Berita›Luar Negara
Dalam Masa 11 Hari, Ibu Ini Kehilangan Dua Anak Dipercayai Akibat Positif Covid-19
FLORIDA – Seorang ibu telah mendedahkan bahawa anak lelaki dan anak perempuannya meninggal dunia dipercayai akibat COVID-19 dalam masa 11 hari. Monete Hicks, dari Lauderdale Lakes, memberitahu NBC Miami bahawa anak lelakinya yang berusia 20 tahun, Byron, adalah orang pertama yang mula mengalami masalah untuk bernafas pada 27 Jun. “Saya datang untuk memeriksanya. Dia berada […]
(Video) Wanita Hampir Lemas ‘Disedut’ Lubang Besar Di Tengah Jalan
Seorang wanita di bandar Xinyang, China hampir lemas apabila basikal yang ditunggangnya itu terjatuh ke dalam sebuah lubang yang tidak kelihatan. Kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu (10/7/2020) itu berjaya dirakam oleh kamera pengawasan. Mujur orang awam berdekatan yang menyedari nasib malang wanita berkenaan bergegas untuk membantunya keluar daripada lubang tersebut. Walau bagaimanapun, tiada maklumat […]
Cubaan Pertama Gagal, Gelagat Kucing Kantoi ‘Larikan’ Wang Tunai Kali Kedua Undang Tawa Ramai
Gelagat seekor kucing comel yang cuba untuk melarikan segulung wang kertas daripada sebuah pub di Rusia sebelum dicekup berjaya dirakam kamera CCTV. Wang tunai tersebut telah diambil dari bekas simpanan wang di sebuah pub yang terletak di Krasnodar Krai, Rusia oleh seekor anak kucing yang dibela oleh pemilik pub itu sendiri. Rakaman kamera CCTV memaparkan […]
Rakyat Korea Utara Dilaporkan Dihukum Jalani Kerja Buruh Selama 3 Bulan Jika Tidak Pakai ‘Face Mask’
Rakyat Korea Utara dilaporkan akan dikerah untuk menjalani kerja buruh selama tiga bulan jika tidak memakai pelitup muka, lapor Daily Mail. Langkah baharu itu adalah sebahagian daripada desakan untuk menghentikan penyebaran Covid-19 di negara itu. Pelajar-pelajar akan direkrut untuk melakukan ‘rondaan pelitup muka’ untuk memastikan orang ramai memakai pelitup muka. Sesiapa yang ditemui tanpa memakai […]
Tibet Digegar Gempa Bumi Sekuat 6.6 Skala Richter Awal Pagi Tadi
LHASA, 23 Julai — Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat 8 pagi Khamis selepas gempa berkekuatan 6.6 pada skala Richter menggegar Wilayah Autonomi Tibet barat daya China, lapor agensi berita Xinhua. Gempa itu melanda daerah Nyima pada 4.07 pagi, Khamis, menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China. Pusat gempa pada 33.19 darjah utara dan 86.81 darjah timur, […]
(Video) Rakaman Beruang Dipercayai Dicucuk Objek Seakan Jarum Supaya Buat Persembahan Undang Kemarahan
Seorang pekerja zoo di China telah dipecat selepas didakwa mencucuk seekor beruang hitam dengan sebatang jarum untuk memaksanya melakukan aksi sarkas, lapor Daily Mail. Sebuah rakaman memaparkan pelatih tersebut mencucuk beruang tersebut pada bahagian dadanya menggunakan sejenis peralatan yang kelihatan seperti sebatang kayu panjang sebelum haiwan tersebut mula menurut arahan dengan bermain dengan gelung tersebut. […]
Lebih Sedekad Hilang, Kucing Ini Ditemui Selamat Dan Kembali Kepada Tuannya
Setelah lebih 10 tahun menghilang, seorang wanita akhirnya bersatu kembali dengan kucingnya. Berperanan untuk memuat naik mengenai beberapa ekor kucing yang telah sampai ke tempat perlindungan mereka, momen tersebut telah dikongsikan oleh Tooele City Animal Shelter di Facebook dan mendapat perhatian ramai. Mereka dipercayai mengimbas kucing untuk mendapatkan mikrocip dengan harapan dapat menemui keluarga mereka. […]

