Berita›Luar Negara
Foto-Foto & Video Gerhana Matahari Hari Ini Di Beberapa Buah Negara
Hari ini berlakunya fenomena Gerhana Matahari Separa yang boleh dilihat di beberapa negara di dunia. Seperti sekarang, kita di Malaysia sedang menyaksikan fenomena tersebut yang telah bermula kira-kira sejak 2.30 petang tadi. Difahamkan, kemuncak gerhananya adalah sekitar 3.55 petang. Partial Solar Eclipse – Live from ShahGazer Observatory, Kuala Lumpur Partial Solar Eclipse – Live from […]
Kes COVID-19 Naik Mendadak Disyaki Akibat Aktiviti Kunjung-Mengunjung & Majlis Keramaian, Kerajaan Victoria Di Australia Tarik Balik Kelonggaran
Kerajaan negeri Victoria di Australia mengumumkan akan memanjangkan perintah darurat untuk sekurang-kurangnya empat minggu berikutan peningkatan kes COVID-19 di negeri itu. Hal ini dipercayai berpunca daripada aktiviti kunjung mengunjung dan majlis keramaian melibatkan komuniti di sana. Menurut The Guardian, Menteri Kesihatan Australia, Jenny Mikakos berkata, sebanyak 19 kes baru dilaporkan di mana 10 daripadanya berpunca […]
TERKINI: Muntahkan Debu Setinggi 6 Kilometer, Gunung Merapi Di Indonesia Meletus Dua Kali Hari Ini
Gunung berapi paling aktif di Indonesia, Gunung Merapi dilapor meletus dua kali hari ini, kira-kira 9.15 pagi WIB. Menurut portal berita antarabangsa, letusan berkenaan melepaskan debu setinggi 6 kilometer ke udara dan boleh dilihat dari jauh. Kedua-dua letusan berkenaan dilapor berlaku kira-kira 7 minit. Debu-debu berkenaan juga dilapor menutupi ruang udara di kawasan berdekatan. Penduduk […]
Dua Hari Menghilang, Pemilik Kucing Jalanan ‘Oyen’ Si Bob Dedah Punca Kematian
Masih ingatkan anda kisah seekor kucing jalanan terkenal, Bob yang telah mati beberapa hari lalu? Ketika berita itu tular, pemiliknya James Bowen beserta jutaan peminat di seluruh dunia menangisi kematiannya kerana percaya, kucing tersebut ibarat nyawa bagi James. Dari zaman James hidup susah sebatang kara sehinggalah menjadi terkenal dan mampu menulis buku serta filemnya sendiri, […]
Demi Memenuhi Permintaan Terakhir Bapa, Seorang Lelaki Sanggup Berkahwin Dengan Patung Kayu
Prayagraj, India — Seorang lelaki berkahwin dengan sebuah patung kayu di Uttar Paradesh pada Khamis lalu demi mengikut hasrat ayahnya. Pernikahan yang dianggap aneh ini berlangsung di Ghurpur dengan menjalankan semua ritual seperti perkahwinan yang biasa. Bukan sahaja perkahwinan yang aneh malah alasan bapa lelaki tersebut yang berumur 90 tahun, yang menyuruh anaknya berkahwin dengan […]
Derita Penyakit Pelik, Gadis Didakwa Menangis Keluarkan ‘Air Mata Darah’ Setiap Hari
Seorang gadis berusia 11 tahun telah dibawa ke sebuah klinik di India selepas ibunya mendakwa anak perempuannya mengeluarkan darah dari matanya. Ibu gadis ini mencari bantuan perubatan di New Delhi kerana risau keadaan anaknya yang mula menitiskan air mata darah sejak seminggu lalu. Menurut ibu kanak-kanak tersebut, anak perempuannya tidak merasakan sakit ketika darah mengalir […]
Suami Isteri Tergamak Jual Anak Baru Lahir, Didakwa Untuk Beli Bekalan Dadah
Pasangan suami isteri telah didakwa oleh penguatkuasa di China selepas menjual bayi mereka yang baru lahir secara dalam talian sebanyak 60,000 yuan ( RM 36,000) hanya untuk memuaskan ketagihan mereka terhadap dadah. Pasangan suami isteri ini telah membuat perjanjian dengan pasangan lain yang tidak dapat melahirkan anak sejak Oktober tahun lepas melalui paltform dalam talian. […]
