Berita›Luar Negara
Takut Dengan Ujian Saringan COVID-19, Lebih Separuh Penduduk Kampung Ini Berpindah & Larikan Diri
SERANG – Fenomena unik berlaku pada era pandemik Covid-19. Penduduk kampung di Serang, Banten, memilih untuk melarikan diri kerana bimbang akan ujian kesihatan. Seperti dilaporkan TribunBanten.com, penduduk Kampung Masigit, Kelurahan Mesjid Priyayi, Kabupaten Kasemen, Kota Serang seharusnya dijadualkan menjalani ujian pantas pada hari Isnin, 15 Jun 2020. Tetapi pada pukul 2:00 pagi, penduduk kampung berpusu-pusu […]
(Video) Perompak Baik Hati, Pulangkan Semula Barang Rompakan Setelah Lihat Mangsa Menangis
Dua individu dipercayai perompak bertindak ‘luar biasa’ apabila niat mereka untuk merompak seorang lelaki penghantar makanan tidak diteruskan. Menerusi rakaman video berdurasi satu minit yang tular di media sosial, kejadian tersebut didakwa berlaku di Pakistan, baru-baru ini. Merujuk kepada video yang dirakam daripada kamera litar tertutup (CCTV) dari sebuah premis, kelihatan penghantar makanan tersebut baru […]
(Video) Detik-Detik Ayah Dibelasah Pembuli Kerana Pertahan Anaknya Dari Dibuli
Seorang bapa telah dipukul oleh sekumpulan pelajar selepas menumbuk seorang pelajar yang menyerang anak lelakinya. Video yang tular menunjukkan sekumpulan remaja menumbuk, menendang dan meludah bapa tersebut di luar sebuah sekolah di Brisbane. Pergaduhan terjadi pada Isnin lalu selepas tamat waktu sekolah. Sekurang-kurangmya enam pelajar sekolah yang terlibat dalam pergaduhan ini. Bapa itu dilihat memukul […]
Kaki Kereta Puerto Rico “Convert” Mitsubishi Lancer Jadi Proton Inspira Buat Netizen Malaysia Teruja
Seorang lelaki di Puerto Rico mengubah suai sebuah Misubishi Lancer kepada Proton Inspira. Dalam perkongsiannya di Facebook, Mike Rivera mengirim sekeping gambar kereta dengan ubah suai pada bahagian lampu dan logo hadapan kenderaan. “Lancer dengan logo Proton dan lampu jenis Audi. Terima kasih kepada pemilik kenderaan yang percaya dengan khidmat ini memasang jentera anda,” tulisnya. […]
Dapat Rungutan Dari Penumpang, Garuda Indonesia Dijangka Tak Benarkan Pramugari Pakai Topeng Muka
Garuda Indonesia akan menghentikan pramugari dari memakai topeng muka setelah mereka menerima banyak aduan dari penumpang yang tidak berpuas hati. “Penumpang menghadapi masalah dengan tidak dapat melihat ekspresi pramugari ketika mereka dilayan”, kata Irfan Setiaputra, ketua pegawai eksekutif syarikat penerbangan. Dia juga mengatakan bahawa menaiki penerbangan harus menjadi pengalaman yang menggembirakan dan dia tidak ingin […]
Penjawat Awam Singapura: Tiada Bonus Pertengahan Tahun, Potongan Gaji Bagi Gred ‘Superscale’
Kerajaan Singapura memutuskan tiada bayaran komponen berubah tahunan (AVC) pertengahan tahun bagi kakitangan awam pada tahun ini, menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (PSD) republik itu. Selain itu, PSD berkata penjawat awam gred superscale akan menerima potongan gaji sekali antara 0.5 hingga 1 bulan, berdasarkan kekananan mereka. “Ini berikutan potongan gaji yang diumumkan sebelum ini sebanyak 0.5 bulan terhadap pegawai […]
Gempa Bumi Kuat 7.4 Skala Ritcher Gegar Kepulauan Kermadec Di New Zealand