Kafeteria White House Diarah Tutup Selepas 2 Pekerja Diuji Positif Covid-19
Pihak White House sedang menjalankan saringan kepada pekerja-pekerja selepas mendapat tahu dua orang pekerja kafetaria telah dijangkiti wabak Covid-19. Perkara ini dijelaskan oleh pegawai pentadbiran Trump kepada pengamal media. Kafetaria yang berada di bangunan Pejabat Eksekutif Eisenhower ini telah ditutup pada minggu ini setelah kes baharu ditemui di sini. Bangunan tersebut akan dibuka semula pada dua minggu […]
(Video) Rakaman Menakjubkan Penyelam ‘Jelajah’ Kapal Selam ‘Tersadai’ Di Dasar Laut Dipercayai Sejak Perang Dunia Kedua
Sebuah video memaparkan sebuah kapal selam Jerman yang dipercayai telah tenggelam di persisir Cornwall semasa Perang Dunia ke-2 berjaya dirakamkan oleh sepasukan penyelam. Rakaman tersebut telah dirakam oleh Dive Newquay dimana ianya memaparkan sisa kapal selam yang dikenali sebagai U-1021. Kapal selam itu juga dilaporkan mula berkhidmat pada tahun 1944 sehinggalah didapati hilang pada awal […]
Presiden Brazil Diuji Positif COVID-19 Buat Kali Ketiga
BRASILIA, 23 Julai — Presiden Brazil, Jair Bolsonaro, sekali lagi diuji positif COVID-19, memerlukannya kekal berada di bawah pengasingan, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan pejabat presiden pada Rabu. Ia merupakan ujian positif kali ketiga, yang dilakukan pada Selasa namun, beliau “dalam keadaan baik.” “Presiden Jair Bolsonaro berada dalam keadaan baik, ditemani pasukan perubatan presiden. […]
Budak 3 Tahun Ditemui Maut Dalam Kereta Dipercayai Kerana Kepanasan
LITTLE ROCK – Polis Negeri Arkansas sedang menyiasat setelah seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemui mati dan adiknya yang berusia 15 bulan tidak sedarkan diri di dalam kereta kerana kepanasan di Booneville. Polis negeri mengatakan kereta itu diparkir di luar rumah ibu yang berusia 21 tahun pada hari Isnin. Dia memanggil polis sekitar jam […]
15 Orang Dilaporkan Cedera Dalam Kejadian Tembakan Ketika Hadiri Pengebumian Di Chicago
Sekurang-kurangnya 15 orang dilaporkan cedera dalam kejadian tembakan yang disasarkan ke arah orang awam yang menghadiri pengebumian di komuniti Auburn Gresham semalam, lapor CBS Chicago. Deputi Superitendan Polis Chicago, Eric Carter mengatakan bahawa suspek di dalam sebuah kenderaan berwarna hitam menuju ke barat di 79th Street melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang menghadiri upacara […]
Tiada Kenderaan Nak Balik Sebab ‘Lockdown’, Bekas Banduan Ini Berjalan 80km Sampai Rumah
PATNA – Seorang lelaki berjalan sejauh 80km untuk sampai ke rumah setelah dibebaskan dari penjara di negara bagian Jharkhand kerana perkhidmatan pengangkutan tetap ditangguhkan kerana perintah berkurung yang disebabkan oleh koronavirus, dan pihak berkuasa penjara tidak menyediakan pengangkutan alternatif. Parmeshwar Oran, seorang penduduk daerah Latehar di Jharkhand, ditangkap tahun lalu dalam kes yang berkaitan dengan […]
Wanita Masuk Kandang Buaya Bersama Anaknya Untuk Mengambil Dompet Timbulkan Kebimbangan
