamuan makan iaitu BBQ. Difahamkan, tidak ada seorang pun dari mereka […]
Diuji Negatif COVID-19, Aishwarya Rai Dan Anak Kini Discaj Dari Hospital
Pelakon Bollywood, Aishwarya Rai dan anak perempuannya Aaradhya Bachchan telah discaj dari hospital selepas diuji negatif Covid-19, lapor Indianexpress. Berita tersebut telah dimaklumkan sendiri oleh Abhishek Bachchan melalui laman Twitter miliknya. Terima kasih semua untuk ucapan dan doa anda yang berterusan. Aishwarya dan Aaradhya telah diuji negatif dan telah discaj dari hospital. Mereka sekarang akan […]
(Video) Detik Mencemaskan Pesawat Ringan Terhempas Di Jalan Raya Berdekatan Kereta Dan Pejalan Kaki
Dua lelaki nyaris menemui ajal selepas pesawat ringan yang dikendalikannya terhempas di sebuah jalan raya yang sibuk. Fábio Reis, 35, bersama penumpangnya, Alessandro Cunhago, 33, berjaya terselamat daripda nahas tersebut selepas pesawatnya terhempas di Guabiruba, Brazil dipercayai kerana mengalami masalah pada bahagian enjinnya pada Sabtu sekitar 10.30am. Rakaman CCTV yang mendebarkan itu memaparkan detik-detik pesawat […]
Kes Positif Covid-19 Di Indonesia Lepasi Angka 100,000
JAKARTA, 27 Julai (Bernama) — Kes positif COVID-19 di Indonesia kini mencecah 100,303 kes, pertambahan sebanyak 1,525 kes positif baharu dalam tempoh 24 jam. Berdasarkan data terkini yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 57 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kematian di […]
(Video) Lelaki Ditemui Mati Dalam Keadaan Sujud Di Tengah Padang Pasir, Dipercayai Hilang Ketika Keluar Cari Kayu Api
Seorang lelaki warganegara Arab Saudi ditemui meninggal dunia dalam keadaan bersujud di satu kawasan gurun padang pasir, baru-baru ini. Lelaki berkenaan, Dhuwaihi Hamoud Al-Ajaleen, 40, meninggalkan rumahnya pada Khamis lalu di Wadi Al-Dawasir, wilayah Riyadh dipercayai keluar untuk mencari bekalan kayu api. Bagaimanapun, beliau dilaporkan hilang tanpa sebarang maklumat sebelum mayatnya ditemui pihak polis dalam […]

Indonesia Catat 98,778 Kes Positif Covid-19 Dengan 4,781 Kematian
Jakarta: Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 98,778 kes iaitu tambahan 1,492 kes baharu dalam tempoh 24 jam. Mengikut data terkini yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 55,647 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19. Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak […]
Covid-19: 481 Kes Baharu di Singapura, Jumlah Kes Lepasi Paras 50,000
Singapura: Singapura mengesahkan 481 lagi kes COVID-19 jangkitan baharu di republik itu, dengan majoriti daripadanya masih pekerja asing yang tinggal di asrama. Dengan perangkaan terbaharu ini, jumlah kumulatif mereka yang dijangkiti di negara berkenaan mencecah 50,369 kes. Dalam data ringkas setakat 12 tengah hari yang dikeluarkan hari ini, Menteri Kesihatan Singapura (MOH) berkata berdasarkan siasatannya setakat ini ada lima […]

Korea Utara Lapor Ada Individu Bergejala Koronavirus, “Lockdown” Akan Dilaksana Jika Sah Positif
Pemimpin Tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un mengambil langkah berjaga-jaga untuk melakukan perintah berkurung di bandar Kaesong sekiranya kes pertama Covid-19 disahkan. Kerajaan Korea utara mengatakan bahawa bandar Kaesong perlu mematuhi perintah berkurung kerana ia berada di sempadan antara Korea Utara dan Selatan. Menurut Agensi Berita Pusat Korea Utara mengatakan bahawa negara tersebut sedang mengambil langkah […]

Kes Positif Covid-19 Di Indonesia Kini Cecah 97,286 Dengan 4,714 Kematian
Jakarta: Kes positif COVID-19 di Indonesia berterusan meningkat kepada 97,286 kes, iaitu tambahan 1,868 kes baharu dalam tempoh 24 jam. Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 49 lagi kematian dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kematian di republik itu kini 4,714 orang. Mengikut data terkini yang disiarkan di laman sesawang rasmi […]

Legenda Sepanyol, Xavi Hernandez Disahkan Positif Covid-19 Di Qatar
Pemain legenda bola sepak Sepanyol dan bekas pemain Barcelona, Xavi Hernandez telah disahkan positif Covid-19. Beliau mengesahkan perkara itu di laman sosial Instagramnya sebentar tadi. “Beberapa hari lepas, berdasarkan protokol Qatar Stars League, saya telah disahkan positif Covid-19 selepas ujian saringan terbaharu. Saya merasakan diri saya seperti biasa tetapi mengikut protokol saya tetap akan diisolasi […]

Solat Sunat Aidiladha, Ibadah Korban Dibenarkan Di Masjid Di Thailand
Bangkok: Semua masjid di Thailand diberi lampu hijau untuk menunaikan solat berjemaah dan mengerjakan ibadan korban untuk Aidiladha yang akan disambut pada 31 Julai ini, walaupun perlu mematuhi garis panduan kesihatan yang ketat bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Sheikul Islam Thailand Aziz Phithakkhumphon berkata sejak situasi COVID-19 di negara itu bertambah baik dan merekodkan sifar kes […]
Jadi Tarikan Pelancong, Gli ‘Si Kucing’ Dibenar Terus Tinggal Di Hagia Sophia
Setelah Hagia Sophia bertukar status menjadi masjid semula, ramai orang yang tertanya-tanya bagaimana nasib Gli, kucing gebu yang selama ini menjadi penunggu setia monumen bersejarah itu. View this post on Instagram Today @topkapi_sarayi is closed. You can spend more time with me here @ayasofyamuze 😉 📸👉🏻 @tanju.istanbul.tour.guide . . . #ayasofya #ayasofyamüzesi #hagiasophia #hagiasophiamuseum #hagiasophiamuseum […]

(Video) Umat Islam Penuhi Perkarangan Masjid, ‘Live’ Solat Jumaat Pertama Di Hagia Sophia
Istanbul, 24 Julai – Hari ini merupakan tarikh bersejarah selepas 86 tahun apabila muzium Hagia Sophia kini dibuka untuk ibadah. Menurut BBC, orang ramai mula berkumpul di tapak bersejarah itu untuk solat Jumaat buat kali pertama selepas kerajaan Turki membenarkan penukaran bangunan itu kepada masjid. “Penganut Islam teruja, semua ingin berada ke pembukaannya,” kata Gabenor […]
Singapura Rekod 277 Kes Baharu Covid-19, Keseluruhan Kes Cecah 49,375 Kes
Singapura: Singapura merekodkan 277 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas dengan majoriti daripadanya masih pekerja asing yang tinggal di asrama, menurut data ringkas setakat 12 tengah hari yang dikeluarkan di sini hari ini. Dengan angka terbaharu ini, jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 mencecah 49,375 kes. Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) berkata berdasarkan siasatannya setakat ini, terdapat […]