Berita›Luar Negara
Gara-Gara Pukul Isteri Kerana Lambat Hantar Makanan, Lelaki Maut Dibelasah Penduduk Kampung
Seorang lelaki maut dibelasah menggunakan senjata tajam selepas dilihat memukul isterinya. Lelaki itu telah memukul isterinya menggunakan parang hanya kerana lambat menghantar makanan di tempat kerjanya. Dia juga memukul 4 orang penduduk kampung yang mencuba meleraikan pergaduhan diantara suami isteri tersebut sehingga cedera. Kejadian ini telah mengejutkan penduduk di sebuah perkampungan Sulawesi Selatan kerana hal […]
Walau Tiada Jangkitan Tempatan Lebih 30 Hari, Thailand Lanjut Perintah Darurat Hingga Akhir Julai
BANGKOK, 30 Jun (Bernama) — Thailand melanjutkan perintah darurat selama sebulan lagi hingga akhir Julai bagi mengurangkan risiko gelombang kedua pandemik COVID-19 di negara itu, walaupun lebih banyak perniagaan dan premis berisiko tinggi dibuka semula, bermula esok. Selain lebih banyak sektor dibuka semula, Thailand juga dijangka akan menerima kemasukan warga asing termasuk pemastautin tetap; warga […]

(Video) Rakus, Detik Burung Camar Telan Tikus Besar Sekaligus Tanpa Masalah
Seekor burung camar laut menarik perhatian orang ramai apabila menelan seekor tikus besar di Rom. Dalam video tular yang mempunyai lebih 4 juta tontonan, burung itu dilihat dengan rakus cuba menelan mangsa yang menghampiri separuh saiz badannya. Kelihatan ekor tikus terjulur dari paruh camar berkenaan sebelum hilang ditelan beberapa saat kemudian. Insiden ini membuatkan orang […]

Covid-19: 246 Kes Baharu Di Singapura Dengan 6 Dalam Komuniti
SINGAPURA, 30 Jun – Singapura hari ini melaporkan 246 kes baharu jangkitan COVID-19 dengan enam kes dalam komuniti, menjadikan jumlahnya 43,907 kes. Dalam data ringkas tengah hari ini, Kementerian Kesihatan (MOH) memaklumkan bahawa kes komuniti melibatkan tiga rakyat Singapura atau penduduk tetap dan tiga pemegang pas pekerja. Kes baharu yang lain melibatkan pekerja asing yang ditempatkan di […]
Tiga Lelaki Ditangkap Di Iran, Dipercayai Jual Bayi Di Instagram Dengan Harga Cecah RM50,000
Tehran, Iran – Pihak berkuasa Iran telah menahan tiga lelaki yang cuba menjual bayi secara dalam talian, lapor agensi berita ISNA separa rasmi pada Khamis lalu. Seorang bayi berusia 20 hari dan seorang kanak-kanak berusia dua bulan diselamatkan dari cincin penjualan bayi dalam talian, kata agensi berita itu. Menurut laporan, ketua Polis Tehran Hossein Rahimi […]
India Haramkan Puluhan Aplikasi Dari China Termasuk Tiktok Atas Faktor Keselamatan & Privasi
NEW DELHI, 30 Jun – India mengharamkan penggunaan aplikasi video TikTok dan puluhan lagi aplikasi mudah alih lain yang dibangunkan syarikat China atas faktor keselamatan dan privasi. Kementerian Elektronik dan Teknologi Maklumat dalam satu kenyataan pada Isnin berkata 59 aplikasi dilarang digunakan ekoran “kebimbangan mengenai aspek berkaitan keselamatan data dan privasi” rakyat India yang menggunakannya. […]
Lelaki Bunuh Gajah Di Taman Negara Ditangkap
BANGKOK – Seorang penduduk kampung ditangkap kerana menembak mati seekor gajah liar di Taman Nasional Kui Buri di daerah Kui Buri. Rakpong Boonyoi, ketua Taman Nasional Kui Buri, mengatakan kejadian itu berlaku pada hari Sabtu ketika renjer taman mengusir gajah liar dari kebun getah untuk kembali ke hutan. Setelah mendengar tembakan, renjer bergegas ke ladang […]
PRU Singapura: Proses Penamaan Calon Bermula
SINGAPURA, 30 Jun — Semua telah bersedia untuk proses penamaan calon hari ini menandakan bermulanya pilihan raya umum (PRU) Singapura yang hari pengundian ditetapkan pada 10 Julai. Bakal calon harus menyerahkan kertas pencalonan mereka menjelang tengah hari ini di sembilan pusat di republik itu. Selain Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah republik itu sehingga pembubaran Parlimen pada […]
Naik Turun Tangga, Wanita Berusia 90 Tahun Berjaya Raih Dana Lebih RM 2 Juta Dalam Masa 2 Bulan
Bila sudah teguh dengan niat tiada siapa yang mampu meruntuhkan semangat seorang wanita yang sudah lanjut usia tetapi masih bersemangat dalam membantu pusat yang bertanggungjawab menjaga keamanan dan kesihatan negara. Margaret Payne seorang warga emas yang bersia 90 tahun telah berjaya raih dana sebanyak RM 2, 228, 200.00 juta dengan mendaki tangga dirumahnya selama lebih […]
Sayu, Nenek ‘Berkaki Ayam’ Setia Menanti Dengan Sejambak Bunga Demi Nak Rai Cucu Tamat Belajar
Graduasi merupakan hari yang sering dinanti-nantikan oleh semua pelajar dan salah satu momen untuk dirayai bersama ibu bapa dan juga ahli keluarga yang selama ini banyak membantu dan menyokong. Baru-baru ini, tular di media sosial beberapa gambar seorang wanita bersama sejambak bunga dengan penampilan yang sangat sederhana sedang menunggu seseorang di luar sekolah. Menerusi perkongsian […]