Tular satu rakaman mengejutkan ketika seorang wanita dengan beraninya membawa anaknya masuk ke dalam kandang buaya untuk mengambil dompetnya yang terjatuh. Kejadian tersebut disaksikan oleh orang ramai yang turut berkunjung ke Taman Hidupan Liar Safari Utara di Brainerd, Minnesota. Ketika kejadian anaknya berlari-lari di dalam kandang buaya, wanita itu dilihat cuba mengalihkan perhatian buaya dengan […]
‘Bertarung’ Dengan COVID-19 Ketika Lahirkan Anak, Wanita Meninggal Dunia Sebelum Sempat Bertemu Bayinya
Seorang ibu yang melahirkan anaknya ketika sedang ‘bertarung’ dengan Covid-19 dilaporkan meninggal dunia dan lebih menyayat hati apabila dia tidak berkesempatan untuk bertemu dengan bayinya, lapor Mirror UK. Wanita itu menjalani pembedahan kecemasan di Hospital North Memorial di Brooklyn Center kerana doktor bimbang jika bayinya yang belum lahir tidak mendapat cukup oksigen. Memetik laporan Mirror, […]
Media Antarabangsa Lapor Peningkatan Trend Pelajar China Pilih Universiti Di Singapura, Malaysia Untuk Sambung Belajar
Pelajar China sejak dari dahulu lagi memilih Amerika Syarikat, Britain dan juga Australia sebagai destinasi pendidikan yang utama. Tetapi kini trend dilihat seakan berubah dimana mereka mula memandang ke arah Asia terutama sekali Malaysia dan Singapura. Lebih-lebih lagi dengan pandemik COVID-19 ini yang menjejaskan seluruh dunia dan hubungan diplomatik Beijing yang semakin buruk dengan negara-negara […]
(Video) Detik Mendebarkan Dua Budak Terjun Dari Tingkat 3, Selamat Disambut Oleh Orang Awam
Dua orang kanak-kanak terselamat selepas terjun dari ketinggian 40 kaki dari rumah mereka yang sedang dalam kebakaran. Detik yang mendebarkan kanak-kanak berusia 3 dan 10 tahun yang berlaku di salah sebuah bangunan kediaman di Perancis Timur itu berjaya dirakamkan oleh orang awam. Kanak-kanak terebut yang terjun dari aras 3 rumah mereka disambut oleh sekumpulan orang […]
Pelukis Ini Melukis Dirinya Sendiri ‘Berlapi-lapis’ Dengan Idea Yang Sangat Kreatif
Bercakap tentang karya seni, seni lukisan menjadi salah satu karya seni yang memiliki ramai peminat. Dari segi keindahan dan maksud disebalik sesebuah lukisan, ia menjadi salah satu karya yang boleh dihayati oleh ramai orang di merata tempat. Banyak lukisan yang menarik yang lahir dari pelukis-pelukis yang tidak dikenali ramai. Seperti baru-baru ini tular di media […]

(Video) Digegarkan Gempa Bumi Kuat, Detik Cemas Penduduk Alaska Dipindahkan Selepas Siren Tsunami Diaktifkan
Alaska, 22 Julai – Satu gempa bumi kuat berskala 7.8 skala richter dilaporkan berlaku di persisiran Alaska pada petang tadi. Gempa bumi yang berpusat 60 batu (98 kilometer) dari Perryville itu dikatakan berlaku pada kedalaman yang cetek iaitu sekitar 6 batu, bersamaan 10 kilometer dalam. “Kedalaman di bawah 70 kilometer dianggap cetek,” kata ahli meteorologi […]
Sangat Jarang Ditemui, Penyu ‘Rare’ Berwarna Kuning ‘Muncul’ Di India
Seorang petani di Timur India telah menemui penyu berwarna kuning yang jarang ditemui ketika dia bekerja di ladangnya di desa Sujanpur, di distrik Balasore di Odisha. Menurut pakar, penyu berkenaan adalah hasil albinisme. Selepas menemui penyu berkenaan, dia menyerahkannya kepada pegawai hutan. Seorang pengarah eksekutif Association Biodiversity Conversation, yang bertugas untuk melindungi hidupan liar dan […]