(Video) Insiden Misteri Gemparkan Penduduk Kampung Di Sumatera, Itik & Ayam Ditemui Mati Kekeringan Darah
Penduduk kampung Pargompulan, Tapanulis, Sumatera Utara dikejutkan dengan kematian misteri haiwan ternakan penduduk. Haiwan ternakan yang dibela dalam pagar berduri seperti itik, ayam dan khinzir ditemui mati dalam keadaan kehilangan darah. Keganasan mahluk misterius itu hanya menghisap darahnya saja dan tdk memakan bangkai ternak.. saat ini kami hanya memantau lokasi dan menerima informasi dulu sebelum […]

Bintang ‘Lord Of The Rings’, Ian Holm Meninggal Dunia Pada Usia 88 Tahun
Pelakon Britain, Ian Holm telah dilaporkan meninggal dunia pada usianya 88 tahun, menurut ajennya. Holm mempunyai karier lakonan yang panjang dan bervariasi yang menyaksikan dia memainkan pelbagai watak. Holm sangat popular dengan wataknya sebagai Bilbo Baggins dalam trilogi ‘Lord Of The Ring’. Memetik laporan CNN, Holm meninggal dunia di rumahnya pada hari Jumaat pagi selepas […]
Migaloo, Ikan Paus Albino Pertama Kali Dilihat Pada 1991 Dilaporkan Terlihat Di Perairan NSW
Pada tahun 1991, di Teluk Byron telah memperlihatkan satu-satunya ikan paus putih yang terkenal di dunia dan dianggap berusia kira-kira 3-5 tahun. Pada waktu ini, terdapat sekitar tiga paus humpback putih yang lain dikenali dengan nama Bahloo, Willow dan Migaloo Jnr. Kebiasaanya, Migaloo akan menuju ke arah utara untuk melewati Port Macquarie pada pertengahan bulan […]
“Penuh Surat Khabar Sejak 1911,” Wanita Ini Temui Pelbagai ‘Peninggalan’ Dalam Rumah Terbiar Dipercayai Berusia Lebih 100 Tahun
Mungkin sukar untuk dipercayai, namun sebuah rumah ladang yang sudah lama ditinggalkan masih lagi berdiri kukuh walaupun sudah berusia lebih 100 tahun. Kelihatan menakutkan, ia memberi peluang kepada seorang jurugambar untuk melihat kehidupan desa yang lebih menarik di kawasan tersebut. Rumah di County Tyrone, Ireland Utara, itu kelihatan biasa dari luar namun di dalamnya dipenuhi […]
(Video)Anggap Sebagai ‘Sahabat’, Lelaki Ini Biarkan Kira-Kira 60 Ribu Lebah ‘Menutupi’ Wajahnya
Seorang penternak lebah di India sangat mempercayai ‘rakan serangganya’ sehingga dia telah membiarkan 60,000 lebah menutupi wajahnya, lapor Daily Mail. Pemuda yang berusia 24 tahun itu menganggap lebah sebagai ‘sahabatnya’ dan mengatakan bahawa mereka tidak menjadikannya sebagai ancaman. Ini kerana, dia telah memelihara lebah sejak berumur 7 tahun. Selain itu, penternak lebah ini juga boleh […]
Budak Berusia 3 Tahun Terselamat Lepas Terjatuh Dari Bangunan Tingkat 29
Satu kejadian tidak diingini dilaporkan telah berlaku ketika seorang budak lelaki berusia 3 tahun ditinggalkan berseorangan di kediamannya. Kejadian berlaku ketika kanak-kanak itu cuba naik ke tingkap dapur dari bangku sebelum terjatuh ke bawah hampir 300 kaki, lapor Daily Mail. Ibubapa kanak-kanak berkenaan yang berkerja sebagai pekerja migran di Wilayah Pusat Henan telah meminta nenek […]
Wanita Didakwa Tikam Anak Tiri Berusia 4 Tahun Guna Pen Gara-Gara Cemburu