Gempa yang berkekuatan 7.4 skala Richter dilaporkan telah menggegarkan Kepulauan Kermadec di timur laut sehingga mencetuskan amaran tsunami di New Zealand, lapor Daily Star. Sistem peringatan dan mitigasi Tsunami Pasifik UNESCO/IOC mengatakan bahawa gelombang tsunami berbahaya akibat dari gempa bumi ini mungkin terjadi dalam jarak 300km dari pusat gempa. #BREAKING A powerful 7.4 magnitude earthquake […]

45 Hari Koma Di Hospital UK Akibat COVID-19, Anak Malaysia Disahkan Sembuh & Dibenarkan Pulang
Seorang anak Malaysia yang telah 15 tahun berkhidmat di sebuah hospital di UK, Southend Hospital disahkan sembuh setelah koma akibat COVID-19. Felix Khor, 68 dirawat selama 45 hari di unit rawatan rapi (ICU) hospital yang sama di mana dia telah diberikan bantuan pernafasan. Beliau kemudiannya dipindahkan ke wad lain selama beberapa minggu, menjadikan tempoh rawatan […]
Dipercayai Berang Tak Dapat Bekalan Minuman Keras, Seekor Monyet Dilapor Mengamuk Hingga Korbankan Seorang Lelaki
Seekor monyet yang dikatakan berang kerana bekalan minuman kerasnya kehabisan telah menyebabkan kematian seorang lelaki dan mencederakan 250 yang lain dalam insiden amuk di India, lapor Daily Mail. Monyet yang dikenali sebagai Kalua itu sebelum ini dijaga oleh seorang ahli ghaib yang memberikan haiwan itu minuman keras di rumahnya di Mirzapur, Uttar Pradesh. Namun setelah […]
(Video) Bukan Sekadar Hiasan, ‘Rahsia’ Disebalik Bekas Kiub Ais Yang Mungkin Ramai Tak Sedar
Dengan teknologi yang ada pada masa kini, pelbagai keperluan harian boleh didapati dengan mudah termasuk kiub ais yang bila-bila masa sahaja boleh diambil menerusi mesin penapis air. Pun begitu, tidak semua orang mempunyai mesin tersebut terutama bagi golongan bujang yang tinggal di rumah sewa. Seperti yang diketahui, kiub ais biasanya perlu dibuat di dalam bekas […]
Pasrah, Ikan Arwana Emas Jagaan Digoreng Oleh Bapa, Dipercayai Kerana Malas Untuk Menjaganya
Siapa yang tidak berasa sedih ketika haiwan peliharaan yang dijaga selama ini telah tiada. Setiap individu pasti mempunyai haiwan periharaan masing-masing. Seperti kisah seorang lelaki yang berasal daripada Sukoharjo, Jawa Tengah ini mengatakan telah pasrah selepas ikan arwana kesayangannya digoreng oleh ayahnya dimaklumkan padanya. Lelaki ini mengatakan bahawa dia telah membeli ikan arwana tersebut pada […]
Diego, Kura-Kura Jantan Induk Berusia 100 Tahun Kini ‘Bersara’ Selepas Biakkan 800 Ekor ‘Keturunan’
Seekor kura-kura jantan induk berusia 100 tahun yang telah membiakkan lebih 800 anak kura-kura di Ecuador dilaporkan sudah ‘bersara’ dari ‘tugasnya’. Kura-kura tersebut, Diego yang merupakan spesis gergasi Galapagos dijadikan sebagai baka pembiak di Taman Negara Galapagos setelah dipindahkan dari Pulau Santa Cruz sekitar tahun 1960 dahulu. Menteri alam sekitar, Paulo Proano Andrade berkata, Diego […]

(Video) Bank Berkeras Nak Bukti Fizikal, Warga Emas Terpaksa Tarik Ibu 100 Tahun Atas Katil Untuk Keluarkan Duit Pencen
Pandemik koronavirus telah memunculkan satu lagi gambaran yang menyedihkan kehidupan, kali ini di sebuah wilayah di India. Seorang wanita tua menjadi tular selepas terpaksa mengheret katil ibunya yang berusia 100 tahun di bawah panas terik ke bank kerana mahu mengeluarkan duit pencen. Kejadian menyayat hati itu dilaporkan berlaku di daerah Nuapada yang terletak kira-kira 433 […]
62 Hari Vietnam Bebas Tanpa Kes Baharu Covid-19