COVID-19: Thailand Benarkan Kedatangan Enam Kumpulan Pelawat Asing Bermula Julai
BANGKOK, 29 Jun — Thailand akan membenarkan enam kumpulan warga asing masuk ke negara itu bermula Julai, setelah ia merekodkan sifar jangkitan tempatan COVID-19 selama 35 hari berturut-turut. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata pasangan dan anak-anak pemegang permit kerja, penduduk tetap, warga asing yang berkahwin dengan warga Thailand, dibenarkan memasuki negara itu dan […]

Iran Dilapor Keluar Waran Tangkap Terhadap Trump, Minta Kerjasama Interpol
Tehran, 29 Jun – Kerajaan Iran dilaporkan mengeluarkan waran tangkap terhadap Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump atas tuduhan membunuh. Menurut Al-Jazeera, Iran meminta kerjasama polis antarabangsa (Interpol) untuk menahan Trump yang dipercayai melakukan serangan dron yang mengorbankan seorang jeneral Iran di Baghdad kira-kira enam bulan lalu. Pendakwa Tehran, Ali Alqasimehr berkata hari ini, Trump […]
COVID-19: Bekas Pesakit Ke-1,051 Antara Kes Import Dikesan Positif Di Kemboja -KKM
PUTRAJAYA, 29 Jun (Bernama) — Seorang daripada dua warga Kemboja yang dikesan positif COVID-19 sebaik tiba ke negara asal dari Malaysia, merupakan bekas pesakit kes indeks ke-1,051 yang telah disahkan sembuh. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata seorang lagi penumpang yang disahkan positif merupakan pelajar berusia 15 tahun yang belajar di sebuah […]
Selepas 47 Tahun ‘Mencuba’, Wanita Dilapor Lahirkan Zuriat Pertama Pada Usia 64 Tahun
Seorang wanita di Uganda telah melahirkan anak pertamanya pada umur yang mencecah pertengahan 60-an setelah puluhan tahun mencuba mendapatkan zuriat. Wanita yang bernama Safinah Namukwaya sangat teruja untuk menjaga bayi perempuan yang diberi nama Sarah. Wanita ini menjadi bualan para doktor di negara itu kerana berjaya melahirkan bayi selepas hanya sekali mejalani rawatan IVF walaupun […]