Seorang wanita di Pinrang, Indonesia didakwa telah membunuh anak tirinya yang berusia empat tahun dengan memukul dan menikamnya menggunakan sebatang pen gara-gara cemburu, lapor Mirror. Menurut pihak polis, wanita yang berusia 27 tahun itu telah memijak mangsa sebelum mengambil pen dan menikamnya di bahagian dada secara berulang kali. Laporan daripada polis mendakwa bahawa kejadian tersebut […]
Tak Dapat Bayar Kos ‘Swab Test’, Ibu Ini Kehilangan Bayi Dalam Kandungan
MAKASSAR – Seorang penduduk Makassar, Ervina Yana kehilangan bayinya yang belum lahir ketika hendak bersalin. Si ibu terganggu oleh saringan kesihatan Covid-19 sebelum melahirkan, kerana dia tidak mempunyai wang untuk membiayai saringan tersebut. Wakil Gabenor Sulawesi Selatan, Andi Sudirman Sulaiman, Rabu (17/06/2020) mengunjungi Ervina, yang bayinya telah meninggal dunia dalam rahim kerana mengalami masalah tidak […]
Lelaki Pertaruh Nyawa, Buat CPR Untuk Nenek Hidap COVID-19 Tak Sedarkan Diri Sebelum Terima Rawatan
Seorang lelaki di Mexico tidak dapat menahan kesedihan kehilangan orang yang paling disayangi selepas berusaha menyelamatkan neneknya. Kejadian berlaku di tempat letak kenderaan sebuah Hospital di Mexico pada 8 Jun. Tular di media sosial gambar percubaan seorang lelaki memberikan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut kepadanya neneknya yang tidak sedarkan diri disyaki menghidap COVID-19. Malangnya […]

Berat Naik Sampai 280kg Sepanjang 5 Bulan “Lockdown”, Terus Digelar Lelaki Paling Gemuk Di Wuhan
Sepanjang tempoh berkurung atau Perintah Kawalan Pergerakan, rakyat Malaysia menjalani kehidupan seperti biasa dan ada sesetengah orang yang menggunakan masa terluang ini untuk turunkan berat badan serta melakukan aktiviti sukan dalaman bersama keluarga. Lain pula ceritanya di negara China, di mana seorang lelaki berusia 26 tahun dilabelkan sebagai orang yang paling gemuk di wilayah Wuhan. […]
Bayi 9 Bulan Meninggal Dunia, Disahkan Positif Covid-19 Di Riau
JAKARTA – Seorang bayi berusia sembilan bulan di Riau meninggal dunia akibat dijangkiti virus Corona. Menurut laporan, pesakit Covid-19 ke-129 di Riau itu dirawat sebentar di sebuah bilik pengasingan di Indragiri Hilir sebelum dia meninggal. Jurucakap Riau Covid-19 Indra Yovi menyatakan, bayi yang meninggal berasal dari Kabupaten Indragiri Hilir. Indra berkata, bayi yang lemah itu […]
Lebih 30 Tahun Hidup Bersama-Sama, Suami Isteri Ini Tetap ‘Asing-Asing’ Semua Perbelanjaan
Sepasang suami isteri di China menjadi perbualan hangat di internet minggu lalu apabila kisah mereka yang masih membahagikan duit, kerja rumah malah makanan dalam peti sejuk walaupun telah lebih 30 tahun usia perkahwinan. Walaupun ramai pasangan yang hangat bercinta masih membayar untuk makanan masing-masing dan ianya sangat normal. Tetapi tidak untuk pasangan yang sudah menjalani […]
Negara Asia Tenggara Dengan Kes Tertinggi, Tetapi Pakar Indonesia Dedah COVID-19 Disana Sebenarnya Masih Belum Mengganas
Virus Sars-Cov-2 atau Coronavirus yang merebak ke serata Indonesia diyakini belum bermutasi dan mengganas. Pakar virologi di Universiti Udayan, Indonesia; Ngurah Mahardika berpendapat, tanda-tanda virus itu bermutasi belum lagi dapat dikesan. “Data untuk meneliti virus memang masih terbatas. “Namun, berdasarkan penelitian sementara dengan data yang ada, virus Corona d Indonesia tidak jauh berbeza dengan virus […]