HANOI, 18 Jun – Vietnam masih berjaya mengekalkan sifar kes baharu COVID-19 untuk tempoh 62 hari berturut-turut menjadikan jumlah jangkitan di negara ini kekal 335 tanpa kematian, menurut Jawatankuasa Pemandu untuk Pencegahan dan Kawalan COVID-19. Antara kes jangkitan itu membabitkan 195 kes import, yang dikuarantin semasa ketibaan, lapor agensi berita Vietnam (VNA). Jumlah pesakit sembuh […]
(Video) Seolah-Olah Dunia Tidak Peduli, Penduduk Yaman Menderita Dihimpit Perang, COVID-19 & Kebuluran Serentak
Situasi di negara Arab termiskin, Yaman semakin meruncing apabila dihimpit peperangan yang tak berkesudahan, jangkitan COVID-19, penyakit Cholrea dan kebuluran serentak. Dengan banyak kemudahan kesihatan musnah akibat dibom, sistem kesihatan di negara berkenaan runtuh sekaligus mencetuskan kebimbangan dengan krisis kemanusian yang teruk, menurut laporan media antarabangsa. Malah, gambar-gambar dan video-video yang memaparkan situasi menyedihkan turut […]
COVID-19: “Tidak Terkejut, Ia Memang Dijangka,”, Turki Catat 1,429 Kes Baharu Dalam Tempoh 24 jam
Turki mencatatkan sebanyak 1,429 kes jangkitan COVID-19 baharu dalam masa 24 jam terakhir, menjadikan angka keseluruhan kes di negara itu berjumlah 182,727 kes. Bagaimanapun, menteri kesihatannya, Fahrettin Koca berkata, angka itu tidak mengejutkan malah ianya seperti yang diramalkan. “Tidak terkejut. Kami berada pada kadar seperti yang dijangka. “Pilihan untuk (angka kes) ini tidak melebihi had […]
Pertama Kali Lepak Bersama Sejak ‘Lockdown’, 15 Sahabat Di Amerika Dilapor Dijangkiti COVID-19
15 orang sahabat yang keluar untuk bertemu buat kali pertama pada 6 Jun sejak ‘lockdown’ dilaksanakan di Amerika Syarikat di sebuah bar dilapor dijangkiti COVID-19. Menurut salah seorang mangsa yang tinggal di Florida, dia mula menunjukan simptom-simptom kira-kira 3 hari selepas bertemu. Ujian saringan yang dibuat kemudian menunjukan positif virus berkenaan. 14 orang rakannya dilapor […]
(Video) Terpancar Kegembiraan Di Wajah, Lelaki Berlari Ke ‘Rumah Allah’ Bila Tahu Masjid Dibuka Semula
Seorang lelaki tidak dapat mengawal keterujuaan beliau apabila mendengar laungan iqamah dari masjid berdekatan kediaman beliau. Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna laman Twitter menunjukkan lelaki tersebut berlari sambil menjerit teruja. “Masjid sudah buka, masjid sudah buka. Saya rasa saya dengar iqamah.” His excitment to the masjid reopening is a complete mood and is […]

(Video) Bergumpal Bulat-Bulat, Kemunculan Awan Mammatus Di Langit Iraq ‘Gemparkan’ Warganet
Kewujudan awan unik dikenali sebagai awan mammatus (mammatus cloud) di Ahmadiya, Iraq pantas menarik perhatian lebih 26 ribu warga maya di Twitter. Gambar tersebut telah dikongsikan dipercayai seorang penduduk tempatan, Omed Muhamad di laman itu pada 16 Jun lalu. Menurut laman Accuweather, awan mammatus terbentuk apabila udara lembap tenggelam ke dalam udara kering. Secara asasnya, […]
Ikan Lumba-Lumba Kelilingi Bot Nelayan Sebagai ‘Tanda’ Terima Kasih Selamatkannya
Seekor ikan lumba-lumba telah dirakam ketika mengelilingi sebuah kapal nelayan dipercayai untuk mengucapkan terima kasih kepada sekumpulan penyelamat. Ikan lumba-lumba kelabu gelap terperangkap di sebuah pantai di bandar Caotan, bandar Zhanjiang di provinsi Guangdong China Selatan pada hari Ahad lalu. Rakaman yang telah dikongsikan ke media sosial itu menunjukkan ikan lumba-lumba berkenaan berjuang untuk berenang […]