Sekurang-Kurangnya 28 Maut, Tragedi Feri Terbalik Di Bangladesh
Dhaka: Anggota penyelam menemukan sekurang-kurangnya 28 mayat selepas sebuah feri penumpang terbalik di Bangladesh, kata seorang pegawai pada Isnin, lapor agensi berita Anadolu. Puluhan lagi masih hilang ketika operasi mencari dan menyelamat diteruskan di Sungai Buriganga, Dhaka. Misi mencari dan menyelamat membabitkan anggota bomba dan tentera laut. “Kejadian berlaku pada Isnin, feri penumpang itu terbalik […]
Seronok Sangat Berbasikal, Kanak-Kanak Ini Tak Sedar Dah Berkayuh & Sesat Sejauh 33km
Seorang kanak-kanak lelaki dari Kecamatan Weru, Sukoharjo tersesat di Solo ketika berbasikal seorang diri, dia yang merupakan penduduk Dusun Jetis, Desa Karakan, Weru, tidak merasakan bahawa dia telah menempuh perjalanan sejauh 33 kilometer. Menurut laporan dari Tribunnews, permulaan kisah kanak-kanak yang tersesat dari kampung ke bandar kerana keseronokan menunggang basikal sendirian dari rumahnya di Weru, […]

Vietnam Kekal Rekod Sifar Kes Baharu Covid-19 Sejak 16 April
Hanoi: Sejak 16 April, Vietnam masih berjaya mengekalkan rekod sifar jangkitan baharu COVID-19 dalam komuniti tempatan, menurut Jawatankuasa Pemandu untuk Pencegahan dan Kawalan COVID-19 pada Ahad, lapor agensi berita Vietnam (VNA). Daripada 355 kes yang disahkan di Vietnam setakat ini, 215 terdiri kes import dan dikuarantin semasa tiba di negara ini, tanpa risiko penularan dalam […]
Kota Satelit Di India Jadi Mangsa Serangan Belalang Gurun
NEW DELHI – Belalang gurun pada hari Sabtu menyerang Gurugram, sebuah bandar satelit ibukota India New Delhi, mendorong pihak berkuasa meminta orang ramai untuk menutup tingkap mereka dan memukul perkakas untuk menangkis kawanan yang cepat merebak. Lapangan Terbang Antarabangsa New Delhi yang terletak bersempadan Gurugram turut menasihatkan juruterbang supaya mengambil langkah berjaga-jaga ketika berlepas dan […]

Thailand Catat Dua hari Berturut-Turut Tanpa Sebarang Kes Dan Kematian Covid-19
Bangkok: Thailand mencatatkan dua hari berturut-turut tanpa sebarang kes dan korban baharu, menjadikan jumlah kes keseluruhan kekal pada 3,162 dengan lima kematian. Hari ini merupakan hari ke-34 Thailand tidak menyaksikan jangkitan tempatan. Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thailand pula berkata sejumlah 51 pesakit masih menerima rawatan di hospital. Sementara itu, Jurucakap Kementerian Pertahanan Lt Jen Kongcheep […]
Bayi Perempuan Dilaporkan Lahir Tanpa Lengan Dan Kaki Cetus Tanda Tanya Doktor
Seorang bayi perempuan yang dilahirkan tanpa tangan dan kaki kerana ‘kecelaruan genetik’ yang sangat jarang berlaku telah menyebabkan doktor serta ahli keluarga di India menjadi bingung, lapor Daily Mail. Seorang wanita, yang dilaporkan berusia 28 tahun oleh media tempatan, telah melahirkan anak itu di kampung Sakla di Sironj Tehsil di daerah Vidisha, semalam. Menurut laporan, […]